22 Januari 2009

Tips untuk mereka yang merancang datang ke Labuan

Tadi sia jalan2 sana blog c Maharaja Oiga, terus sia nampak dia punya Post mengenai Tips bagi mereka yg pertama kali datang ke Labuan. Memandangkan sia pun tidak bz skg, sia kira mau juga kasi sedikit tips untuk mereka2 yg bercadang melawat Labuan buat pertama kali.

Untuk pengetahuan korang, Labuan buat masa ini hanya boleh dihubungi dengan laluan udara dan laut sahaja, belum lagi ada tu jambatan sebab Pulau Pinang sudah ambil tu peruntukan. Jadi bagi mereka yg ingin datang ke Labuan cepat2 atau ada kecemasan, buli ikut tu kapal terbang MAS sebab indada Air Asia dari KK-LBN-KK, kalau dari KL adalah p sini Labuan. Tapi harga tu tiket, bulih tahan juga dalam RM150++ dan ke atas, kalau dulu tu harga mencecah RM200 lebih.

Tapi bagi mereka yang ingin datang ke Labuan tapi inda mau naik itu kapal terbang, bulih pigi sana Jesselton Point, emmm lebih senang sia bilang sana terminal feri KK bersebelahan dengan Pejabat Kastam. Korang boleh beli tu tiket Feri Ekspres seawal 7.30 pagi. Jadual Feri adalah tetap pada hari Isnin sehingga Sabtu iaitu pada jam 8.00 pagi untuk trip pertama, manakala trip kedua pada jam 1.30petang. Manakala pada hari Ahad, kapal bertolak pada jam 8.00pagi (tapi ini inda kompom sebab kalau dari Labuan, feri bertolak pada jam 10.00 pagi pada hari Ahad) untuk trip pertama dan trip kedua pada jam 3.00petang. Perjalanan menggunakan feri ekspress ini memakan masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke Labuan. Tambang yang dikenakan kurang dari RM40 sebab ikut kelas dan kalau budak2 pun lain2 tu harganya.Manakala bagi merekak yang bercadang datang ke Labuan mengikut jalan darat dari KK-Menumbok boleh menaiki bas dengan tambang sekitar RM15 (sebab lain kompani, lain harga tu diorang kasih, kalau One Borneo tu RM15.50 kali). Korang boleh naik itu bas sana terminal bas sebelah Wawasan Plaza( pembetulan mengikut keadaan semasa, terminal tu dekat dengan mahkamah di kk sudah, dkt taman bunga apa tu ah namanya). Bas akan bertolak ke Labuan seawal 7.00 pagi, dan jam 1.00 petang. Emm bagi mereka yang punya duit lebih sikit dan malas mau jalan p sana wawasan plaza, korang boleh naik kereta sewa atau orang bilang private car kunun, tapi banyak jgua kereta sapu time keramaian, tapi tu harga mahal sikit lah sebanyak RM30.00 seorang, tapi kan korang kena tunggu lah sampai penuh tu kereta Avanza. Korang boleh naik kereta ni di Terminal bas dekat Padang Bandaran.

Bagi mereka yang bercadang untuk datang ke Labuan dengan membawa kenderaan sendiri, korang kena jalan awal dari KK sebab banyak lagi yang perlu kena buat di Jeti Menumbok. Emmm feri kenderaan akan bertolak dari Menumbok ke Labuan lebih kurang jam 10.00pagi dan jam 4.30petang, tapi yang pagi tu jarang2 tepat dia punya jadual, sia pun inda tau kenapa. Jadi rancang perjalanan korang lebih awal memandangkan perjalanan dari KK ke Menumbok mengambil masa lebih kurang 2 jam, tapi kalau yang biasa sudah dgn tu jalan dan kurang kesesakan lalulintas, buli sampai dalam 1 jam setengah. Tapi jangan bawa laju2 sangat lah kio, bahaya tu.

Okay bila korang sudah sampai di Menumbok, bagi mereka yang datang menggunakan bas atau kereta sewa atau datang sendiri, korang boleh memilih sama ada menggunakan perkhidmatan teksi bot atau feri kenderaan. Tambang Teksi boat atau biasa orang sana berkempen speedboat sebanyak RM15 seorang. Perjalanan dari Menumbok mengambil masa selama 20-30 minit, bergantung kepada kelajuan dan kuasa kuda engine. Bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan feri kenderaan, korang cuma perlu bayar tambang sebanyak RM5 seorang tapi perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 setengah jam. Tips untuk korang yang ikut feri besar tu, kalau boleh bawa jaket lah sebab di tempat penumpang tu, kuat dia punya aircond, buli tahan jugalah sejuknya, tapi kalau yg malas mau bawa, kira ok juga sebab korang boleh keluar2 bah ke dek, boleh lepak2 lagi di atas kapal tu sambil bersigup.

Okay, bagi mereka yang bercadang membawa kereta, bila sampai saja di Jeti Menumbok, korang kenalah baris, kereta kena ikut laluan yang betul, kalau korang awal sampai, jangan kama p pandai2 parking depan2 dekat kadai cina tu, sebab akan ada sorang lelaki yang akan menghalau korang, alasannya tempat tu untuk bas besar dari KK parking. Emmm kena bayar sudah tu urang tu. Kira ok juga bas tu parking sana sebab payah sikit orang2 dari Labuan yg bawa beer mau naik bas kalau dia parking setengah kilometer kan... berat bah tu minuman...

