27 April 2008

Malaysia Water Festival 2008, Program Pesta Air Malaysia – LISC 2008






Hari ni 26 April 2006, turun kerja agak lewat maklumlah hari 6. Sambil bebudu budu, inda tau mau wat pa hari ni, sebab keja inda banyak.

Jadi p opis, belek2 broacher, tiba2 nampak pula Malaysia Water Festival 2008, Program Pesta Air Malaysia – LISC 2008 yang berlangsung di Labuan dari 19-27 April 2008. Jadi sia pun ambil kesempatan untuk p tengok juga program tahunan tu….

Sampai di sana sekitar jam 12.00 tengahari, kira banyak jugalah acara yang dibuat, tapi malas mau pi lihat, sebab panas bah. Jadi, sia p lah tingu aktiviti yang ada ramai orang antaranya acara Pukul Bantal. Emmm entah apa2 acara tu, sebab susah betul orangnya mau jatuh mungkin semua peserta ni biasa sangat bepukul bantal di rumah kali ah….

Dalam masa yang sama, banyak gerai2 dan pameran dibuka sama ada dari agensi kerajaan, swasta, persatuan, dan teruslah kepada org yang menjual belon…. Ada juga jalan2 p gerai tapi, tu lah sia bilang, panas, inda tahan… tu lah inda bawa payung. Wakakakka.

Selain itu, terdapat pertandingan Bercerita Kanak-kanak, Pertandingan Mewarna, Mencari Harta Karun, Memanjat Tiang Licin, Pertandingan Makanan Tradisi, Pertandingan Ukiran Buah-Buahan dan banyak lagi termasuk uji bakat Bintang Asli Remaja dan Bintang Irama Malaysia serta persembahan Kebudayaan dan Kesenian.

Manakala pada sebelah malam pula bermula pada jam 8 malam sehingga 1100, satu Pertandingan Voice Gangz di adakan di Pentas Terbuka yang dikelola oleh Perbadanan Labuan sendiri.

Tapi rasanya malam ni inda dapat p sebab ada kawan datang dari KK, jadi kena jenjalan dulu dengan diorang. Pasti best pekena JD 2 3 botol kan. Nyehehehehe.

Rasanya masih belum terlewat untuk datang ke Labuan pada hari ini kerana esok diadakan majlis penutupan Pesta Air Malaysia 08. Esok pasti lagi gempak sebab ramai artis yang akan hadir antaranya Zainal Abindin, Aris Ariwatan, Kelvin Lau, Candirida, Azharina, Nau Farah, Ali Mamak, Abun, Iqwal, Elyana, Yabang (Khalifah) ATAMA dan ramai lagi.

Tiada ulasan: