Hari ni 2hb Jun 2008, setelah puas berehat dari menjadi jurugambar sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah untuk tahun 2008, saya mengambil keputusan yang agak drastic (drastic kah) untuk kembali ke daerah saya membesar iaitu LAHAD DATU (LD sedap sikit bunyinya).
Memandangkan di KK pun tidur saja kerjanya, sampai sakit badan jadinya, sia tanpa berfikir panjang, ambil beg dan isi dua pasang baju (terlupa berus gigi, nanti beli di LD lah), sia terus ke KK dengan menaiki teksi (RM18). Jam di tangan time tu tu pun baru menunjukkan 5 petang. Kira masih ada masa lagi sebab bas malam akan bertolak dari Inanam pada jam 7.30pm, jadi sia p lah sana KK Plaza, pusing2 terbeli juga sia satu baju sebab kira murah juga tu, jenama Forest lagi…
Tapi yang pasti bila ke KK, akan ada kedai yang inda buli inda disingah ni, apa lagi kalau bukan kedai jual kamera. Ya lah dah jadi hobi. Cerita punya cerita dengan tauke kedai, melayang juga duit sia sebanyak RM590.00 sebab beli battery grip dan filter. Kira murah jugalah lah berbanding dengan beberapa kedai yang lain sebab sempat juga p tengok di
Dalam otak bila dah beli benda cam tu, memang gembira sakan, sebab dapat upgrade lah kunun camera tu sampai sia mau jalan p segama pun tersalah arah, adakah patut sia jalan ke CPS balik padahal segama tu di luar KK Plaza saja. Tapi tak pe, patah balik saja sebab teringat sangat mau makan di bawah jambatan tu. Bukannya sedap pun, cuma bestlah.
So naik teksi, dari KK ke Inanam (melayang lagi RM15). Bila sampai di terminal, emm tak lah ramai sangat orang macam hari raya kea pa kah, tapi yang menghairankan hampir semua tiket bas telah terjual, ADUSSSSSSS, pening kepala ni, mau saja balik ke KK, tapi sia tetap teruskan azam ni, pi lah cuba tanya2 dekat budak2 yang tengah bz angkat2 barang (nasib baik inda kena lempar dengan bungkusan), dan kira bernasib baik jugalah sia petang tu, sebab budak yang tunjukkan arah tu boleh pakai jugalah, sebab dia suruh sia p kaunter 12 untuk beli tiket ke LD.
Apa lagi terus ja keluarkan duit RM40. Dapat tiket ja terus sia p cari bas DYNA EXPRESS SDN BHD bernombor ST9669K (promosi murahan ni), duduk dekat kerusi bernombor 14, sebalah sia no 13 tu abang askar dari Sri Aman, nama Jeffrey tapi bertugas di Kem Lokawi, banyak lah dia punya cerita, sampai sia sendiri pun inda tercover, siap ada keropok lagi tu kena hiding oleh abang askar ni, ngehehehe, best juga cerita dia tapi sia, not on the mood. Jadi sepanjang perjalanan ke LD tu, hp sia lah jadi teman setia untuk telinga sia ni, walaupun di depan kena pasang movie cetak rompak, 10,000 BC, tetap inda menarik minat sia, (tapi kadang2 buka juga ear phone mau dengar, bukan pa, sia sudah tinguk begia tu movie, jadi jalan cerita dia sia tau, cuma menjadi tanda tanya, bapa budak tu hidup lagi kah?)
Macam biasa jugalah (bagi mereka yang biasa travel dari Tawau ke KK dengan menggunakan bas, pasti akan singgah mana2 destinasi untuk makan tengah malam (suffer), padahal mata baru saja berjinak-jinak mau tidur (tetidur sudah pun). Kali ni sia inda tau di mana kami singgah makan, sebab mau tanya tu conductor, malas lah pula, ya lah baru bangun
Tiket tertulis luch tapi untuk suffer tu sia kasih dengan pelayan, terus dia g tau, satu sayur dua lauk. Ya saja lah, yang penting dapat makan.
Lepas makan tu, jam lebih kurang 12 kira mula bertolak ke Lahad Datu….. dan bila sia buka mata ja, dah sampai lah pula, emmm penangan buntut ayam membuatkan sia tidur mati. Sampai di Fajar ngam ngam atau past past jam 3 pagi. (dalam otak, matilah di mana mau cari kereta ke bandar ni, tapi yang bestnya, turun ja, terus ada orang kempen naik keta diorang. Ya lah bukan baru first time ke sini
Alah bukannya jauh pun bandar dari Fajar Centre, naik keta sekitar 2 minit ja boleh sampai. Yah lah pagi2 buta memanglah tak ada jem
So pagi buta tu juga, sia kira mau p check in di Hotel Perdana, tapi masalah sia kena check out pula sebelum jam 12 pada hari yang sama, (emmm giler apa buang duit untuk beberapa jam. Jadi ambil keputusan untuk stay di coffee house dia sambil buat cerita dan layar internet.
Tepat jam 6 pagi pada 03hb Jun 2008, sia terus chech in di hotel tu, apa lagi, naik ja terus membuta. Bila tengok jam sekitar
Rasanya dah puas tidur, sia bangun, mandi dan bersiap dengan Canon 400D sia untuk ambil gambar lah kunun di sekitar Lahad Datu. Tapi plan tetiba berubah, nak sangat p sekolah lama SMK Agaseh sebab dah ditinggalkan sejak 1998. Kira 10 tahun sudah.
Naik teksi di minta RM4 je untuk ke tempat tu, kalau di
Ini sekolah sia dulu SMK AGASEH Lahad Datu dari tahun 1991-1998, terlalu banyak kenangan bersemadi
Lebih kurang 2 jam juga sia habiskan masa ambil pusing2 sekolah tu sambil ambil gambar. Kira mau menangis pun ada bila lihat sekolah lama yang pernah mendapat jolokan Sekolah Harapan Negara 1997 & Sekolah Dalam Taman.
Balik ke bandar LD, sempat juga sia p shopping sekejap ni (beli Colgate), pastu ambil2 gambar.
ni kedai buku yang selalu pelajar Lahad Datu akan masuk dulu, sebab kira komplet lah kunun bahan rujukannya
Jam di tangan menunjukkan sekitar 4 petang dan yang pasti time ni pasti ramai orang p pasar malam. Jadi sia pun inda mau ketinggalan tinguk2 apa yang ada di pasar malam tu. Dan yang pasti sia akan singgah di satu gerai jual kuih muih, sepa lagi kalau bukan jumpa c Norhazli Hamzah. Borak2 sikit, dia kasi tau dia dah kawin dah, tapi lum lagi ada anak sebab bz mengajar d
ni lah pasar malam tu, tapi sia ambil petang, banyak sayap ayam ni, sedap2 lagi.
Kemudian, balik hotel, rasa macam orang gila juga sensorang, apa lagi call lah sesapa yg ada dalam phone book list sia, entah siapa semua tu sia call. Pun masih inda bulih hilang juga bosannya. Bah apa lagi, sia terus ambil keputusan untuk balik ke KK pada malam tu juga. Call kaunter bas Dyanna, nasib masih menyebelahi sebab ada juga tempat duduk untuk satu orang.
Sekitar jam
Duduk dekat tandas lagi tu di bas tu, kalau inda silap no 38, tapi yang bestnya dapat kenal sorang budak UMS, tak kenal nama tapi dengar member dia panggil WAN ja…..
Budak ni memang banyak cerita, tapi macam biasa juga sia jenis malas melayan orang, time benggang2 ni, time bosan2 lagi tu. Apa lagi, aktiviti biasa dilakukan oleh orang kalau ikut bas malam, TIDURRRRRRRR.
Memang best tahap dewa lah tidur malam2 dalam bas tu tapi penghawa dingginnya terlalu dinggin, sejuk gila babi oh. Dah lah sejuk, mamat bernama WAN tu pun ambil kesempatan jadikan bahu… diulang BAHU sia sebagai bantalnya.
Bila sampai di Inanam sekitar jam 4 pagi, sia pun fikir2 cam mana mau balik ke Kg Limbanak awal pagi buta ni, rupanya terlalu banyak teksi lah pula sudah tersadai di terminal tu, entah dari jam berapa. Tapi sia naik City Bus, RM1.50 ja dia hantar sampai ke airport, tapi wat pa sia p airport, turun di kk cari Bakso lagi best.
So, naik bas balik kampung, n continue my sleeping beauty. Ngehehehehe
The End.
p/s banyak lagi gambar yg akan sia upload di picasa nanti.
6 ulasan:
atokkoi....siok juga jurnal ko ni, sia pun mo ikut mcm ko lah. mcm betul2 pula terasa mcm naik bas g lahad datu tau mbaca cerita ko nih..hihih anyway anyhow terusla memblog mcm ni...hihihihi
ya lah tu urang ranau... panat begia naik bas ni, tapi banyak benda yg boleh kita jumpa.
uikna bagus bah ko ni kasi citer dlm blog..boli sak jadi rujukan pi LD nnti..
terima kasih Bam !!!
saya jg bekas pelajar smk agaseh 1991-1998.. kita mgkn lain kelas tp saya msh ingt kamu.. terima kasih sbb kembalikan kenangan zaman persekolahan.. tahniah
saya jg bekas pelajar smk agaseh 1991-1998.. kita mgkn lain kelas tp saya msh ingt kamu.. terima kasih sbb kembalikan kenangan zaman persekolahan.. tahniah
Saya pn ex agaseh tp 1997-1998... Tgh mencari kawan2 yg kenal bleh buat reunion... 😁😁😁
Catat Ulasan