15 Januari 2009

Bahagian ketiga Journey to the East


Hari pertama di Lahad Datu, tanpa sebarang perancangan dan tidak tahu ke mana pun hendak pergi pada paginya, cuba untuk tetep melelapkan mata namun fikiran menguasainya dari tidur, jadi keputusan diambil untuk melayari internet menggunakan WiFi yg disediahkan oleh pihak hotel, namun gagal untuk mendapatkan jaringan, entah kenapa…. Jadi keputusan untuk mandi didahulukan sebelum keluar dari bilik hotel untuk ke pasar… (dui nah macam mau pi membeli sayur lah pula).

Jam sekitar 7 pagi, cuaca di LD seolah-olah menyertai perjalanan saya kali ini. Cerah tapi tidak panas, mendung tapi tidak menunjukkan akan turunnya hujan. Berbekalkan kamera Canon di tangan, saya memberanikan diri untuk berlakon sebagai seorang wartawan…. Wakakakakka lucu banget lah rasanya, betul2 macam wartawan ni, siap p interview orang lagi oh, siap temuramah pilak2 dan makcik2 penjajah yg ada disekitar pasar Lahad Datu… tapi terlalu banyak sebenarnya pengajaran dari penyamaran saya pada pagi itu… teringat kisah lalu diri ini sebagai seorang wartawan di Media CBS tidak lama dahulu…

Memang kita punya pengalaman untuk menemuramah, jadi memang dipergunakan sepenuhnya, sehinggakan tiada sorang pun mensyaki bahawa, aku hanyalah seorang pelancong dalam Negara, wakakakaka…. Jahat ni…. Tapi kan kesian bah makcik2 cina yg berjaja di pasar tu…. Nah cuba korang baca rungutan mereka.

“Kami sebagai penjaja berlesen mengalami masalah yang amat serius dengan penjaja kaki lima yang turut menjual barangan kegunaan harian seperti sayuran, telur, buah-buahan dan pelbagai lagi dengan harga yang dan kuantiti yang sama. Kami menjual di sini dengan membayar lesen sebanyak RM30 sehingga RM55 semeja, mereka (merujuk kepada pendatang asing yang kebanyakan terdiri dari warga Filipina atau lebih sesuai sebagai Pelarian atau Pendatang Asing atau Pendatang Asing Tanpa Izin), menjual di kawasan kaki lima, tidak perlu membayar sebarang yuran tetapi mengaut keuntungan yang lebih banyak berbanding dengan perolehan kami sehari suntuk.”
“Mereka hanya berada disini sekitar jam 6 sehingga 11 pagi kerana hasil jualan mereka cepat habis. Kemungkinan besar, orang ramai lebih senang membeli terus dengan mereka tanpa masuk ke dalam pasar untuk tercari-cari keperluan harian.”

Menurut makcik yang hanya ingin dikenali sebagai Ayati Yunus lagi, aduan mengenai hal ini sering di bawa ke Persatuan Penjaja Lahad Datu, namun tiada sebarang tindakan yang dilakukan. Selain itu, pihak berwajib iaitu Penguatkuasa Majlis Daerah Lahad Datu atau lebih senang dikenali sebagai Town board juga tidak dapat berbuat apa-apa kerana takut dengan ugutan penjaja haram ini. Walau bagaimanapun , ketika berada di sekitar kawasan pasar berkenaan, saya turut melihat lori penguatkuasa MDLD berada di hadapan pintu pasar, namun seperti yang dikatakan oleh makcik Ayati, kebenaran dibuktikan, saya turut sempat mengambil beberapa keping gambar untuk tatapan bersama.

