27 Februari 2022

Sejarah penentangan Orang Dusun di Sabah melawan british selama 22 tahun

 Credit to Alfred Wallace (fb)

Sejarah yang diajar di sekolah boleh dikatakan 5% terutamanya yang berkaitan penentangan masyarakat di Sabah terhadap company british/SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH(SBUB).Hal ini demikian kerana buku sejarah tersebut lebih tertumpu kepada penentangan orang melayu terhadap british di Tanah Melayu.

 Di bawah ialah kronologi penentangan Orang Dusun selama 22 tahun..

 

 1883 M:  pemimpin Dusun pedalaman yang berpengaruh bernama Kandurong, yang berasal dari Tambunan, telah berpindah ke Ulu Papar telah berperang dengan British di bawah pimpinan de Fontaine (Black, 1970:236, 238-239).

 

1886 M: Gadong, pemimpin Dusun dari Ulu Tempasuk menyerang wilayah British di Tuaran. Pihak Company British membalas, lapan buah kampung Dusun dibakar oleh pihak Company British (Black, 1970:237


  1888 M: sekali lagi Company British berperang melawan Kandurong. Perkampungan-perkampungan Dusun yang melawan Company British mulai dari Dampong sampai ke Bankau di Pergunungan Crocker, dibakar oleh pasukan Company British. Ketua-ketua kampung Dusun yang kalah perang, terpaksa berdamai dengan pihak British, tetapi Kandurong pula terus menentang British bersama pengikutnya (Black, 1970:238).


  1889 M:  Dusun Gapo di Ranau menentang British di bawah pimpinan Gunsia. Gunsia kemudian ditangkap dan dipaksa untuk membawa lima puak Dusun untuk bersumpah taat setia kepada kerajaan Company British dan berhenti melakukan aktiviti memburu kepala (Black, 1970:254-256).


 1890 M: kaum Dusun Nelumat Ranau bangkit menentang Company British. Mereka menyerang rumah wakil British di Lingkabau. Dunlop melakukan serangan balas. Dalam serangan ini, Kg. Sinarut dan kampung sekitarnya menyerah kalah, Kg. Bandukan dan dua perkampungan lain dibakar oleh pasukan Company British (Black, 1970:256-257).


  1892 M:  setelah berperang selama sembilan tahun, Kandurong berdamai dengan pihak British (Black, 1970:238). Para pengikutnya yang lain terus menentang Company British (Black, 1970:239).


 1894 M:  Si Gunting, pemimpin Dusun Liwan melancarkan perang ke atas British, kerana memprotes perlakuan seorang kerani British terhadap adat istiadat Dusun di samping sikap British yang tidak begitu mengendahkan komplennya (Rutter, 1922:185). Balai polis di Serinsim dibakar, kemudian beliau mendirikan kubu di Kg. Sayap Kota Belud dan satu lagi di kaki Gunung Tambuyukon di Ranau (Rutter, 1922:185-186, 214). Si Gunting berperang dengan British dari 1894-1905, selama Sembilan tahun, sebelum beliau berdamai dengan British pada tahun 1905. Beliau meninggal pada tahun 1906, di usia 47 tahun (Black, 1970:301-302).


 1896 M:  Pemberontakan Dusun Kujau di Keningau (Rutter, 1922:187). Penentangan ini berjaya dihentikan oleh E.H. Barraut. Sebanyak lapan pemimpin Dusun Kujau ditangkap, kaum Dusun Kujau diminta bersumpah setia dengan Company. Sebanyak 200 orang lelaki Dusun Kujau kemudian dihukum menjadi buruh membuat jalan Keningau-Kimanis (Rutter, 1922:188). Selain itu, Dusun Kujau yang terlibat dalam penentangan juga diarahkan untuk memindahkan kampung-kampung mereka dekat dengan stesyen Company British (Black, 1970:290).

  

1898 M:  Dusun Tambunan, terutama Liwan dan sekutu-sekutunya menentang British dari memasuki Tambunan (The Age, Wed 6 Sep 1899, p.11), di bawah pimpinan Sompuun dan Dumkian. Sompuun dan Dumkian telah berperang melawan Mat Salleh yang ketika itu telah bersekutu dengan suku Dusun Tagahas. Menurut catatan British, Sompuun dan Dumkian merupakan antara dua pemimpin Dusun yang berpengaruh di Tambunan. Sompuun dicatatkan mentadbir tujuh buah kampung dan Dumkian pula mentadbir dua buah kampung.


