27 Disember 2007

Pelancaran YAHAI

Selepas saja menghadiri KE Xmas Gathering semalam (19 Dis 07), kita ada lagi rancangan pada keesokannya paginya... apa lagi kalau bukan hari besar SMS Studio. Pelancaran Album YAHAI Ben vs Ateng yang diadakan di Buhavan Square, Pekan Donggongon yang telah berlangsung pada 20 Dis 07 lalu.

Saya tiba seawal jam 9 pagi di pekan berkenaan, keadaan Buhavan Square masih lagi lengang, pentas telah dihiasi dan kerusi telah disusun atur. Ketika itu hanya Mr. Nars saja yang kelihatan sibuk mengarah untuk kelancaran pelancaran album berkenaan. PA sistem juga telah dipasang awal dan muzik dari album YAHAI dibunyikan sebagai iringin akan kehangatan pelancaran album berkenaan.

Agak bosan menunggu tibanya waktu pelancaran yang dijangka pada jam 2 petang berkenaan, ada baiknya sarapan pagi kami pekena mee sup dahulu di kedai berhadapan dengan Kedai Kopi Dragon. Ben & Ateng telah sampai dan kitarang makan semeja..... (disana jugalah kita kena dengan suzy, masih malu2 lagi kunun hehehehe).

Selesai makan, kelihatan ada aktiviti sampingan iaitu nyanyian dari artis2 SMS dan TJC Studio menghiburkan orang ramai yang hadir pada pagi itu. Banyak bakat-bakat baru telah dicungkil oleh kedua2 studio rakaman ini dan yang pasti, hampir kesemua mereka masih dalam lingkungan remaja dan belia. Syabas saya ucapkan untuk kedua2 studio rakaman ini, kerana berjuang untuk memartabatkan bahasa kita melalui lagu.

Atucara dihentikan buat seketika waktu sebelah tengahari sementara menunggu waktu untuk pelancaran album YAHAI.

Tepat jam 2.30 pm, Kehadiran orang yang ditunggu2 tiba untuk melancarkan album ini, Y.B Jahid Jahim. Ucaptama disampaikan oleh boss SMS sendiri, antara lain amanat yang disampaikan oleh beliau ialah mengesah kita untuk membeli album2 keluaran asli sesebuah studio rakaman bagi menunjukkan cara kita menyokong industri muzik tempatan.
Beliau berucap dengan memakai pakaian tradisi kaum Kadazan Dusun, pada saya beliau dengan jelas memperlihat betapa beliau sendiri begitu serius dalam perjuangan memartabatkan apa sahaja hal yang berkaitan dengan kaum Kadazandusun. Syabas untuk beliau.


Ucapan perasmian pelancaran album YAHAI Ben vs Ateng disempurnakan dengan jayanya oleh Y.B Jahid Jahim, Pembantu Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Sabah.

Walaupun berpindah tempat duduk untuk beberapa kali kerana hujan lebat 'melanda' pekan Donggongon, tetamu-tetamu yang hadir termasuk VIP tidak berganjak untuk balik ke rumah dan itu tidak menjadi batu penghalang untuk acara pelancaran ini diteruskan lebih-lebih lagi bila kedua-dua penyanyi iaitu BEN dan ATENG muncul di atas pentas mendendangkan lagu duet mereka bertajuk Ginawo Ku Lumungui telah menghangatkan lagi suasana yang sejuk pada petang itu.

Teriakan-teriakan dari peminat kedua-dua artis ini pada saya sudah menunjukkan betapa mereka dinantikan untuk membuat pertunjukan. Dengan berbekalkan pengalaman sebelum ini, mereka berdua nampaknya berjaya menambat hati tetamu yang hadir pada petang itu.

Tempat duduk dipenuhi oleh mereka yang hadir awal semata-mata untuk melihat pelancaran album ini. Kehadiran rakan-rakan dari Kadus Entertainment juga turut memeriahkan suasana pelancaran YAHAI. Kawasan sekitar Buhavan Square dipenuhi oleh orang ramai yang hadir, kawasan lorong pejalan kaki di kedua-dua blok serta tingkat satu blok berkenaan turut dipenuhi oleh mereka yang ingin melihat lebih dekat artis kesayangan mereka.

Antara lagu yang turut didendangkan pada petang itu dalam album YAHAI, ialah, Ginawo Ku Lumunggui, Ula-ula No Daa, Iya Lansanon Ku, Simbaro Sunduan Ku Langadon, Yahai, Emmely, Konihab, Noromuk Piupusan.

Persembahan susulan dari artis-artis SMS dan TJC Studio pada petang turut menghangatkan suasana termasuk beberapa artis jemputan seperti Jovita Robert Johnny, David Pinus, Francis Anahong dan Narsisius Justin Misin. Turut diundang membuat persembahan ialah Juara Suara Emas Bintang RTM 2007 Reynaldo Paggie, Danny F. Malinggi dan S. Welly, turut hadir memeriahkan pelancaran YAHAI.

Aktiviti terakhir pada petang itu adalah tiket cabutan bertuah. Bagi mereka yang membeli album keluaran SMS dan TJC di Buhavan Square pada petang itu, berkesempatan untuk memenangi hadiah berupa hamper. (emm saya tidak ketinggalan membeli tiga album pada waktu itu dengan harga yang amat murah. Siap dapat hamper lagi tu, hehehhee)

Akhir sekali, sekitar jam 5 petang, Ben mendendangkan lagu Krismas Royoho Tokou sebagai lagu penutup kepada pelancaran album YAHAI bersama-sama dengan semua artis yang hadir pada petang itu.



Kejayaan pelancaran YAHAI, pada pandangan saya suatu perubahan kepada industri muzik tempatan kita, di mana kini ramai anak muda tempatan mampu menerbitkan album sendiri, cuma apa yang perlu dilakukan adalah memasarkan produk berkenaan kalau boleh ke seluruh Malaysia. Tahniah sekali lagi buat Ben dan Ateng atas kerja keras mereka selama ini, telah membuahkan hasil yang boleh dibanggakan. Keep it up.

KE Christmas Gathering - Pusakag Cafe

Sekali lagi kita berkumpul setelah dua bulan berlalunya Kadus Entertainment Gathering di Koisan Cafe pada 20 Oktober 2007 lalu.... terlalu banyak kenangan indah yang tidak dapat kita lupakan pada hari berkenaan lebih-lebih lagi pada diri saya sendiri kerana itulah kali pertama bertemu dengan rakan-rakan yang selama ini hanya dikenali melalui laman KE sendiri...

Dan sekali lagi atas usaha gigih boss2 KE, pelbagai perancangan dilakukan untuk menjayakan Christmas Gathering yang telah pun berlangsung pada 19 Disember 2007 di Pusakag Cafe, berjaya dianjurkan... Syabas buat crews KE.

Banyak juga aktiviti yang dijalankan malam tu, walaupun DJ kesayangan kita Mark lambat datang, tetapi ia tetap berseri dengan bantuan TOMM.... hehehehe bulihlah yang penting kompom.

Malam tu sia datang agak lewat sedikit dari jadual awal iaitu jam 7.30pm. Emm pergi makan nasi dulu di Donggongon sebab agak penat memandangkan perjalanan dari Labuan ke KK mengambil masa kira kira tiga jam. Sampai di KK agak awal sedikit sekitar jam 7.00pm

Sampai di Pusakag, sekitar jam 8.00 hanya ada tiga meja sahaja yang belum penuh berisi, yang lain, full house sudah.... tempat tu siap kena booking lagi ohhh hehehe ada notis lagi tu....

Kehadiran DJ Mark pada malam itu menyerikan lagi suasana diselangi oleh pelbagai aktiviti, semua members tidak terkecuali untuk menyertai setiap aktiviti yang dijalankan.... lagipun semua kita malam tu kan sporting....

Antara permainan yang masih sia ingat ialah mencari perkataan Saya Pergi Buku dalam bahasa English.... emmm pemenangnya..... sepa ya, tak prasan sebab tengah minum lihing yang di tikid oleh OLUMIS.... hehehehe tu adik beradik POKARA pun turut dihidangkan juga malam tu... bestnya....

Hampir lupa nak g tau... selain dari aktiviti games, tidak lupa juga hiburan percuma dari artis-artis Kadus pada malam itu antaranya, Danny F M, Denis G, Vinusak, Jimmy Palikat, Betcy Michael, dan yang pasti terlalu ramai termasuk dari members KE sendiri.....

Malam tu sia jadi cameraman ja.... baru mau belajar lah konon.... ada jugalah dua tiga gambar yang okay, yang len tu besa2 ja....

Emm perhimpunan tu tamat sekitar jam 2 pagi, mata dah mengantuk apa lagi terus balik ke tempat penginapan.


p/s dengar cerita malam tu ada orang mau terjun ke bawah.... emmm ni kes apa lah pula ni kan, mabuk mengkali... tapi hanya khabar angin ja bah tu.... sia inda pula nampak, kalau nampak mau juga sia gambar2 sepa lah orang itu... hehehehe

(yes akhirnya dapat juga sia update blog sia ni)

08 Disember 2007

Pelancaran Album 'Yahai' Benn Vs Ateng

Oleh: Nars JM

Satu kelainan daripada dua artis ini. Mereka bergabung dalam satu album yang dipanggil 'Yahai', diterbitkan oleh SiMusic Studio. Sebelum ini kedua-dua artis ini sudahpun mempunyai album solo masing-masing. Ateng terkenal dengan lagu 'Norubat Piginawaan' sementara Benn pula terkenal dengan lagu 'Binsorou Mamatos Kolungguian'. Sememangnya kedua-dua artis ini mempunyai keunikan suara tersendiri dan sangat berbakat lagi kreatif. Ateng dan Benn bukan sahaja boleh menyanyi tetapi juga mahir bermain alat-alat muzik. Kesemua susunan muzik dalam album 'Yahai' digubah dan dimainkan oleh Ateng dan Benn. Proses 'mastering' juga dibuat oleh Benn sendiri. Rakaman dan pembikinan album 'Yahai' ini dibuat sepenuhnya di SiMusic Studio (SMS). Simon Bukag bertindak sebagai Penerbit Eksekutif album 'Yahai' manakala Narsisius Justin Misin sebagai Penerbit Album.

Album 'Yahai' memuatkan 11 buah lagu dalam pelbagai rentak yang pasti akan memenuhi kehendak para peminat khasnya di Sabah. Sebanyak 8 buah lagu dalam Bahasa Dusun, sebuah lagu dalam Bahasa Kadazan (ciptaan Ateng), sebuah lagu dalam Bahasa Melayu (ciptaan Ateng) dan sebuah lagu lagi dalam Bahasa Inggeris (ciptaan Ateng). Sebuah lagu bertajuk 'Ginawo Ku Lumunggui' yang dinyanyikan secara duet oleh Ateng dan Benn adalah ciptaan Narsisius Justin Misin sementara yang selebihnya adalah ciptaan Ateng dan Benn.

Pelancaran album 'Yahai' akan diadakan secara rasmi di Buhavan Square, Donggongon, Penampang pada 20 December 2007 ini. Pada hari yang sama juga, ada 4 buah album lagi akan dilancarkan bersama-sama dengan album 'Yahai' iaitu album 'Duo Nosili Iso' (Francis Anahong), album 'Butia Tobulou' (Jovita Robert Johnny), album 'Kolumiso' (David Pinus) dan album 'Iti Noh RalanKu' (Narsisius Justin Misin).

Sempena pelancaran album-album yang tersebut di atas, pihak penganjur telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik bermula dari jam 10.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Antaranya ialah pertandingan nyanyian terbuka kepada semua lapisan masyarakat warga negara Malaysia. Untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi pihak penganjur Simon Bukag (0168010040) dan Narsisius Justin Misin (0168447514).

Pihak penganjur juga akan memberi tiket cabutan bertuah secara percuma kepada para pembeli produk atau album terbitan TJC dan SMS pada masa itu. Pihak penganjur telah menyediakan hadiah-hadiah yang menarik dan mungkin anda orang yang bertuah pada masa itu.

