28 November 2007

Majlis Pelancaran album YAHAI


Simusic Studio (SMS) akan mengadakan pelancaran Album YAHAI - Benn vs Ateng pada 20hb Disember 2007, bertempat di Buhavan Square, Donggongon, Penampang. Anda semua adalah dijemput untuk menyaksikan sambil berhibur dengan ramai artis-artis tempatan Sabah. Acara dijangka bermula pada jam 9:00 pagi.

Turut memeriahkan pelancaran album YAHAI adalah pelancaran bersama album-album keluaran TJC Talent Studio seperti:

*Jovita Robert Johnny - Butia Tobulou
*Nars - MTV Karaoke
*David Pinus - Kolumison
*Francis Anahong - MTV Karaoke

Acara kemuncak adalah persembahan secara LIVE daripada kelima-lima artis iaitu Benn S Bukag, Ateng, Jovita Robert Johnny, Nars, David Pinus, dan Francis Anahong. Sementara itu, James Sami bakal membuat persembahan solo gitarnya. Reynaldo Paggie juga akan membuat persembahan dengan lagunya yang berjudul, "Pologoso Oku Songulunan" (Biarkan Daku Sendirian).

Sebarang perubahan akan diberitahu dari masa ke masa.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila PM:
*abg_sms (SMS Studio), atau
*JaMes (TJC Talent Studio)

JANGAN TIDAK DATANG! NANTI RUGI BAH! DAPATKAN YANG ORIGINAL!

Tiada ulasan: