27 Disember 2007

Pelancaran YAHAI

Selepas saja menghadiri KE Xmas Gathering semalam (19 Dis 07), kita ada lagi rancangan pada keesokannya paginya... apa lagi kalau bukan hari besar SMS Studio. Pelancaran Album YAHAI Ben vs Ateng yang diadakan di Buhavan Square, Pekan Donggongon yang telah berlangsung pada 20 Dis 07 lalu.

Saya tiba seawal jam 9 pagi di pekan berkenaan, keadaan Buhavan Square masih lagi lengang, pentas telah dihiasi dan kerusi telah disusun atur. Ketika itu hanya Mr. Nars saja yang kelihatan sibuk mengarah untuk kelancaran pelancaran album berkenaan. PA sistem juga telah dipasang awal dan muzik dari album YAHAI dibunyikan sebagai iringin akan kehangatan pelancaran album berkenaan.

Agak bosan menunggu tibanya waktu pelancaran yang dijangka pada jam 2 petang berkenaan, ada baiknya sarapan pagi kami pekena mee sup dahulu di kedai berhadapan dengan Kedai Kopi Dragon. Ben & Ateng telah sampai dan kitarang makan semeja..... (disana jugalah kita kena dengan suzy, masih malu2 lagi kunun hehehehe).

Selesai makan, kelihatan ada aktiviti sampingan iaitu nyanyian dari artis2 SMS dan TJC Studio menghiburkan orang ramai yang hadir pada pagi itu. Banyak bakat-bakat baru telah dicungkil oleh kedua2 studio rakaman ini dan yang pasti, hampir kesemua mereka masih dalam lingkungan remaja dan belia. Syabas saya ucapkan untuk kedua2 studio rakaman ini, kerana berjuang untuk memartabatkan bahasa kita melalui lagu.

Atucara dihentikan buat seketika waktu sebelah tengahari sementara menunggu waktu untuk pelancaran album YAHAI.

Tepat jam 2.30 pm, Kehadiran orang yang ditunggu2 tiba untuk melancarkan album ini, Y.B Jahid Jahim. Ucaptama disampaikan oleh boss SMS sendiri, antara lain amanat yang disampaikan oleh beliau ialah mengesah kita untuk membeli album2 keluaran asli sesebuah studio rakaman bagi menunjukkan cara kita menyokong industri muzik tempatan.
Beliau berucap dengan memakai pakaian tradisi kaum Kadazan Dusun, pada saya beliau dengan jelas memperlihat betapa beliau sendiri begitu serius dalam perjuangan memartabatkan apa sahaja hal yang berkaitan dengan kaum Kadazandusun. Syabas untuk beliau.


Ucapan perasmian pelancaran album YAHAI Ben vs Ateng disempurnakan dengan jayanya oleh Y.B Jahid Jahim, Pembantu Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Sabah.

Walaupun berpindah tempat duduk untuk beberapa kali kerana hujan lebat 'melanda' pekan Donggongon, tetamu-tetamu yang hadir termasuk VIP tidak berganjak untuk balik ke rumah dan itu tidak menjadi batu penghalang untuk acara pelancaran ini diteruskan lebih-lebih lagi bila kedua-dua penyanyi iaitu BEN dan ATENG muncul di atas pentas mendendangkan lagu duet mereka bertajuk Ginawo Ku Lumungui telah menghangatkan lagi suasana yang sejuk pada petang itu.

Teriakan-teriakan dari peminat kedua-dua artis ini pada saya sudah menunjukkan betapa mereka dinantikan untuk membuat pertunjukan. Dengan berbekalkan pengalaman sebelum ini, mereka berdua nampaknya berjaya menambat hati tetamu yang hadir pada petang itu.

Tempat duduk dipenuhi oleh mereka yang hadir awal semata-mata untuk melihat pelancaran album ini. Kehadiran rakan-rakan dari Kadus Entertainment juga turut memeriahkan suasana pelancaran YAHAI. Kawasan sekitar Buhavan Square dipenuhi oleh orang ramai yang hadir, kawasan lorong pejalan kaki di kedua-dua blok serta tingkat satu blok berkenaan turut dipenuhi oleh mereka yang ingin melihat lebih dekat artis kesayangan mereka.

Antara lagu yang turut didendangkan pada petang itu dalam album YAHAI, ialah, Ginawo Ku Lumunggui, Ula-ula No Daa, Iya Lansanon Ku, Simbaro Sunduan Ku Langadon, Yahai, Emmely, Konihab, Noromuk Piupusan.

Persembahan susulan dari artis-artis SMS dan TJC Studio pada petang turut menghangatkan suasana termasuk beberapa artis jemputan seperti Jovita Robert Johnny, David Pinus, Francis Anahong dan Narsisius Justin Misin. Turut diundang membuat persembahan ialah Juara Suara Emas Bintang RTM 2007 Reynaldo Paggie, Danny F. Malinggi dan S. Welly, turut hadir memeriahkan pelancaran YAHAI.

Aktiviti terakhir pada petang itu adalah tiket cabutan bertuah. Bagi mereka yang membeli album keluaran SMS dan TJC di Buhavan Square pada petang itu, berkesempatan untuk memenangi hadiah berupa hamper. (emm saya tidak ketinggalan membeli tiga album pada waktu itu dengan harga yang amat murah. Siap dapat hamper lagi tu, hehehhee)

Akhir sekali, sekitar jam 5 petang, Ben mendendangkan lagu Krismas Royoho Tokou sebagai lagu penutup kepada pelancaran album YAHAI bersama-sama dengan semua artis yang hadir pada petang itu.



Kejayaan pelancaran YAHAI, pada pandangan saya suatu perubahan kepada industri muzik tempatan kita, di mana kini ramai anak muda tempatan mampu menerbitkan album sendiri, cuma apa yang perlu dilakukan adalah memasarkan produk berkenaan kalau boleh ke seluruh Malaysia. Tahniah sekali lagi buat Ben dan Ateng atas kerja keras mereka selama ini, telah membuahkan hasil yang boleh dibanggakan. Keep it up.

3 ulasan:

CCPereira berkata...

hey ur really from labuan?!?! i'm a labuanite too... err.. think u can check out http://amp.channelv.com/decipher and tell me what u think?

e-mail d3c1ph3r@gmail.com

Bambangan @ Ony berkata...

Original from penampang, but work here in labuan

CCPereira berkata...

oh... tebalik la kita ni, i'm from labuan working in kk... any ways if u have the time, check my songs n let me know what u think.

http://amp.channelv.com/decipher