Acara kemuncak bermula pada jam 2.00 petang iaitu majlis perasmian dan persembahan daripada Ateng, Benn S. Bukag, Jovita Robert Johnny, David Pinus, Francis Anahong dan Narsisius Justin Misin. Turut diundang membuat persembahan ialah Juara Suara Emas Bintang RTM 2007 Reynaldo Paggie, Danny F. Malinggi dan S. Welly. Datanglah beramai-ramai ke Buhavan Square Donggongon dan saksikan kehebatan artis-artis tempatan kita dan jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan artis-artis kesayangan anda.

28 November 2007

Majlis Pelancaran album YAHAI


Simusic Studio (SMS) akan mengadakan pelancaran Album YAHAI - Benn vs Ateng pada 20hb Disember 2007, bertempat di Buhavan Square, Donggongon, Penampang. Anda semua adalah dijemput untuk menyaksikan sambil berhibur dengan ramai artis-artis tempatan Sabah. Acara dijangka bermula pada jam 9:00 pagi.

Turut memeriahkan pelancaran album YAHAI adalah pelancaran bersama album-album keluaran TJC Talent Studio seperti:

*Jovita Robert Johnny - Butia Tobulou
*Nars - MTV Karaoke
*David Pinus - Kolumison
*Francis Anahong - MTV Karaoke

Acara kemuncak adalah persembahan secara LIVE daripada kelima-lima artis iaitu Benn S Bukag, Ateng, Jovita Robert Johnny, Nars, David Pinus, dan Francis Anahong. Sementara itu, James Sami bakal membuat persembahan solo gitarnya. Reynaldo Paggie juga akan membuat persembahan dengan lagunya yang berjudul, "Pologoso Oku Songulunan" (Biarkan Daku Sendirian).

Sebarang perubahan akan diberitahu dari masa ke masa.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila PM:
*abg_sms (SMS Studio), atau
*JaMes (TJC Talent Studio)

JANGAN TIDAK DATANG! NANTI RUGI BAH! DAPATKAN YANG ORIGINAL!

07 November 2007

KE Gathering Koisan Cafe

Hai selamat pagi (sebab sia post ni pagi).... nak sambung cerita lah pula pasal Gathering hari tu, kira ni sambungan cerita dari Mini Gathering di Kota Belud hari tu.....

Selesai ja mandi di hotel Borneo Resthouse, kami bertiga (Barambang, Lihing dan sia sendiri) bergegas ke Dongonggon untuk bertemu dengan Ronney Ajim sebab kami berjanji untuk bertemu dengannya di sana... namun keadaan hujan begitu lebat sekali menyebabkan kami terpaksa ke Koisan Cafe lebih awal dari rancangan asal iaitu pergi pada jam 8.00pm.

Emm sampai je di KDCA, kami merupakan orang kedua yang sampai awal sebab Boss KE mesti datang awal bah..... emm time tu sekitar jam 7.00mlm.

Emmm meja dekat Bar menjadi pilihan kami supaya dapat lihat semua orang yang keluar masuk ke Cafe berkenaan....

Orang ketiga masuk c OLUMIS dan c LISA(tukang daftar kitaorang malam tu) kemudian diiringi oleh beberapa orang artis termasuk diorang c BENN S. BUKAG n d gangs. Selepas tu sia tak berapa lagi mengambil tumpuan sepa2 yang datang sebab c KEITO bz bercerita dengan sia. Macam2 dia cerita terutama pasal dirinya sendiri, maklumlah baru kenalkan.


Sekitar jam 8.00 malam lebih baru acara bermula dengan dimulai acara makan yang diumumkan sendiri oleh MC malam itu, tidak lain dan tidak bukan DJ MARK.

Syok juga makanan malam tu, ada beberapa hidangan tempatan termasuk tuhau dan hinava... tidak lupa juga kuih hari raya... hahhahaaa c KEITO yang kasi habis.....


