Hehehe, lama juga sia inda update ni blog yg sia buat khas untuk apa yg berlaku di Labuan bah ni, bukan indada idea, terlalu banyak sebenarnya cuma, mcm indada masa saja ni....
banyak juga gambar sia ambil untuk prepare mau update kunun blog ni, tapi gambar tinggal gambar hehehehe.
hari tu sia kira mau g tau, yg Feri Wawasan Perdana (org yg selalu g labuan yg bawa keta tau lah feri apa ni kan) inda beroperasi untuk sekitar dua minggu sebab masuk 'hospital', mau kasi upgrade kunun.... jadi dalam masa tu, indadalah penumpang yg dapat ikut, cuma kenderaan saja, tu pun terlalu terhad sebab pengangti feri kederaan tu hanyalah Tug Boat.... (hehehhe inda beratap) jadi inda sesuai bawa penumpang....
Tapi sekarang, feri Wawasan Perdana tu dah ok, dah mula beroperasi seperti biasa. dari Labuan jam 7.30 tapi selalu lewat hehehe, pastu jam 10 dari menumbok, then jam 1 dari labuan, dan jam 4 lagi dari menumbok ke labuan. Feri ni cuma dari Labuan ke Menumbok ja....
So, feri tu dah beroperasi seperti biasa, kira ok lah kan.....
Nak kongsi satu cerita lagi hari ni (25 April 2008) first time in my life sejak kerja di Terminal Feri Antarabangsa Labuan (LIFT). Macam inda buli percaya saja oh, tetiba ribut kuat di Laut China Selatan mengakibatkan beberapa buah feri terpaksa berpatah balik ke labuan setelah berlepas lebih kurang 30 minit kerana ribut yang kuat. Feri ke Lawas dan Limbang serta ke Brunei pada jam 12, 1 dan jam 2 terpaksa membatalkan pelayaran. Bz tahap giler kami mau handle org yg mau balik ke Sarawak dan Brunei... sian diorang terpaksa bermalam di Labuan... lebih parah mereka yang bekerja keesokkan harinya... apa bulih buat, itu semua ketentuan dari Dia sebab apa yang berlaku sebenarnya membuatkan kita lebih memuliakan Dia.....
Emmm malam ni pun banyak yg bikin panas berlaku...... tapi tak pe, itu kan masalah biasa ja, yang penting kehadiran c dia sudah cukup meringankan beban sia... hehehehe, thanks.
BABAYOI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan