29 Oktober 2008

Dave Hill istail nah....

Gambar asal siorang ambil dari Mr. Kengkaru pastu dengan belajar tu tutorial, akhirnya dapat juga siorang guna cara c Dave Hill ni, tapi masih banyak yg perlu diperbaiki lagi sebab susah sikit ni kalau main layer2.... bah tinguklah....

gambar muka sia sendiri sia ada cuba edit tapi inda jadi ni, banyak masalah lah pula jadinya, tambah bida, jadi gambar asal (yang ada disebelah kiri paling atas ni) si Kengkaru sia pi pandai2 edit ni.... sebab si Kengkaru pun ada juga mengedit, tu ja lah hampir2 sama, cuma kalau diperhatikan sepenuhnya hasil editan kami, memang ada perbezaan.... (ngehehehe hanya mata ultramen ja yg boleh lihat).

Jadi bagi korang yang mau cuba2 buat juga, bah buli bah, korang cuma masuk saja ni nah.

Makasih banyak-banyak

Untuk kesekelian kalinya, sia mau say thanks lagi sama ini brother sia sana Singapura, tapi malangnya seperti kebanyakan kita, persahabatan di alam maya ini jarang sekali kita mengenali atau mengetahui secara mendalam siapa sahabat kita padahal boleh dikatakan mereka adalah penyeri pagi, tenghari dan petang kita...
Mereka memahami apa yang kita katakan, kita luahkan, kita ketawa atau sedih, mereka sentiasa memberi sesuatu yang pastinya dapat meredahkan suasana atau perasaan kita kepada hal-hal yang positif. Komen-komen atau cakap-cakap dalam shoutbox, amat kita nantikan sebenarnya walaupun sahabat-sahabat maya kita hanya berkata "limpas dulu", "Selamat pagi", "sudah makan?", dan bermacam-macam lagi.

Dalam situasi ini, saya sendiri merasakan bahawa masih ada rupanya orang yang masih mengambil berat dalam keberadaan kita, masih lagi ada orang yang mendoakan keselamatan kita, masih ada lagi rupanya orang yang begitu prihatin dengan perjalanan kehidupan seharian kita sehinggakan ketiadaan kita walau sehari dua, pasti menyuramkan suasana hidup orang lain. Seperti kata Ibu Teresa, "Lalu ada seorang laki-laki yang kami pungut dari selokan, sebagian badannya sudah dimakan ulat, dan setelah kami rawat ia hanya berkata: "Saya telah hidup seperti haiwan di jalan, tetapi saya akan mati seperti malaikat, dikasihi dan dipedulikan." Dan orang itu pun mati. Begitu indah melihat orang berjiwa besar yang tidak mempersalahkan siapapun, tidak membandingkan dirinya dengan orang lain. Inilah jiwa yang besar dari orang-orang yang kaya secara rohani tetapi miskin secara materi. — Ibu Teresa dari Kalkuta (1910-1997). "

Apa yang ingin saya katakan dalam petikan kata2 Ibu Teresa adalah, Dikasihi dan dipedulikan... sebab pada saya kesakitan yang utama bukanlah penyakit luaran yang menyerang diri tetapi adalah penyakit dalaman iaitu ketidakpedulian. Sama ada kita tidak dipedulikan oleh orang lain atau diri kita sendiri tidak memperdulikan sesama kita. Rasa tidak diperlukan, tidak dicintai, tidak dipedulikan, dan dilupakan oleh orang lain, pada saya itu adalah satu kemiskinan yang amat sangat, lebih miskin lagi daripada mereka yang langsung tidak mempunyai makanan.

Bila terdapatnya seorang mati kerana kelaparan, ia berlaku bukan kerana Tuhan tidak mengambil berat tentang dirinya. Ia berlaku atau terjadi kerana sama ada kamu atau saya tidak memberi apa yang dia ingini.

Okay kembali kepada cerita brother dari Singapore yang lebih senang dikenali sebagai Tanakvagu terima kasih sebab masih ingat sama sia... tiada apa yang dapat saya katakan selain dari ucapan terima kasih untuk kepedulian kamu.....

Sebagai penutup.... sia mau selitkan satu gambar sia, yg kena 'curi' oleh agensi mencari model entah di mana..... just look at it.

23 Oktober 2008

Ony mokirayou part 2




Malam seribu bintang diorang bilang.... nada bintang pun malam tu... ngehehehe ada begia tapi sia ja yg malas mencari bintang2 yg berkelip2.... apa lagi kalau bukan KE Studded Nite'08... ni gambar2 sia ja yg sia mau kc tinguk yg len korang buli tinggu sini

Kami eksiden

Mana sudah tu periuk kara tu a.k.a kukuanga, dia inda percaya ni siorang eksiden hari Rabu (22.10.2008), tapi nasib masih menyebelahi siorang sebab indada kemalangan jiwa ni..... tapi yg bikin panas tu lori yg siorang langar bah, indada apa2 ni..... tu sebab malas sia kasih masuk gambar lori tu... apa2 pun siorang selamat sampai sini labuan dan selamat juga moginum malamnya... sebab cuti hari ni ngehehehehe....






17 Oktober 2008

Titanic 2 - Jack is Back

Nah ini dia filem yang sia pasti akan sia tinguk (inda tau bila akan main lah) macam belum ada lagi sini ni, padahal sudah kena tayang time summer lagi, emm kesinambungan cerita Titanic, c Jack Dawson (Leonardo DiCarpio) dan Rose Dewitt Bukkater (Kate Winslet). Kisahnya bermula sama seprti yg dulu, tapi dulu tu cari Titanic dan jumpa gambar c Rose dengan permata biru pastu bermulala cerita c Rose, alah yg dia datang kena bawa naik helicopter tu p sana kapal laut, tapi kali ni diorang mau mencari lah kunun permata yg terjatuh dulu tu oleh c Kate tapi akhinya diorang terjumpa c Jack lah pula, dan bermulalah cerita Frozen Man. Kesian ni cerita ni sebab c Jack terpaksa memulakan semula kehidupannya di alam yang baru (tapi kan dia pandai ni masuk sana Google cari nama c Rose (awek nya dulu) tapi ya lah time dia ditemui c Rose sudah mati begia dengan umur 102 tahun, ya lah dia kan lahir 1899 dan meninggal pada tahun 1997 (time filem Titanic ni lakonan diorang dua ni meletup dulu di pawagan dan tape hitam besar tu VCR.) Sian begia dia ni sebab apa yg ada dalam ingatan dia adalah cerita awal tahun 1900.... tapi kini terpaksa ni hidup dalam zaman moden. Apa yg dia tahu kini banyak telah berubah. Terpaksa sesuaikan hidup di zaman baru, kena tuduh lagi ni sebagai makluk asing... sian dia jadi buruan pihak berkuasa.

Ada lebih baik kalau kamu kan menonton dulu Titanic yang pertama sebelum tengok kedua ini sebab takut nanti korang inda faham ceritanya.

Lagi satu, c DiCaprio nampak masih mudah lagi ni, macam 10 tahun lalu punya muka oh... bah jaga... kalau c Kate, nah indada lah dia berlakon sama sekali sebab napatai nah sudah dia.... tapi kalau inda silap cucu si Rose akan tampil dalam wayang ni kali... tapi itu inda pastilah.

Tak pasti pula kalau sudah main sini Malaysia, tapi yg pasti sia selalu begia keluar masuk tinguk wayang, takkan cerita zaman remaja sia ni buli terlepas... dui nahh rugi ni... rasanya inilah wayang yg paling banyak kali sia tinguk oh, inda pandai bosan....

Apa2 pun korang tinguklah dia punya Trailer ni.



10 Oktober 2008

Time to mokirayou

nah ni na gambar kami semalam, sebab saudari kami vivian dan keluarga akan berpindah ke Sabah sudah ni bulan 11 nanti, jadi siorang ambil kesempatan untuk bergambar bersama di Church of the Blessed Sacrament Labuan.

Lepas tu, ngehehehe sia p jalan2 sana tepi laut sambil mengambar diri sendiri....

lama sudah ni inda jadi gila ambil gambar sorang2... sudahlah malam, tepi laut lagi, selalu kabur2 lagi tu... bah tinguk saja lah korang kio...

(sekurang2nya terupdate juga kan)



ni gambar sorang2 ni.... terpaksa pakai remote


ni saja mau kc tingu KLCC labuan, tp tiang saja kio....


C Joy bilang macam budak KFC lah pula dlm iklan di Polipin

09 Oktober 2008

KE Star Studded Nite 2008 (Red Carpet Event)

Nah sia baru dapat ni banner dari si LydBytes untuk KE Dinner Party dengan tema Star Studded Nite, sebab ada Red Carpet lagi ni... dui nah inda sabar sudah sia ni mau balik Sabah. emm balik pun hanya untuk join kawan2 dan artis tempatan Sabahan bagi memeriahkan tahun ke 3 birthday laman ini.

Kalau dapat join, ni merupakan kali ke 2 sia ikut, tapi biasanya kalau ada apa2 event yang besar2 siorang lah yang selalu ni kena panggil. Panggil bukan buat apa, ngehehehe pa lagi, ambil2 nah gambal gambal. Last siorang n d team ambil gambar, time Kaamatan Peringkat Negeri Sabah.... sana KDCA.... syok tau, hari2 jumpa tu sumandak opsss tu unduk ngadau semua bah, time diorang lum kena make up dan selepas berlawa....

Yang pasti dengan tema Star Studded Nite kami semua akan berpakaian lawa2 tahap artis juga (tapi biasanya mengalahkan artis behhhh) bila lagi mau berlawa kan... siap ada tukang kamera lagi ni, silap sikit kena interview2 lagi oleh ESPN opsss salah, tu chanel E tu... dui nah minta puji sia oh.... tapi inda mustahil mah, jadi bagi mereka yang mau p pada malam tu, ni ada sikit maklumat mengenai parti ini

Maklumat acara :

Host : Kadus Entertainment
Function : “Party Dinner”
Theme : KE Star Studded Nite 2008 (Red Carpet Event)

Masa & Tempat

Tarikh : 18 Oktober 2008 (Sabtu)
Masa : 6.30 petang – 11:00 malam
Tempat : New Pusakag Café, Donggongon, Sabah
Yuran : RM 25.00 sahaja! (Untuk makan dan party pack)


Huraian ringkas

Acara ini adalah acara untuk 1 malam yang akan menjemput semua ahli dan bukan ahli Kadus Entertainment dan juga para artis kadus dari negeri Sabah kita yang tercinta. Walaubagaimana pun jemputan adalah terbuka kepada semua yang berminat untuk menyertai acara ini.

Acara ini akan berbentuk “party dinner” iaitu:

1. Mempunyai tema “KE Star Studded Nite 2008” featuriJustify Fullng ala-ala “red carpet” gitu…(sebelum ini dikenali sebagai annual KE gathering) Tema ini adalah menggalakkan sesiapa yang akan menyertai acara ini untuk berpakaian “glamour” (bersinar kah… berbintang bintang… berkilat kah… shining kah terpulang ya) kerana sessi bergambar ala-ala “red carpet” akan diadakan secara PERCUMA.

2. Untuk sessi bergambar ini, anda bolehlah bergambar secara berkumpulan, solo, duet… Pada malam ini jugalah anda boleh menganggap diri anda sebagai artis… chewah… Jadi… Jangan malu-malu untuk “DRESS TO KILL” anda pada malam itu.

3. Di antara acara-acara menarik yang akan diadakan adalah seperti :
a. Anugerah pakaian / stail pilihan (Lelaki & wanita)
b. Ms Congeniality (Wanita)
c. Mr Friendly (Lelaki)
d. “Lucky draw”
e. Nyanyian / tarian
f. Dan banyak lagi

Nah rugilah kamu kalau inda datang tu kan.... so ini sahaja maklumat sia yg dapat sampaikan....
Jumpa di sana.................

08 Oktober 2008

Betul kah ni?


Nah cuba korang tinguk penggunaan perkataan 'bah!' di dalam gambar ini.... Betul kah tu?