Time makan tu, tiba2 meja kami dipenuhi oleh orang2 yg memang sia kanal (cehhh) emm kalau tidak silap malam tu di meja kami, c RONNEY AJIM, SAM, BARAMBANG, LIHING, KEITO, dan orang yg dikira penting juga malam tu tidak lain tidak bukan, LUGU..... hahhahaaa. Dia datang dengan POKARA, khas dari Jepun untuk members KE....
Selesai makan acara diteruskan dengan ucapan dari BIG BOSS.... disudahi dengan walhamdulila....hehehehhee tambah2 ja ni.....


Time tu juga 1 buket Harimau Senyum di bawah Pokok Kelapa dihidangkan... dan bermulalah acara moginum......


Acara cabutan bertuah dimulai dengan pemenang pertama KEITO... pastu sia inda ingat sudah sebab takut jadi pemenang bertuah, apa tidak, dapat dua gelas whisky percuma dan baju.... (bukan whisky dalam butul, tapi dalam gelas dan kena habiskan juga time tu, atas pentas lagi tu... nasib baik inda kena sebut nama sia malam tu).

Acara bergambar beramai2 juga dilakukan dan dibahagi kepada dua kumpulan sebab sampai sempit bah tu pentas... kan ramai juga kita datang malam tu....


Acara nyanyian dari artis2 tempatan diteruskan lagi dan disudahi oleh Bro DENNIS GAIS sekitar jam 12.oo tengah malam...

Malam seribu kenangan c RONNEY AJIM bilang memang tidak mudah dilupakan kepada sesiapa sahaja yang hadir pada malam itu, sama ada artis tempatan sendiri atau member2 KE... semuanya terhibur dengan telatah masing-masing, lebih2 lagi bila ada acara tarian Poco-Poco dan The King & The Queen malam itu...... emm kalau inda silap c DJ MARK juga menang malam tu kan.... kira dia ni paling sporting.... tapi kalapik juga, sampai c BARAMBANG gantikan tempatnya sebagai MC...... besa lah tu.

Setiap yang hadir malam tu, juga amat sporting sebab berani2 sudah pi meja orang pi berkenalan secara lebih dekat lagi..... kan itu satu acara yang baik bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu dengan yang lain. Artis2 tempatan kita pun tanpa ada rasa ego turut 'turun padang' ke meja2 member KE untuk berkenalan sambil minum2....

Dan acara seterusnya yang sia ingat ialah, moginum, moginum, moginum sampai kalapik, sampai sia sendiri pun kalapik siap hilang ingatan lagi tu......

Emmm kita orang balik sekitar jam 4 pagi.... (masih awal lagi bah, awal pagi) hehehheee, Pas jam 2 tu sia inda ingat lagi apa yg berlaku..... hahhahaaa

Jadi kalau ada yg mau tambah2 bah komen2 lah......