Menurut seorang penjaja berbangsa cina yang hanya ingin dikenali sebagai Ah Moi, dia lebih senang dengan pengurusan kawasan pasar sekitar awal tahun 1990an dimana ketika ini dia dan rakan yang lain menghadapi masalah menjual bawang dan kentang kerana, penjaja di bahagian sayuran turut menjual keperluan berkenaan. Tidak seperti dahulu dimana pengasingan dilakukan. Penjaja bahagian sayuran sama sekali tidak boleh menjual semua jenis bawang dan kentang bagi membolehkan penjaja lain mendapat keuntungan yang setimpal. Namun kini agak berlainan menurut beliau lagi, meja yang dikhaskan untuk men jual sayur kini menjual bawang dan kentang menyebabkan kami mengalami kerugian dan bawang serta kentang yang tidak terjual terpaksa dibuang.

Okaylah, biarlah masalah diorang tu dapat dikongsikan sedikit sini, sia pun bukannya dapat buat apa2 pun melainkan sia ni dewa

Selesai p tengok2 tu pasar, sia meneruskan misi untuk malam ini, sebenarnya sia mau makan malam sama si sumandak …….. ngehehehe dilarang siar, dia inda mau kunun… biarlah sia panggil c dia saja lah kio…

Jadi sia pigi lah cari hotel2 yg ada restoran sebab kalau mau makan di restoran biasa atau luar biasa cam inda best pula, jadi lebih baik di hotel saja lah kan, best lagi, privacy sikit kunun. So hotel pertama yg sia naik ialah Grace Hotel di bangunan Milimewah tu… (sorry lepas ni indada gambar yg sia dapat ambil). Emm rasa cam inda puas hati ja hotel ni, jadi tukar place lah pula, kali ni sia cuba di Executive Hotel… Kira hotel yg terkemuka jugalah di Lahad Datu ni. So sia p oder lah meja untuk dua orang beserta menu pada malam tu… K selesai tu, sia pi sana Avon sebab itu saja satu2nya kedai yg menjual bunga hidup. Walaupun sia sudah beli bunga di Kundasang tapi sia inda puas hati dengan cara bunga itu dibungkus, so membuang duit lagilah sia pi bungkus2 tu bunga. Time tu mau dua tiga kali sia balik2 p hotel sebab banyak ni kelupaan, tu bunga satu hal, tu coklet lagi lupa, punya penat, tapi tak pe, untuk si dia, sia akan buat. Bikin malu juga kama bawa bunga2 ni di tengah bandar, emmm macam kebaruan saja org2 di LD ni, mcm inda pernah Nampak org bawa bunga lah pula. Emm lantak diorang jugalah, bukan untuk diorang pun. Yg receptionist di hotel tempat sia menginap pun, terhegeh2 nampak bunga tu, ada gaya mau minta ja…. Emmm minta dekat boyfriend ko ja lah ya, penat ni sia berlari2 bawa bunga… silap sikit org bilang mat bunga lah pula…. Emmm tebalkan muka saja lah.

Jam ditangan sebenarnya sudah menunjukkan 3.00 petang, mata terasa berat sebab sia belum tidur lagi ni. Selesai urusan bunga sia mau p sewa baju lah kunun sana kedai sewa baju kahwin tu… emmm kalau inda silap tu kedai nama Aling… punya buruk tu pakaian semua, jadi sesiapa yg ada hati mau buka bridal house, baik buka sana Lahad Datu. Memandangkan sia inda jadi sewa, sia p beli lah baju utk malam ni.
Selesai semua urusan tu, sia balik p hotel dan cuba untuk melelapkan mata. Namun, mungkin kerana kegusaran dan terlalu fikirkan malam ni, mata sia inda mau berkerjasama dengan sia pula… jadi sia tinguk tv saja lah, lagipun cerita Astro ni rasa best pula tengok di hotel berbanding tengok di rumah…. Menghairankan pun ada.
So tepat jam 6.30 sia bersiap sedia untuk p makan…. Cerita selanjutnya sia inda mau cerita sebab itu peribadi sikit kio…. Sorry….
Jadi malam ni sia dengan tenang hati tidur dan tidak sedar jam sudah menunjukkan 10 pagi… Sia cepat2 berkemas sebab kira mau balik sudah p kk tapi baru sia ingat, ada pakaian sia lagi di dobi yang sia hantar kelmarin, terpaksa lah tunggu sampai jam lima ni…