"Pedah habis bah?"

dalam pengertian sia, tu pedas yg habis.... Tapi iklan ni cuba mau sampaikah yang mee diorang tu memang pedas tahap gilerrrrrr (pinjam ayat diroang lah pula)...

ni lah ni kalau ada org yg inda faham menggunakan perkataan seperti ini, nampak sangat inda jadi, nampak sangat bidanya...

Biar lah diorang...

oh ya ni gambar sia ambil dari blog c mamai. sampai c mamai bilang

"Last..iklan maggie, hurrmm ngam ka ni bahasa 'BAH' dorang guna ni, macam lain ja ni.. kalo kmu nda tau di mana, ada d trafik light masuk kk high school."

Betul2 teruk ni.... kan, kalau inda tau buli begia bertanya sama urang Sabah yang tau...

06 Oktober 2008

Sepanjang Pasar Ria di BS Church Labuan




Inda nah aku terikut itu Hari Warga Kampus UMS kali ke 12 sebab ada komitmen len bah ni, ni gambar antara 28/09/2008 sehingga 01/10/2008.....

Ni gambar siorang ambil time, Pasar Ria di Church Blessed Sacrament Labuan pada 28/09/2008 lalu,

Ni pula gambar siorang bersukaria setelah penat menjual jual.... ni pada malam raya pertama 01/10/2008.
Ramai bah yang datang tapi, ni ja gambar yg sempat kena kc masuk.....
Ni ni mau mula2 sudah naik itu kick wain.... emm macam 14 ltr oh siorang habis.... tapi sempat juga bangun ni p kerja esoknya....

Now Open

Nah untuk mereka yang teringin sangat makan Bubur Ayam McD, sekarang di Labuan, cawangan McDonalds baru di buka... rasanya harinya mula beroperasi sebab ada budak lelaki jalan2 sini opis kasi edar2 tu broucher... nah bagi mereka yang telah dijanjikan Bubur McD tu... emmm korang datanglah sini p beli kwang kwang kwang ...... payah juga mau kirim pakai post laju tu kan, nanti tertumpa + basi, ehhh babau tu nanti.....

Kira2 tengahari ni siorang mau g makan tapi masih takut2 lagi ni, sebab time restoran tu kena buat, siorang nampak aktiviti diorang spt mewelding, mencat, men dll.... jadi tungguh sehari dua dulu lah diorang kasih bersih betul2 dulu tu tempat, lagipun masih bau cat lagi tu sebab diorang inda pakai odoless nipon, ngehehehe, nanti kalau sia p, sia kasih masuk itu gambar dia.... yang di siring2 ni, itu broucher saja...

Tapi kalau jadi juga tengahari ni siorang mau p juga menyerang tu tempat..... inda sabar sudah rasanya...

Hostel Ku

Akhirnya dapat juga sia kasih promot (tanpa bayaran) siorang punya hostel murah2 ni.... bah kalau datang labuan, jan lupa singgah ya.... ngehehehhe kampung2 punya begia....

ASV Backpackers is a Hostelz.com Labuan Hostel.

05 Oktober 2008

Selamat Hari Raya

Nah limpas sudah raya baru sia dapat post ini barang... (ni gambar kenen) emm bz memanjang ni sampai indada nah masa untuk membuka intinit.....

Raya tahun ni sia ada buat satu baju melayu, tapi haram jadah, inda terpakai langsung... bikin panas ni... pa buli buat kerja punya pasal kan.... lagi pun kerja ni berbayar, kira overtime lah kunun...

Apa2 pun kepada rakan2 seblog yang sentiasa inda jemu2 masuk ke dalam blog ony @ bambangan ini.... ony nak ucap Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada semua rakan yang merayakannya... bukan sahaja yang muslim tapi yg non-muslim juga ya... minta maaf di bulan yang baik ni untuk mendapatkan keberkatan.... ngehehehe sama saja bah tu kan...

Kalau ada lebihan ketupan rendang lemang tu, jangan lupa kirim2 sama urang yg karaja ni saja kio.... dan mereka2 yg minum urin sorang2 tu... jangan lah lupakan sia kio....

Salam sayangdari saya untuk semua.....