Lepas parking korang kena pula p berbaris lagi untuk beli tiket kenderaan, kalau bulih korang terus beli juga untuk balik punya. Maksud sia tiket dari Labuan ke Menumbok, manalah tau kan bila korang mau balik indada pula tiket, nah sian korang, palis-palis. Okay, tiket kenderaan juga berbeza mengikut jenis kenderaan itu, bagi motokar (bahasa dulu2 untuk kereta biasa) adalah sebanyak RM40 manakala kereta 4WD bayaran sebanyak RM52 dikenakan. Pastikan korang dapatkan bording pas untuk kenderaan korang, bagi pemandu, tiket tidak beli sebab sudah masuk dalam harga tambang kenderaan korang. Selepas membuat bayaran, korang kena bayar itu landing fee sebanyak RM14. Yang ini kena bayar di dalam bangunan terminal jadi kena jalan sikit lagi lah.

Bila sampai di Labuan, nah pandai2 lah korang cari tempat tinggal, tapi kalau datang secara berkumpulan, lebih baik korang ambil tu Beta Service Appartment (087-453333). Luas kama ni tempat, di bangunan Ujana Kewangan @ Financial Park, senang sikit korang p berbelanja, tapi inda juga banyak barang yg best sini, best lagi di kawasan bandar tapi panas lah, biasalahkan pulau. Oh ya tu appartment harganya dari RM150-300++. Kalau korang kerajaan, buli dapat murah lagi tu. Buli memasak lagi sana.

Tapi bagi mereka yang datang dalam kumpulan yang kecil atau berdua-duaan saja, boleh ambil Hotel Pulau Labuan, tapi masalahnya di Labuan ni, selalu full house, indada apa2 pun full house juga. Jadi pandai2 lah korang booking awal sikit tu tempat tinggal, nanti menyesal inda guna kan, lebih2 lagi kalau ada pendaftaran baru UMS-KAL dan Matrikulasi.

Kalau balik tu dari Labuan ke KK.... emmm nantilah sia cerita....

Maklumat lanjut mengenai Labuan boleh juga didapati di laman ini tapi sia mau kasi tau, ini maklumat diperolehi dua tahun lepas jadi banyak yang sudah berubah...

12 ulasan:

Don MS berkata...

Ony
Tips ko ni sangat berguna.... khasnya bagi mereka yang belum pernah ke labuan sebelum ini... Errr... macam sia lah... kar..kar..kar..

~|..BIAN..|~ berkata...

hehe..patut ko post ni b4 sia p sana ba tu ari. tp it's ok juga la. adventure mo mencari jln. wakakaka..

~|..BIAN..|~ berkata...

Eh..Uncle pun ada komen sini. haha..

Bambangan @ Ony berkata...

ya kan, alah sorry lah sia inda teringat langsung bah time tu, sebab sia pun cuti2 malaysia juga kan bian... ngehehehe, niway berguna juga kali untuk mereka yg lum pernah p sini labuan.

Medusa berkata...

heehhehe good information ony! :D ehehe lain kali sa pun mo p labuan laa.. :D

--- berkata...

Ony,
Saya jarang tidur di labuan,
saya biasa one way saja...saya tercari-cari bah ko hari tu, tapi ko tidak kasi numbur telefon, that's y saya tak mau p mana-mana.. memang direct terus p menumbok..

Feri labuan p kk hari tu saya salah post, bukan 2 jam, ada 3 jam tu mau p kk, sa ingat2.. ngam lah tu kan?

Dei, itulah bah.. hari tu saya pergi, saya tercari2 bah contact ko kunu tapi teda bah, hehehehe!!! tapi bukan merajuk lah bah.. dei...

Kalau ko dapat p tu seminar di sini, ko p lah.. Yg pergi tu sama dengan s. Jude. Mereke akan berada disini 5hb lagi. 5hb-14hb.

Semua orang kerja gia, kadang-kadang tidak dapat p awal, ada yang masih kerja.. sambil2 tu, mereka akan membuat tinjuan disini dan sambil melayani.. Mangkali C Jimmy dan C Diana tu tau S. Jude p sini..

Bambangan @ Ony berkata...

Nah san time tu kami ada pula pertandingan untuk Paintball Labuan Open 2009...

Unknown berkata...

i'm going to Lbuan from KL next week.. will take feri ekspress from labuan to kk at the same day..

nice info u gave..thanks

DitO berkata...

Trima kasih dude sbb kongsi itu info..berabis sia dgn kwn cri info sblm ni..nsib bek ada ni blog ko..kami mo p Labuan driving ni nti dr KK..tp sy ni org sarawak..hehe..bah ..TQ kio!

CikNin berkata...

Maklumat berguna nie.. Rasanya macam nak pergi labuan tahun ni..tq

JessOrange berkata...

Terbaik bah.pounsikou.

melayu sabah jati berkata...

bg tips guna bot express dari miri ke labuan