Untuk kesekelian kalinya, sia mau say thanks lagi sama ini brother sia sana Singapura, tapi malangnya seperti kebanyakan kita, persahabatan di alam maya ini jarang sekali kita mengenali atau mengetahui secara mendalam siapa sahabat kita padahal boleh dikatakan mereka adalah penyeri pagi, tenghari dan petang kita...
Mereka memahami apa yang kita katakan, kita luahkan, kita ketawa atau sedih, mereka sentiasa memberi sesuatu yang pastinya dapat meredahkan suasana atau perasaan kita kepada hal-hal yang positif. Komen-komen atau cakap-cakap dalam shoutbox, amat kita nantikan sebenarnya walaupun sahabat-sahabat maya kita hanya berkata "limpas dulu", "Selamat pagi", "sudah makan?", dan bermacam-macam lagi.Dalam situasi ini, saya sendiri merasakan bahawa masih ada rupanya orang yang masih mengambil berat dalam keberadaan kita, masih lagi ada orang yang mendoakan keselamatan kita, masih ada lagi rupanya orang yang begitu prihatin dengan perjalanan kehidupan seharian kita sehinggakan ketiadaan kita walau sehari dua, pasti menyuramkan suasana hidup orang lain. Seperti kata Ibu Teresa, "Lalu ada seorang laki-laki yang kami pungut dari selokan, sebagian badannya sudah dimakan ulat, dan setelah kami rawat ia hanya berkata: "Saya telah hidup seperti haiwan di jalan, tetapi saya akan mati seperti malaikat, dikasihi dan dipedulikan." Dan orang itu pun mati. Begitu indah melihat orang berjiwa besar yang tidak mempersalahkan siapapun, tidak membandingkan dirinya dengan orang lain. Inilah jiwa yang besar dari orang-orang yang kaya secara rohani tetapi miskin secara materi. — Ibu Teresa dari Kalkuta (1910-1997). "
Apa yang ingin saya katakan dalam petikan kata2 Ibu Teresa adalah, Dikasihi dan dipedulikan... sebab pada saya kesakitan yang utama bukanlah penyakit luaran yang menyerang diri tetapi adalah penyakit dalaman iaitu ketidakpedulian. Sama ada kita tidak dipedulikan oleh orang lain atau diri kita sendiri tidak memperdulikan sesama kita. Rasa tidak diperlukan, tidak dicintai, tidak dipedulikan, dan dilupakan oleh orang lain, pada saya itu adalah satu kemiskinan yang amat sangat, lebih miskin lagi daripada mereka yang langsung tidak mempunyai makanan.
Bila terdapatnya seorang mati kerana kelaparan, ia berlaku bukan kerana Tuhan tidak mengambil berat tentang dirinya. Ia berlaku atau terjadi kerana sama ada kamu atau saya tidak memberi apa yang dia ingini.
Okay kembali kepada cerita brother dari Singapore yang lebih senang dikenali sebagai Tanakvagu terima kasih sebab masih ingat sama sia... tiada apa yang dapat saya katakan selain dari ucapan terima kasih untuk kepedulian kamu.....
Sebagai penutup.... sia mau selitkan satu gambar sia, yg kena 'curi' oleh agensi mencari model entah di mana..... just look at it.
13 ulasan:
This is very sweet... itu saja la yang mampu sia katakan... :)
makasih lagi boss..... sayang korang semua bah....
Siuk juga bah kan kita d blong ne... wpun blum jumpa in person lagi tpi kita cukup akrab suda antara satu sama lain... :)
ya betul tu, itulah kelebihan yang ada pada blog ni... walaupun kita x pernah jumpa sesama, tapi kita mudah untuk mendekati setiap orang yang hadir sebagai sahabat kita... sama mcm ko juga ni... inda pernah begia berjumpa tapi, baik bah ko ni kan...
hello brother...Bambangan.
tak tau ne mau sakap apa arr? :)
pertama salam damai dulu,dalam nama tuhan jesus dan sya ucapkan
terima kasih banyak arr..
kamu perluaskan lagi maknanya..
jadi saya lebih Faham sekarang.
kerana kamu...lebih banyakla orang menghargai kehidupan.
oh ya Bambangan,dulu first sya hosting sebelum sya kanal kamu kan. d kasihkristien networking(indonesia)
banyak sekali coretan makna d sebalik kehidupan -melalui (Bup kudus) BIBLE online..
dan d sini p juga lah greja,itu pun indonesia juga pembimbing kami.
tu ja maklumat sya arr... trimakasi.
nanti sya buat lagi..artikal mengenai kamu. hehe :)
betul juga pula ni oooo... baru berapa lama sy menceburkan diri dalam ni barangnya blogging.. ramai yang sy kenal sudah. sampai kalau lama tidak bertegur, pandai merindu pula...
terima kasih bagi mereka yang memahami sebab kita tahu kita adalah orang yang boleh faham akan setiap kita.... emmm ayat lagi kah ni??? apa2 pun makasih bebanyak kio sebab ceriakan hidup harian saya..... makasih bro and sis.
Ya..saya pun mendapat banyak 'keluarga2 kristus' dlm blogging ni. Saya rasa gembira betul..God bless us all. Mcm Mother Theressa cakap 'jangan asyik menkritik orang nanti kita tidak ada masa mencintai/mengasihi orang itu' hehehehe. Mo tanya bah ni..napa kunun ada gambar banner ko tu? ikut election ka? heheheheh
This is so touching..sebak pula hati sia ne tau! Thank you for reading my blog too. Keep it up! May God bless you and keep you! Shalom.
alv ~ adakah ikut pilihanraya... tu agensi mencari model bah tu yg ambil pastu kasih lekat entah di mana? ngehehehee kunun lah
honeybuzzin ~ dui nah terkilan lah pula, sorry kio.. apa2 pun pelayanan antara sesama tu kita teruskan demi Tuhan kio....
ony,
gmbar kau,cmana bulih lakat sana arr hehe :)..
sia ada juga nampak begini,si kuai punya gambar d yahoo...tapi itu urang putih yg kasi lakat kunun... :)
nice post..sy suka..n im absolutely agree ma pendapat ko...
'sakitan yang utama bukanlah penyakit luaran yang menyerang diri tetapi adalah penyakit dalaman iaitu ketidakpedulian'
***
have a nice day ^_^
Tu sebab Tuhan menciptakan Hawa, Dia tidak mahu Adam keseorangan.... sama juga dnegna kita sekarang... kita hidup bukan bersendiri... perlukan teman2 sebagai sahabat buat mengisi ruangan dalam diri kita.
Catat Ulasan