Emmm amat sukar untuk menyatakan betapa gembiranya saya pada malam pertemuan ahli-ahli Kadus Entertainment pada 20/10/2007 lalu.
Bukan saja pada malam harinya, tetapi juga pada sebelah petangnya, di mana kami (Barambang, Lihing dan saya sendiri) dalam keadaan kelam kabut, selepas gunting rambut terus meluru laju dengan Kancil dari Pekan Dongonggon ke Pekan Kota Belud, untuk menghadirkan diri ke Mini Gathering KE 2007 anjuran YAN.......
Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu diiringi lagi dengan keadaan kesesakan jalan raya sepanjang perjalanan dari Dongonggon ke Kota Belud, kami bertiga tetap berazam untuk sampai ke destinasi dalam masa 45 minit, namun kami hanya berjaya sampai lebih kurang 1 jam 30 minit.... hahhahahhahahaa kesian diorang c Gogds menunggu kami.
Walaupun kami sampai lewat, kami tetap datang walaupun tiada paluan kompang dari pihak c Yan, hahahhaaa (indadalah saja tambah2 ayat saja bah ni)...... Dengan berpayungkan 10 jari, kami bertiga berlari menuju ke Cyber Cafe (yg tidak menyediakan sebarang jenis cafe hehehhe) c Yan yang bersebelahan dengan Superstore KB..... (Emmm ingat superstore ingat payung pula.....)
Emm sebenarnya ni kali kedua sia jumpa c Yan @ gadis mesra (bukan mesra BOB AF ya), tapi dia memang mesra lah sampai beberapa member KE yang datang deluan di KB, sikit lagi inda mau balik oh......Oh ya sikit lupa mau g tau sepa2 yang hadir pada Mini Gathering KB anjuran c YAN pada 20/10/2007 tempoh hari tu...... emmm tidak lain dan tidak bukan kalau bukan c BOSS KE sendiri.... GOGDS, pastu c LUGU, c KADUS, c BARAMBANG, c LIHING dan sudah semestinya sia sendirilah kan c BAMBANGAN.
Sebenarnya tidak banyak yang kami perkatakan pada hari tu, sebab Kancil kami tiba agak lewat sedikit dari perancangan asal, tapi yang pasti CC c YAN 'pecah' dengan gelak ketawa kami ala-ala pontianak dapat mangsa..... hehehehheee. Lebih2 lagi bila c KADUS kah atau c YAN kasih tengok itu Osama buat ucapan Kaamatan..... hahahahaha c LUGU lah yang paling kuat ketawa time tu.....
Emmm selesai ketawa, kitaorang p minum sana kadai sebelah CC c YAN juga, kira mau cari mee sup KB tapi itu jam kedai2 jual mee sup dah tutup, yang ada sup tulang dan urat sahaja, emmm apa lagi kami bantai saja lah.....
Selesai minum kita masing2 bersalaman dan ada juga adengan berpeluk-pelukan... hehehehhee satu adengan yang pada saya sebagai orang Sabah dan dibesarkan di Sabah adalah adengan yang besa besa saja..... sebab kita sudah besa bah keadaan cam tu kan.... do oiiiii.....
So bila dah salam2 kita orang pun cow ke KK.... dan sepanjang perjalanan balik dari KB ke KK tu, hujan saja bah, dan seperti besa, sia pun O Oi lah, tidur, zzz zzzz zzzz.....
Tapi sebelum balik ke KK, ada rancangan untuk mau minum Bahar malam tu sana Koisan Cafe, jadi c Gogds pun suruh lah cari..... apa lagi, terpaksalah kami masuk kampung keluar kampung orang cari, sampai di Tengilan bah p cari, sikit lagi sampai di Kayangan... ehhh salah, Kayangat (emmm salah eja mungkin ni)......
Dukacita dimaklumkan, bekalan bahar di Kota Belud, 100% habis..... kami pun inda tau sepa yang habiskan.... Sudahlah kami inda dapat bahar hari tu, kana tiaw lagi bah oleh penjualnya, tapi bukan sia yang kena cuci telinga lah.... hahahhahaa sepa lagi kalau bukan c BARAMBANG...... jadi len kali kalau mau minum bahar, kena booking awal2, emmm (5 bulan lebih awal kah tu BARAMBANG?)
Tapi dalam kedukacitaan kami tu, ada juga gembiranya, sebab c BARAMBANG terjumpa juga kawan lama dia..... emmm sepa tu ya... lupa namanya..... Time tu kawan dia tengah moginum bahar.... (sia rasa diorang punya grouplah yang kasih habis bahar di KB tu hari.... wakakakkaaaa)
Sampai di KK lebih kurang jam 4 petang (masih hujan juga)...... dan kami bertiga yang pada masa tu stay di Borneo Resthouse Hotel (emmm bukan nak promosi ya wakakakkaa) bersiap sedia untuk malam KE Gathering 2007 yang dianjurkan di Koisan Cafe.........
(Cerita akan bersambung sebentar lagi..... jom kerja)

by Bambangan @ Ony
11/5/07


Labuan F.T Team to KE Gathering 2007 Bambangan, Ronney, Barambang




Ronney & Ronnie.




Ni pula c Ronney juga dengan Keito


Emmm kalau ada masa yg lebih panjang sia akan upload lebih banyak lagi gambar pada malam tu, so setakat ni, tiga gambar ni ja lah yah


Dan ada satu adengan c Sumpit kena paksa minum VAT69, hehehheee