Jadi hari ni, sia hanya jalan2 disekitar bandar Lahad Datu ja lah, mcm org gila ni, tidak tau mau wat pa… p cari bakuteh makan tengahari mungkin boleh menghilangkan lapar lama tidak rasa ongok-ongok lahad datu ni… ngeheheheEmmm bila dapat baju tu, terus sia berkemas untuk balik semula ke Kota Kinabalu pada malam hari, bas cuma akan sampai dari Tawau pada jam 9. Jadi 8.30 sia jalan sudah. Emm ada masa sekeja lagi ni, emm apa lagi call si dia dan jumpa sekejap lah sebelum bas berjalan kan.
Kali ni sebelum sia beli tiket, sia tanya dulu kalau bas tu ada TV. “Ada”. Tu pompuan jual tiket jawap, kali ni sia naik bas Diana lah pula, emm agak selesa sebab sia duduk sorang2 saja bertemankan beg winner tu… dan sekali lagi sia kana buyuk, tu TV memang ada tapi rusak, inda buli on. Kurang ajar betul, dua kali sia kana tipu oh. Sia risau ni takut inda dapat tidur lagi, tapi jangkaan sia meleset sebab belum pun sampai 10km sia tertidur sudah, sedar2 pun time bas berhenti di Telupid untuk makan. Memandangkan jam baru menunjukkan 11.00 malam, dan perut sia inda rasa lapar, sia inda makan lah malam tu, tapi turun juga dari bas, mau kasih kendur2 ni badan, sambil besigup.
Emm sampai KK ngam2 jam 3 oh, risau juga sia sebab memang indada kereta ni p KK. Nah, yang ini betul pula, memang ada teksi tapi mahal tahap cipan diroang punya harga tu… apa lagi terpaksalah menunggu pagi ni. Daripada masa menunggu ni terbuang begitu saja, bek sia update sikit cerita perjalanan ni… jadi ini lah hasilnya…. Sia harap perjalanan saya akan datang indalah seteruk ni. Okay adios amigo, City Bas baru muncul ni… selamat usin sia…. Jadi sia kira esok pagi akan naik feri express ke Labuan, malas sudah sia mau jalan darat. Penat ohhhh…. Oh nikmati gambar yg sikit ini….

5 ulasan:

kukuanga berkata...

wah... bersambung balik ni cerita..(tertanya2 juga apa jadi sama bunga) ooooo.... bah berjawab sudah tu. best juga kan, kadang2 melawat dalam negeri sendiri. urang bilang kita selalu take for granted brg2 baik yg ada dpn mata... bah, melanconglah kita!!!! (dalam negeri)

wah.. wah...bah, kalau jadi ni taun, kasitau arr (klu wedding ko, mesti mau datang)

Bambangan @ Ony berkata...

wakakakaka, harap2 lah... dui nah ko ingat juga tu bunga dari kundasang oh kan...

Kengkaru Kong berkata...

best jua ko d Lahad Datu kan Ony..sa paling suka tu bungkusan buah buahan...namun demikian , saya tidak suka p pasar ikan dia.... Astaga naga lah jawabnya... haha!

Ornest berkata...

Wah, jalan2 ko kan ging. Ada spesific mission kaitu? Mcm si Wu Kong dlm Journey to the West mau pigi kuil apa sdh tu.. :D Ada kamu terbejumpa di tgh jln?

Bambangan @ Ony berkata...

Hahahaha, Ornest, indada kami terbejumpa sebab dia jalan atas sikit pi utara, sia pula di selatan, bagusnya kalau kami jalan ditengah2 kan...

Kong, sia saja p sana bah tu awal pagi, kunun mau p makan nasi kuning, tapi inda pula sempat beli. Rasa rindu pula dengan makanan dulu2 ni... ngehehehe.