15 Februari 2022

Faktor kegagalan sewaktu temuduga

 Pada pandangan saya, antara sebab atau faktor kegagalan dalam suatu temuduga adalah

 

Lupa membawa dokumen asal seperti sijil

Tidak menyusun dokumen mengikut yang penting

Maklumat dalam resume tidak lengkap dan menipu

Tidak mengemukakan Surat Pengesahan Temuduga

Gagal dalam ujian fizikal seperti BMI, gagal berkawad dan rabun warna

 

Selain dari itu, terdapat juga beberapa faktor yang telah saya perolehi melalui pembacaan antaranya ialah

 Imej kurang sesuai

Penampilan imej diri yang tidak profesional sesuai dengan pekerjaan yang dipohon. Ini merupakan tanggapan pertama dari penemuduga tentang kreakter orang yang akan ditemuduga. Selain itu, pemilihan warna pakaian serta aksesori yang berlebihan juga boleh menyebabkan tumpuan penemuduga terganggu.

 Lewat & tiada persiapan rapi

Kelewatan mencerminkan sikap dan kegagalan dalam pengurusan masa. Tiada persediaan awal dan penyelidikan mengenai organisasi yang dipohon.

 Pemalu

Sikap pemalu yang tidak mengikut tempat juga menjadi sebab suatu temuduga boleh gagal kerana terlalu malu sehingga tidak menjawab soalan yang dikemukakan. Penemuduga secara langsung tahu, calon ini tidak kurang berinteraksi dan tidak mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi, calon ini secara langsung tidak akan melepasi tapisan temuduga kerana dai tidak akan mampu bekerja dalam satu pasukan.

 Tidak menjaga bahasa badan (Body gesture)

Bahasa badan merupakan satu bentuk komunikasi. Calon tidak menjaga postur sewaktu duduk dan tidak menunjukkan minat dengan maklumat atau soalan yang diberi oleh panel temuduga. Lebih teruk sekiranya calon menunjukkan rasa bosan.

 

Soalan berkenaan gaji

Calon bertanya mengenai tawaran gaji yang akan dia terima walaupun penemuduga tidak menyentuh soal gaji. Selain itu, terdapat juga calon yang demand dalam meminta gaji. Kajian perlu dibuat kerana kebanyakan tawaran pekerjaan sekarang akan menyatakan gaji yang ditawarkan dalam iklan.

 Bahasa Inggeris

Calon yang kurang fasih akan mendapati berbahasa Inggeris adalah masalah utama ketika diarah menjawab soalan dalam bahasa Inggeris. Calon yagn kurang fasih sepatutnya menyusun ayat yang mampu dijawab dan menggunakan bahasa yang mudah difahami dan bukannya tunduk kepala dan mendiamkan diri.

 Banyak “mungkin”

Calon banyak menggunakan perkataan ‘mungkin’. Ini menunjukkan calon kurang keyakinan dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Sepatutnya calon dengan yakin memberi pandangan kerana tiada jawapan salah atau betul dalam memberikan pandangan. Panel hanya mahu melihat kreativiti, keyakinan dan kematangan calon dalam menjawab soalan.

 Politik

Calon dengan bangga menceritakan hal hal politik dan menyebelahi satu pihak dan memburukkan pihak lain. Sepatutnya calon hanya menjawab soalan politik secara umum sahaja.

Tiada ulasan: