28 Januari 2009

Main Paintball lagi


Pada 24/01/2009 lalu, sebelum tahun baru cina menjelang, siorang seramai 10 orang pergi lagi ke padang Kompleks Sukan Labuan, apa lagi kalau bukan main timbak timbak...

Kali ni kami main di padang yang agak luas sedikit dengan bunker yang lebih hebat, siap ada nama snake lagi...

so nikmati gambar amatur di bawa ini....yang ditengah ni wirawati kami ni.....















Yang ni pula kawasan 'padang tempur' sebelah yang merah2 bunker tu agak kecil, sesuai untuk acara tempur kamikaze.... kalau yang kuning2 tu, agak besar dan luas, seronok main tapuk-tapuk. Dan sebelum masuk padang, kami kena ajar cara2 bertempur, pelbagai strategi diberi, tapi bila masuk padang sudah, emm harap dipraktikkan.... suka hati saja tembak yang penting menuju kepada sasaran iaitu musuh....













Yang ni pula memang aksi yang maut kunun, padahal kepenatan sudah, tinguk tu berlutut pun macam inda mampu sudah oh.
Siorang rancang mau main lagi bulan 2 ni, tapi lum pasti bila, sebab sekarang pun members yang lain bz dengan futsal... macam hari tu, lepas saja main paintball hari tu pun terus p kk sebelah malamnya sebab hari minggu tu diorang main futsal lawan Imigresen Sabah.

24 Januari 2009

Selamat Tahun Baru Cina


Xin Nian Kuai Le, Gong Xi Gong Xi!Hong Pau Na Lai?


Bagi rakan2 blog yang akan menyambut Tahun Baru Cina, saya harap tahun ini kita semua diberkati dengan kelimpahan bukan sahaja untuk kekayaan atau kesenangan tetapi juga untuk kesejahteraan antara sesama, dan yang paling penting adalah kesihatan kita....

Happy Chinese New Year....

22 Januari 2009

Tips untuk mereka yang merancang datang ke Labuan

Tadi sia jalan2 sana blog c Maharaja Oiga, terus sia nampak dia punya Post mengenai Tips bagi mereka yg pertama kali datang ke Labuan. Memandangkan sia pun tidak bz skg, sia kira mau juga kasi sedikit tips untuk mereka2 yg bercadang melawat Labuan buat pertama kali.

Untuk pengetahuan korang, Labuan buat masa ini hanya boleh dihubungi dengan laluan udara dan laut sahaja, belum lagi ada tu jambatan sebab Pulau Pinang sudah ambil tu peruntukan. Jadi bagi mereka yg ingin datang ke Labuan cepat2 atau ada kecemasan, buli ikut tu kapal terbang MAS sebab indada Air Asia dari KK-LBN-KK, kalau dari KL adalah p sini Labuan. Tapi harga tu tiket, bulih tahan juga dalam RM150++ dan ke atas, kalau dulu tu harga mencecah RM200 lebih.

Tapi bagi mereka yang ingin datang ke Labuan tapi inda mau naik itu kapal terbang, bulih pigi sana Jesselton Point, emmm lebih senang sia bilang sana terminal feri KK bersebelahan dengan Pejabat Kastam. Korang boleh beli tu tiket Feri Ekspres seawal 7.30 pagi. Jadual Feri adalah tetap pada hari Isnin sehingga Sabtu iaitu pada jam 8.00 pagi untuk trip pertama, manakala trip kedua pada jam 1.30petang. Manakala pada hari Ahad, kapal bertolak pada jam 8.00pagi (tapi ini inda kompom sebab kalau dari Labuan, feri bertolak pada jam 10.00 pagi pada hari Ahad) untuk trip pertama dan trip kedua pada jam 3.00petang. Perjalanan menggunakan feri ekspress ini memakan masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke Labuan. Tambang yang dikenakan kurang dari RM40 sebab ikut kelas dan kalau budak2 pun lain2 tu harganya.Manakala bagi merekak yang bercadang datang ke Labuan mengikut jalan darat dari KK-Menumbok boleh menaiki bas dengan tambang sekitar RM15 (sebab lain kompani, lain harga tu diorang kasih, kalau One Borneo tu RM15.50 kali). Korang boleh naik itu bas sana terminal bas sebelah Wawasan Plaza( pembetulan mengikut keadaan semasa, terminal tu dekat dengan mahkamah di kk sudah, dkt taman bunga apa tu ah namanya). Bas akan bertolak ke Labuan seawal 7.00 pagi, dan jam 1.00 petang. Emm bagi mereka yang punya duit lebih sikit dan malas mau jalan p sana wawasan plaza, korang boleh naik kereta sewa atau orang bilang private car kunun, tapi banyak jgua kereta sapu time keramaian, tapi tu harga mahal sikit lah sebanyak RM30.00 seorang, tapi kan korang kena tunggu lah sampai penuh tu kereta Avanza. Korang boleh naik kereta ni di Terminal bas dekat Padang Bandaran.

Bagi mereka yang bercadang untuk datang ke Labuan dengan membawa kenderaan sendiri, korang kena jalan awal dari KK sebab banyak lagi yang perlu kena buat di Jeti Menumbok. Emmm feri kenderaan akan bertolak dari Menumbok ke Labuan lebih kurang jam 10.00pagi dan jam 4.30petang, tapi yang pagi tu jarang2 tepat dia punya jadual, sia pun inda tau kenapa. Jadi rancang perjalanan korang lebih awal memandangkan perjalanan dari KK ke Menumbok mengambil masa lebih kurang 2 jam, tapi kalau yang biasa sudah dgn tu jalan dan kurang kesesakan lalulintas, buli sampai dalam 1 jam setengah. Tapi jangan bawa laju2 sangat lah kio, bahaya tu.

Okay bila korang sudah sampai di Menumbok, bagi mereka yang datang menggunakan bas atau kereta sewa atau datang sendiri, korang boleh memilih sama ada menggunakan perkhidmatan teksi bot atau feri kenderaan. Tambang Teksi boat atau biasa orang sana berkempen speedboat sebanyak RM15 seorang. Perjalanan dari Menumbok mengambil masa selama 20-30 minit, bergantung kepada kelajuan dan kuasa kuda engine. Bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan feri kenderaan, korang cuma perlu bayar tambang sebanyak RM5 seorang tapi perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 setengah jam. Tips untuk korang yang ikut feri besar tu, kalau boleh bawa jaket lah sebab di tempat penumpang tu, kuat dia punya aircond, buli tahan jugalah sejuknya, tapi kalau yg malas mau bawa, kira ok juga sebab korang boleh keluar2 bah ke dek, boleh lepak2 lagi di atas kapal tu sambil bersigup.

Okay, bagi mereka yang bercadang membawa kereta, bila sampai saja di Jeti Menumbok, korang kenalah baris, kereta kena ikut laluan yang betul, kalau korang awal sampai, jangan kama p pandai2 parking depan2 dekat kadai cina tu, sebab akan ada sorang lelaki yang akan menghalau korang, alasannya tempat tu untuk bas besar dari KK parking. Emmm kena bayar sudah tu urang tu. Kira ok juga bas tu parking sana sebab payah sikit orang2 dari Labuan yg bawa beer mau naik bas kalau dia parking setengah kilometer kan... berat bah tu minuman...

Lepas parking korang kena pula p berbaris lagi untuk beli tiket kenderaan, kalau bulih korang terus beli juga untuk balik punya. Maksud sia tiket dari Labuan ke Menumbok, manalah tau kan bila korang mau balik indada pula tiket, nah sian korang, palis-palis. Okay, tiket kenderaan juga berbeza mengikut jenis kenderaan itu, bagi motokar (bahasa dulu2 untuk kereta biasa) adalah sebanyak RM40 manakala kereta 4WD bayaran sebanyak RM52 dikenakan. Pastikan korang dapatkan bording pas untuk kenderaan korang, bagi pemandu, tiket tidak beli sebab sudah masuk dalam harga tambang kenderaan korang. Selepas membuat bayaran, korang kena bayar itu landing fee sebanyak RM14. Yang ini kena bayar di dalam bangunan terminal jadi kena jalan sikit lagi lah.

Bila sampai di Labuan, nah pandai2 lah korang cari tempat tinggal, tapi kalau datang secara berkumpulan, lebih baik korang ambil tu Beta Service Appartment (087-453333). Luas kama ni tempat, di bangunan Ujana Kewangan @ Financial Park, senang sikit korang p berbelanja, tapi inda juga banyak barang yg best sini, best lagi di kawasan bandar tapi panas lah, biasalahkan pulau. Oh ya tu appartment harganya dari RM150-300++. Kalau korang kerajaan, buli dapat murah lagi tu. Buli memasak lagi sana.

Tapi bagi mereka yang datang dalam kumpulan yang kecil atau berdua-duaan saja, boleh ambil Hotel Pulau Labuan, tapi masalahnya di Labuan ni, selalu full house, indada apa2 pun full house juga. Jadi pandai2 lah korang booking awal sikit tu tempat tinggal, nanti menyesal inda guna kan, lebih2 lagi kalau ada pendaftaran baru UMS-KAL dan Matrikulasi.

Kalau balik tu dari Labuan ke KK.... emmm nantilah sia cerita....

Maklumat lanjut mengenai Labuan boleh juga didapati di laman ini tapi sia mau kasi tau, ini maklumat diperolehi dua tahun lepas jadi banyak yang sudah berubah...

15 Januari 2009

Main bola cat....

Kelmarin kan 14/01/2008 sia dengan bangganya bersama 9 lagi rakan sepejabat yg lain, melarikan diri dari pejabat dengan jayanya... ngehehehehe emm curi tulang sikit... bukan pa jarang2 begia.

Bukan curi tulang sebarang curi kama... kami ada minta pelepasan begia, yang sepatutnya pada 13/01/2008 lagi tapi memandangkan hujan jadi kami inda jadilah keluar....

Sebenarnya bukan apa, kami bersepuluh menghadirkan diri ke Klinik Paintball. Wahhh best tahap dewa ni, Buat pertama kalinya bermain paintball ni, kira takut juga oh, ya lah bila tinguk2 gambar urang kana timbak sampai lebam2 oh...

Emm sebenarnya akan ada Labuan Open Paintball yang akan diadakan sekitar bulan Februari nanti dengan hadiah utama sebanyak RM130.000.00... Wow! cukup lumayan kan... Jadi kami pun tembirang2 lah p klinik tu kunun, biasanya p klinik p minta kasi baik sakit kan, tapi yg ni pi cari penyakit lah pula....

Sia mau kasih tau korang bah, punya syok main timbak2 time tu... emm siorang 10 kena bahagi dua kumpulan, jadi 5 lawan 5 lah kan... Time tu tiga orang lelaki ja yang ikut, yg len semua pompuan2, kalau inda silap macam mama mama sudah semua. Mama2 pun tapi punya kuat diorang ni...

Emm sebagai ketua kumpulan, game pertama kami kalah, ada perancangan tapi ketakutan begia. sia sorang saja lelaki dalam group kami, tapi korang jangan lupa ada 2nd round lagi. dan time tu kami menang oh, sorang pun indada 'mati'....

Tapi kami agak kecewa sebab indada gambar bah time kami berperang... cuma sebelum bertempur tu saja sempat bergambar, tu pun pakai cam hp ja.

yang pasti, lengan sia lebam kena peluru sesat time tu, dan sikit lagi ke sia punya anu, sikit saja lah, cun2 ni mama2 semua oh, punya besar badan sia, tempat tu juga diorang mau oh.

So gambar di bawah ni diorang punya flayer untuk Paintball Labuan Open nanti.

Bahagian ketiga Journey to the East


Hari pertama di Lahad Datu, tanpa sebarang perancangan dan tidak tahu ke mana pun hendak pergi pada paginya, cuba untuk tetep melelapkan mata namun fikiran menguasainya dari tidur, jadi keputusan diambil untuk melayari internet menggunakan WiFi yg disediahkan oleh pihak hotel, namun gagal untuk mendapatkan jaringan, entah kenapa…. Jadi keputusan untuk mandi didahulukan sebelum keluar dari bilik hotel untuk ke pasar… (dui nah macam mau pi membeli sayur lah pula).

Jam sekitar 7 pagi, cuaca di LD seolah-olah menyertai perjalanan saya kali ini. Cerah tapi tidak panas, mendung tapi tidak menunjukkan akan turunnya hujan. Berbekalkan kamera Canon di tangan, saya memberanikan diri untuk berlakon sebagai seorang wartawan…. Wakakakakka lucu banget lah rasanya, betul2 macam wartawan ni, siap p interview orang lagi oh, siap temuramah pilak2 dan makcik2 penjajah yg ada disekitar pasar Lahad Datu… tapi terlalu banyak sebenarnya pengajaran dari penyamaran saya pada pagi itu… teringat kisah lalu diri ini sebagai seorang wartawan di Media CBS tidak lama dahulu…

Memang kita punya pengalaman untuk menemuramah, jadi memang dipergunakan sepenuhnya, sehinggakan tiada sorang pun mensyaki bahawa, aku hanyalah seorang pelancong dalam Negara, wakakakaka…. Jahat ni…. Tapi kan kesian bah makcik2 cina yg berjaja di pasar tu…. Nah cuba korang baca rungutan mereka.

“Kami sebagai penjaja berlesen mengalami masalah yang amat serius dengan penjaja kaki lima yang turut menjual barangan kegunaan harian seperti sayuran, telur, buah-buahan dan pelbagai lagi dengan harga yang dan kuantiti yang sama. Kami menjual di sini dengan membayar lesen sebanyak RM30 sehingga RM55 semeja, mereka (merujuk kepada pendatang asing yang kebanyakan terdiri dari warga Filipina atau lebih sesuai sebagai Pelarian atau Pendatang Asing atau Pendatang Asing Tanpa Izin), menjual di kawasan kaki lima, tidak perlu membayar sebarang yuran tetapi mengaut keuntungan yang lebih banyak berbanding dengan perolehan kami sehari suntuk.”
“Mereka hanya berada disini sekitar jam 6 sehingga 11 pagi kerana hasil jualan mereka cepat habis. Kemungkinan besar, orang ramai lebih senang membeli terus dengan mereka tanpa masuk ke dalam pasar untuk tercari-cari keperluan harian.”

Menurut makcik yang hanya ingin dikenali sebagai Ayati Yunus lagi, aduan mengenai hal ini sering di bawa ke Persatuan Penjaja Lahad Datu, namun tiada sebarang tindakan yang dilakukan. Selain itu, pihak berwajib iaitu Penguatkuasa Majlis Daerah Lahad Datu atau lebih senang dikenali sebagai Town board juga tidak dapat berbuat apa-apa kerana takut dengan ugutan penjaja haram ini. Walau bagaimanapun , ketika berada di sekitar kawasan pasar berkenaan, saya turut melihat lori penguatkuasa MDLD berada di hadapan pintu pasar, namun seperti yang dikatakan oleh makcik Ayati, kebenaran dibuktikan, saya turut sempat mengambil beberapa keping gambar untuk tatapan bersama.

Menurut seorang penjaja berbangsa cina yang hanya ingin dikenali sebagai Ah Moi, dia lebih senang dengan pengurusan kawasan pasar sekitar awal tahun 1990an dimana ketika ini dia dan rakan yang lain menghadapi masalah menjual bawang dan kentang kerana, penjaja di bahagian sayuran turut menjual keperluan berkenaan. Tidak seperti dahulu dimana pengasingan dilakukan. Penjaja bahagian sayuran sama sekali tidak boleh menjual semua jenis bawang dan kentang bagi membolehkan penjaja lain mendapat keuntungan yang setimpal. Namun kini agak berlainan menurut beliau lagi, meja yang dikhaskan untuk men jual sayur kini menjual bawang dan kentang menyebabkan kami mengalami kerugian dan bawang serta kentang yang tidak terjual terpaksa dibuang.

Okaylah, biarlah masalah diorang tu dapat dikongsikan sedikit sini, sia pun bukannya dapat buat apa2 pun melainkan sia ni dewa

Selesai p tengok2 tu pasar, sia meneruskan misi untuk malam ini, sebenarnya sia mau makan malam sama si sumandak …….. ngehehehe dilarang siar, dia inda mau kunun… biarlah sia panggil c dia saja lah kio…

Jadi sia pigi lah cari hotel2 yg ada restoran sebab kalau mau makan di restoran biasa atau luar biasa cam inda best pula, jadi lebih baik di hotel saja lah kan, best lagi, privacy sikit kunun. So hotel pertama yg sia naik ialah Grace Hotel di bangunan Milimewah tu… (sorry lepas ni indada gambar yg sia dapat ambil). Emm rasa cam inda puas hati ja hotel ni, jadi tukar place lah pula, kali ni sia cuba di Executive Hotel… Kira hotel yg terkemuka jugalah di Lahad Datu ni. So sia p oder lah meja untuk dua orang beserta menu pada malam tu… K selesai tu, sia pi sana Avon sebab itu saja satu2nya kedai yg menjual bunga hidup. Walaupun sia sudah beli bunga di Kundasang tapi sia inda puas hati dengan cara bunga itu dibungkus, so membuang duit lagilah sia pi bungkus2 tu bunga. Time tu mau dua tiga kali sia balik2 p hotel sebab banyak ni kelupaan, tu bunga satu hal, tu coklet lagi lupa, punya penat, tapi tak pe, untuk si dia, sia akan buat. Bikin malu juga kama bawa bunga2 ni di tengah bandar, emmm macam kebaruan saja org2 di LD ni, mcm inda pernah Nampak org bawa bunga lah pula. Emm lantak diorang jugalah, bukan untuk diorang pun. Yg receptionist di hotel tempat sia menginap pun, terhegeh2 nampak bunga tu, ada gaya mau minta ja…. Emmm minta dekat boyfriend ko ja lah ya, penat ni sia berlari2 bawa bunga… silap sikit org bilang mat bunga lah pula…. Emmm tebalkan muka saja lah.

Jam ditangan sebenarnya sudah menunjukkan 3.00 petang, mata terasa berat sebab sia belum tidur lagi ni. Selesai urusan bunga sia mau p sewa baju lah kunun sana kedai sewa baju kahwin tu… emmm kalau inda silap tu kedai nama Aling… punya buruk tu pakaian semua, jadi sesiapa yg ada hati mau buka bridal house, baik buka sana Lahad Datu. Memandangkan sia inda jadi sewa, sia p beli lah baju utk malam ni.
Selesai semua urusan tu, sia balik p hotel dan cuba untuk melelapkan mata. Namun, mungkin kerana kegusaran dan terlalu fikirkan malam ni, mata sia inda mau berkerjasama dengan sia pula… jadi sia tinguk tv saja lah, lagipun cerita Astro ni rasa best pula tengok di hotel berbanding tengok di rumah…. Menghairankan pun ada.
So tepat jam 6.30 sia bersiap sedia untuk p makan…. Cerita selanjutnya sia inda mau cerita sebab itu peribadi sikit kio…. Sorry….
Jadi malam ni sia dengan tenang hati tidur dan tidak sedar jam sudah menunjukkan 10 pagi… Sia cepat2 berkemas sebab kira mau balik sudah p kk tapi baru sia ingat, ada pakaian sia lagi di dobi yang sia hantar kelmarin, terpaksa lah tunggu sampai jam lima ni…

Jadi hari ni, sia hanya jalan2 disekitar bandar Lahad Datu ja lah, mcm org gila ni, tidak tau mau wat pa… p cari bakuteh makan tengahari mungkin boleh menghilangkan lapar lama tidak rasa ongok-ongok lahad datu ni… ngeheheheEmmm bila dapat baju tu, terus sia berkemas untuk balik semula ke Kota Kinabalu pada malam hari, bas cuma akan sampai dari Tawau pada jam 9. Jadi 8.30 sia jalan sudah. Emm ada masa sekeja lagi ni, emm apa lagi call si dia dan jumpa sekejap lah sebelum bas berjalan kan.
Kali ni sebelum sia beli tiket, sia tanya dulu kalau bas tu ada TV. “Ada”. Tu pompuan jual tiket jawap, kali ni sia naik bas Diana lah pula, emm agak selesa sebab sia duduk sorang2 saja bertemankan beg winner tu… dan sekali lagi sia kana buyuk, tu TV memang ada tapi rusak, inda buli on. Kurang ajar betul, dua kali sia kana tipu oh. Sia risau ni takut inda dapat tidur lagi, tapi jangkaan sia meleset sebab belum pun sampai 10km sia tertidur sudah, sedar2 pun time bas berhenti di Telupid untuk makan. Memandangkan jam baru menunjukkan 11.00 malam, dan perut sia inda rasa lapar, sia inda makan lah malam tu, tapi turun juga dari bas, mau kasih kendur2 ni badan, sambil besigup.
Emm sampai KK ngam2 jam 3 oh, risau juga sia sebab memang indada kereta ni p KK. Nah, yang ini betul pula, memang ada teksi tapi mahal tahap cipan diroang punya harga tu… apa lagi terpaksalah menunggu pagi ni. Daripada masa menunggu ni terbuang begitu saja, bek sia update sikit cerita perjalanan ni… jadi ini lah hasilnya…. Sia harap perjalanan saya akan datang indalah seteruk ni. Okay adios amigo, City Bas baru muncul ni… selamat usin sia…. Jadi sia kira esok pagi akan naik feri express ke Labuan, malas sudah sia mau jalan darat. Penat ohhhh…. Oh nikmati gambar yg sikit ini….

14 Januari 2009

KE NEXT TOP ENTERTAINER



"Inilah peluang anda untuk menunjukkan bakat terpendam. Kami mencari seorang penyanyi yang mempunyai pakej sebagai entertainer dan marketable sebagai artis rakaman..." demikianlah ungkapan Mark mengulas mengenai pertandingan nyanyian yang bakal dilangsungkan oleh Kadus Entertainment pada tahun hadapan.

Pertandingan ini dijadualkan bermula pada bulan Februari 2009 sehingga April 2009 yang akan dijalankan di Pusakag Café, Donggongon, Penampang. Menurut Mark, objektif pertandingan ini adalah untuk mengembangkan minat dan mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang seni suara yang berpotensi untuk diketengahkan ke pertandingan yang lebih berprestij serta mencari penyanyi berbakat yang mempunyai pakej sebagai entertainer dan marketable sebagai artis rakaman.

Pertandingan yang dikenali sebagai "KE NEXT TOP ENTERTAINER" ini bakal menghidangkan hadiah yang dikira agak lumayan. "Pihak penganjur berjaya mendapatkan tajaan tiket kapal terbang pergi balik ke Australia untuk tiga pemenang utama sebagai hadiah sampingan sumbangan Air Borneo, sebuah syarikat penerbangan yang masih baru lagi yang bakal melancarkan penerbangan mereka pada awal tahun hadapan. Selain daripada hadiah berupa wang tunai serta piala, pemenang juga bakal mendapat voucher pembelian daripada Body Shop. Saya rasa hadiah-hadiah ini sudah cukup lumayan..." ujar Mark selaku pengerusi penganjur pertandingan.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, beberapa garis panduan serta syarat kelayakan perlu dipatuhi terlebih dahulu. "Kami ingin mencari seorang penyanyi yang dikira fresh dan mempunyai pakej lengkap yang diharap mampu kami ketengahkan ke dalam industri muzik tempatan mahupun kebangsaan.." jelas Mark yang mengharapkan pemenang itu nanti mampu mewarnai industri muzik tempatan.

Borang Penyertaan KE Next Top Entertainer

Menurut Mark, jika anda berumur antara 17 dan 35 tahun pada 1 Januari 2009, andalah orang yang mereka cari. Walau bagaimanapun, mereka yang pernah memenangi pertandingan di peringkat Negeri atau lebih tinggi tidak layak menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini juga terbuka kepada mereka yang belum pernah merakamkan album serta belum pernah mendapat airtime di mana-mana stesen radio. Dan yang paling penting, ujar Mark lagi, mereka mestilah tidak terikat dengan apa-apa perjanjian dengan mana-mana syarikat rakaman, sama ada secara lisan atau bertulis. Itu antara syarat-syarat sekiranya anda ingin mengikuti pertandingan ini.

Seperti kebanyakan pertandingan nyanyian yang lain, menurut Mark, pertandingan ini adalah secara solo sahaja. Para peserta dikehendaki menyanyi dua (2) buah lagu iaitu lagu pertama mestilah dalam bahasa Kadazandusun, manakala lagu kedua pula mestilah dalam bahasa Melayu atau Inggeris sahaja. Acara saringan akan dijalankan sebanyak 2 kali sebulan, iaitu dalam bulan Februari dan Mac 2009. Penganjur akan menampilkan lapan (8) orang finalis di Grand Final pada bulan April 2009 nanti.

"Pihak penganjur telah menetapkan 30hb Januari 2009 sebagai tarikh akhir penerimaan borang penyertaan. Namun para peserta yang berminat untuk mengikuti pertandingan ini dinasihatkan untuk menghantar borang penyertaan mereka seawal yang boleh kerana penyertaan adalah dihadkan kepada 50 orang sahaja. Jika pihak penganjur menerima lebih borang penyertaan sebelum 30hb Januari 2009, maka kami akan mengambil peserta berdasarkan First Come First Serve basis. Maka nasihat saya kepada semua, hantarlah borang penyertaan anda secepat yang mungkin...." jelas Mark yang menjangkakan sambutan yang amat menggalakkan dalam pertandingan ini nanti.

"Pertandingan ini mungkin menjadi titik permulaan bagi mereka yang ingin mencipta nama sebagai penyanyi. Siapalah tahu suatu hari nanti, mereka akan lebih dikenali ramai. Jadi nasihat saya kepada yang berminat, rebutlah peluang ini untuk mengetengahkan bakat anda kepada masyarakat di luar sana. Hanya dengan yuran penyertaan sebanyak RM50.00 sahaja, ia mungkin mampu mengubah nasib anda..." jelas Mark, seorang yang bertanggungjawab dalam mewujudkan laman portal Kadus Entertainment lebih daripada 3 tahun yang lalu.

Sebagai rekod, objektif laman web Kadus Entertainment ataupun lebih dikenali sebagai KE ini adalah untuk menjadi platform kepada para peminat, penyokong industri muzik Kadazandusun, penggiat muzik Kadazandusun termasuk artis dan pemuzik, bertukar-tukar pendapat mengenai industri hiburan di Sabah ini melalui internet. KE berharap agar segala pandangan dan kritikan bernas yang diutarakan oleh ahli-ahlinya melalui laman web Kadus Entertainment dapat memberi idea kepada para penggiat seni di Sabah, khususnya yang berkaitan dengan industri muzik Kadazandusun untuk meningkatkan lagi kualiti produk mereka.

Oleh itu, mereka yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai dengan "KE Next Top Entertainer", bolehlah menghubungi terus Jasonjay (0168461914), Gogds (0195305512), Tomm (0198807851) ataupun Mark (0168021500) untuk mendapatkan borang penyertaan. Borang penyertaan juga boleh dimuat turun dari http://www.kadusmusic.com/portal ataupun terus daripada Pusakag Café.
Borang Penyertaan KE Next Top Entertainer

Bambangan bilang; Emm inda sabar sudah ni mau p tinguk2 sambil ambil gambar, tapikan time ni lah siorang bz di gereja, emm tengok dulu lah kalau sia dapat beri penumpuan sepenuhnya untuk aktiviti ni sebab di Sabah juga ni, jauh sikit dan banyak belanja ni....

12 Januari 2009

How Beautiful

Nah kelmarin saja selepas balik dari sembahyang, terus ni kena suruh p rumah c Genevie untuk praktis lagu yang bakal dinyanyikan waktu perkahwinannya pada 14 Februari 2009 nanti. Sewaktu latihan tu, saya tersentuh betul dengan satu lagu yang begitu baik didengarkan... meremang bulu roma sia, dan adik kepada bakal pengantin tu kata dia akan duduk di belakang belakanggggg tu tempat koir sebab dia takut nanti dia akan menangis. Petang tu kami hanya 7 orang sahaja, tapi tidak pasti pula nanti pada hari yg sebenar, takut macam tu hari, hanya dua orang saja siorang yg menyanyi.... kelmarin tu pun hanya 2 saja lelaki, yang sorang tu c Jimmy pun akan main gitar, mati kudasai la ni...

bah nikmatilah lagu di bawah ni....

p/s verse 2 tidak dinyanyikan dalam klip ini.
video

Chorus
How beautiful how beautiful
How beautiful is the body of Christ

Verse 1
How beautiful the hands that served
The wine and the bread
And the sons of the earth
How beautiful the feet that walked
The long dusty roads
And the hill to the cross

Verse 2
How beautiful the heart that bled
That took all my sin
And bore it instead
How beautiful the tender eyes
That chose to forgive
And never despise

Bridge
And as He laid down His life
We offer this sacrifice
That we will live just as He died
Willing to pay the price
Willing to pay the price

Verse 3
How beautiful the radiant Bride
Who waits for her Groom
With His light in her eyes
How beautiful when humble hearts give
The fruit of pure lives
So that others may live

Verse 4
How beautiful the feet that bring
The sound of good news
And the love of the King
How beautiful the hands that serve
The wine and the bread
And the sons of the earth

1990 Ariose Music (Admin. by EMI Christian Music Publishing)
Mountain Spring Music (Admin. by EMI Christian Music Publishing)

07 Januari 2009

Part II Jurney To Lahad Datu

Sekarang jam menunjukkan 1.30 di laptop kecil jenama HP gue, mata tidak mengantuk sejak memulakan perjalanan dari Kota Kinabalu pada jam 8 malam bersamaan 5/01/09,

Bertemankan hp Sony Ericsson dengan beberapa lagu yang balik2 sudah berulang, mata sia masih juga inda mau tidur, entah kenapa dengan perjalanan kali ini, terlalu fikirkan si dia mengkali…. Sudahlah duduk berseorangan di dalam bas jenama Ali Topan indada indada oh punya jenama bas, rugi tahap gaban ambil bas ni. Bukan pa, sampai saja di terminal pas kena rebut terus sia punya beg jenama winner, cehhh jenama tu pun mau kasih tau kah…. Bukan pa saja mau g tau, beg tu hanya org tertentu saja akan beli, jadi terpaksa lah naik bas yg inda pernah pemes ni…

Niway, seperti yg sia katakan tadi, bas jenama entah apakan ni, bek korang jangan naik kalau korang mau pergi kearah Tawau, sudahlah lembab, tv indada lagi tu, rosak kata diorang. Kalau dah tau rosak, tukar lah bah. Banyak tu plasma tv di kk. Lembab satu hal, itu sia inda kisahlah sebab sia pun kalau awal sangat sampai d Lahad Datu bukannya ada pa mau dibuat, kena tunggu lagi sampai jam 6 baru tu hotel kira len hari,kalau inda rugi besarlah sia, check in jam 4 kena keluar harinya sama jam 12, inda mau sia oh….

Emmm sebentar tadi bas jenama nama orang ni berhenti di kundasang, alah tempat org jual sayur2 tu, kira inda mau turun, ya lah mau beli sayur utk siapa pula kan. Emmmm sambil lihat2 org membeli2 sia Nampak lah berkuntum2 bunga dalam baldi, bah apa lagi sia beli lah sejambak, kira2 mau kasih derma sama c dia…. Ngehehehe rupa2nya inda dapat tidur gara2 terlalu fikirkan c dia lah ni kan….. ngehehehehe…. Okay, bas jenama yg sama sampai di Ranau sekitar jam 10.30 sempat lagi ambil om yg mau balik p sana Indonesia, ada juga cerita sikit sama dia, katanya dia mau keluar p nunukan sebab jaminan ada sudah. Emmm lantak ko lah yg penting ko ada pas kerja.

Pastu siorang singgah di Telupid, mak dato punya cekik darah restoran 20 jam tu, sia ambil hog dog satu dan sayur, diorang cas sia RM3.00, cubalah RM2.50 kah, dah lah sia minta kasih kurang tu nasi… emmm tak pe lah yg penting berisi perut ni… suffer lah tu kunun…. Kemdian lepas makan nasi, siorang meneruskan perjalanan lebih kurang jam 1 pagi….. dan cerita seterusnya ni memerlukan akal fikiran yang sihat lah kio, kalau macam sia ni, otak panas baran, fikir negative saja…. Jadi pandangan sia len2…

Bukan pa, syok2 sia melayan perasaan sambil dengar lagu baru c Ben yang belum bertajuk lagi, tetiba bas berhenti, emmm rasanya ayat yg enak, dihentikan… cuba teka sepa yg berani tahan bas besar ditengah2 malam, di jalan raya yg sunyi yg kadang kala dibisingkan oleh bunyi lori atau bas?

Sepa lagi kalau bukan abang2 polis….. ngam2 lagi bas topan ni berhenti bersebelahan dengan tempat duduk sia dgn kereta peronda polis tu…. Kalau sia lah yg bawa bas ni, sia langar saja oh urang yg kasih berhenti2 ni tanpa signal2, ya lah dengan berbekalkan lampu siren yg kecil tu, tu pun lampu siring2 saja yg kena pasang, kita pun pasti sangka siapa kan, ya lah bukan tiada kes pencuri menyamar jadi polis…. Kalau ya pun mau buat road block, simpan lah alat yang bersesuaian, takkan tu pun sia mau kasih tau, paling tidak pun buat macam JPJ, tolonglah contohi mereka. Emm korang pasti faham cakap sia macam mana tu org2 JPJ buat road block kan….

Ok emmm naiklah sorang polis yg bernama Jeffry (ada name tag bah) check2 last dia dapat satu om, alah om yg naik d Ranau tadi tu…. Sian dia kena pau kali ah, korang mau tau, sia pandai2 lagi p tanya bah kalau di dipau. Dia jawap tiada apa2 padahal terang2 tu dompet kulit dia jadi nipis sudah dia pigang2 naik bas, entah lah apa kes…. Faham2 jah lah korang…… emmm sekarang jam 1.52 sia mau cuba2 tidur dulu… sambung lagi nanti

Akhirnya bas berhenti di Taman Fajar tepat jam 3.30. Bagai harimau menyambar mangsanya, aku dan beg ku diheret sekali lagi sejurus turun dari bas masuk ke dalam kancil… dui nah masih juga ada orang macam ni, berebut-rebut pelanggan… emm mungkin kerana RM10 diorang sanggup wat pa ja, emmm tambang kalau paginya RM3 tapi bila subuh menjadi RM10. Emm tak pe lah diorang mencari rezeki, nasib baik diorang inda p mencurikah, mendadah kah, memeras ugut kah atau macam cerita diawal tadi…. Kira merebet ni dah bagus dah ni, tulung urang susah.

Macam dulu juga, sia p check in di hotel yg sama tapi kali ini sia agak beruntung kerana orang yg menjaganya membenarkan saya masuk pada jam 3.38 dan keluar pada keesokkan harinya bukan pada jam 12 pada hari yg sama iaitu pada 6/01/09 tapi pada 07/01/09…. Kira beruntung lah tu kan….

Jadi sekarang tak tau lagi mau wat pa sebab jam pun baru masuk 4 subuh, mau p sembahyang, tu tempat lum buka lagi… sembahyang pagi bah jam 6 sana gereja…. Emm tapikan adik sia bilang indada semua tu pado, diorang ada meeting ni pagi, emm besalah tu adik sia kan mau jadi padoo, jadi diorang pun ikut sama sekali… semoga Tuhan memberkati dia untuk terus melayani sebagai pelayan Tuhan.

Bah sia rehat2 dulu lah kio. Gambar nanti sia kasih sisip2…..

05 Januari 2009

Selamat Tahun Baru

Hari ni baru sia dapat online, ni pun melarikan diri ke bandar untuk mendapatkan WiFi... ngehehehe terpaksa menggunakan khidmat Starbuck walaupun terpaksa membayar harga secawan kopi seperti harga seset makanan di Sushi King..... tak pe demi kawan2 dan utk update dia punya blog juga bah kunun ni....

Apa2 pun rasanya belum terlewat rasanya sia ingin ucapkan selamat tahun baru kepada semua rakan2 blog sia, yang selalu masuk p kadai sia ni... makasih kerana sentiasa melawat walaupun, tuan kedai bercuti krismas dan tahun baru. Happy New Year semua....

OK, sebenarnya terlalu banyak plan sia time cuti ni, emmm cuti sia sebenarnya hampir2 sebulan tau... dari 22/12/2008 sampai 15/01/2009 kama, jadi plan utama sia mau buat kunun ialah pusing Sabah, emm indada budget ni tahun mau keluar negara walaupun rancangan awal mau p sana Brisbane Australia.

Tapi rancangan sia banyak yang tergendala sebenarnya sebab terlalu ramai lah pula orang kawin time hujung2 bulan ni, dan sia pasti korang semua pun pasti menghadiri majlis bersejarah kawan2 atau saudara mara punya wedding reception kan, begitu juga dengan sia... dan yang paling jauh sia p ialah sana, Kg Tengkurus, Kota Belud, mak datuk punya jauh tu tempat, nasib inda rusak tu kerita oh.... garabol begia jalannya... Lepas tu p banyak lagi yg kawin sana area penampang termasuk tempat kazen kawin, inda larat mau jalan jauh2, kira 29 tu mau p rumah c Mr Pirut sana keningau, tapi kazen kena utamakan dulu diorang bilang, pa bulih buat kan pirut.......

Time sia post ni bahan baru sempena new year kunun, sia sudah jalan2 p sana Tambunan, Keningau dan Tenom pada 30 dan 31 Dis 08, rancangan asal mau jumpa c AKI tapi, sian dia, demam. Inda pa lah Aki, ada masa terjumpa juga tu.... Di Tambunan siorang p makan sana Restoran Trusmadi... punya mahal tu restoran, sia sarankan korang jan makan sana, cekik darah tu tempat..... (promosi jahat ni)

Rancangan p Keningau dan Tenom sebenarnya inda tersenarai sama sekali pun dalam jadual, tapi rancangan kilat urang bilang... pakaian pun inda bawa, santut lagi lah indada, terpaksa p beli sana Milimewa Keningau, emm berdepan dengan Hotel Juta juga kan... emm tempat siorang menginap malam tu.....

Malam tu jalan2 p tengok keningau punya pasar malam kunun, tapi menakutkan, terus balik p hotel ni.... tidur dan buat persiapan untuk ke Tenom esok paginya.

Dalam perjalanan ke Tenom sempat lagi p sana Kompleks Kebudayaan Murut (kalau inda silap lah namanya) pastu p sana Taman Pertanian Sabah.... (atukkkk sakit buntut oh naik tu basikal) bagus lagi naik tu keretapi kunun....xD

Pastu macam biasa, sambut tahun baru di rumah datuk kita sana Kg Maang, Penampang.... siap main siram2 lagi ni tepat jam 12... tukar tahun kunun.... nah inda kau esok pagi demam... deman gila2 ni, terpaksa p klinik.....

Tapi niat tu masih juga membara kunun untuk jalan2 keliling Sabah.... jadi 2hb Januari 2009 (uii na full house bah tarikhnya) siorang awal pagi lagi bangun, kira2 jam 5, buat persiapan untuk ke Kota Belud lagi... (emm inda tau lah kenapa inda pandai puas p sana) kali ni siorang berkejar2 lah pula agar sempat melihat tamu di Batu 10 Jalan KB-Ranau, kalau inda silap tu tempat namanya Taginambur... ngehehehhe turun ja dari kereta, terus sia jumpa c Ben Simon Bukag dengan seluar ala2 Hawaiinya ke pasar....

Tidak banyak yg dibeli ketika berada disana selain salai babi hutan... dui nah lama sangat inda makan ni barang ni oh.... Dan sekitar jam 12 siorang teruskan perjalanan ke sungai Melangkap untuk bermandi manda sambil tapau tiger beer..... punya sejuk tu tempat, siap ada batu besar lagi tu....

Pastu sia stay sana rumah kawan dua hari di Kg Toguson jalan Tamalang Taginambur. Dan hari ni sambil2 tunggu bas ke Lahad Datu pada jam 7 malam ni, sia kira mau p tengok wayang dulu sini 1Borneo.....

gambar akan menyusul selepas ini kio... sabar korang....

p/s kalau banyak ejaan salah, korang pandai2 lah kasih betul sendiri kio... adios