  1899 M:  Gabenor L.P. Beaufort sampai ke Keningau pada awal tahun 1899, bersama D.O. Mr. Fraser dan polis pengiring, mereka telah pergi ke Tambunan dan berdamai dengan suku Dusun Tambunan (The North Borneo Herald, No. 10, Vol. XXX III,1915).


  1900 M:  sebanyak 1000 orang Dusun bersama 300 orang Bajau-Suluk-Iranun dari pasukan Mat Salleh kalah perang dengan Company British di Tambunan. Maka berakhirlah penentangan Dusun Tambunan terhadap British (Tregonning, 1967:206). Sebanyak 93 orang pengikut Mat Salleh terbunuh, sementara sekutu Dusun mereka pula antara 200-300 terbunuh (The North Borneo Herald, No. 10, Vol. XXX III, 1915), ada laporan lain mengatakan 1000 orang keseluruhannya terbunuh.


 1902 M:  Si Langkap atau Dato Muda Malankapi, salah satu pahlawan Dusun yang memberontak melawan British dihukum mati di sebuah bukti dekat Abai (Black, 1970:343)


 1905 M:  pejuang Dusun yang menentang Company British, iaitu Si Gunting, berdamai dengan British. Setahun kemudian dia meninggal di usia 47 tahun (Rutter, 1922:214; Black, 1970:302). Maka, berakhirlah penentangan Dusun terhadap Company British yang terjadi selama 22 tahun, dari 1883-1905.

 

 Kita sepatutnya bangga sebab masyarakat kita yang pernah terlibat mempertahankan Tanah Negeri Dibawah Bayu ini sebagaimana orang melayu mempertahankan Tanah Melayu. Persoalannya menggapakah kisah tentang perjuangan ini tidak pernah ditulis dalam buku sejarah ?

15 Februari 2022

Faktor kegagalan sewaktu temuduga

 Pada pandangan saya, antara sebab atau faktor kegagalan dalam suatu temuduga adalah

 

Lupa membawa dokumen asal seperti sijil

Tidak menyusun dokumen mengikut yang penting

Maklumat dalam resume tidak lengkap dan menipu

Tidak mengemukakan Surat Pengesahan Temuduga

Gagal dalam ujian fizikal seperti BMI, gagal berkawad dan rabun warna

 

Selain dari itu, terdapat juga beberapa faktor yang telah saya perolehi melalui pembacaan antaranya ialah

 Imej kurang sesuai

Penampilan imej diri yang tidak profesional sesuai dengan pekerjaan yang dipohon. Ini merupakan tanggapan pertama dari penemuduga tentang kreakter orang yang akan ditemuduga. Selain itu, pemilihan warna pakaian serta aksesori yang berlebihan juga boleh menyebabkan tumpuan penemuduga terganggu.

 Lewat & tiada persiapan rapi

Kelewatan mencerminkan sikap dan kegagalan dalam pengurusan masa. Tiada persediaan awal dan penyelidikan mengenai organisasi yang dipohon.

 Pemalu

Sikap pemalu yang tidak mengikut tempat juga menjadi sebab suatu temuduga boleh gagal kerana terlalu malu sehingga tidak menjawab soalan yang dikemukakan. Penemuduga secara langsung tahu, calon ini tidak kurang berinteraksi dan tidak mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi, calon ini secara langsung tidak akan melepasi tapisan temuduga kerana dai tidak akan mampu bekerja dalam satu pasukan.

 Tidak menjaga bahasa badan (Body gesture)

Bahasa badan merupakan satu bentuk komunikasi. Calon tidak menjaga postur sewaktu duduk dan tidak menunjukkan minat dengan maklumat atau soalan yang diberi oleh panel temuduga. Lebih teruk sekiranya calon menunjukkan rasa bosan.

 

Soalan berkenaan gaji

Calon bertanya mengenai tawaran gaji yang akan dia terima walaupun penemuduga tidak menyentuh soal gaji. Selain itu, terdapat juga calon yang demand dalam meminta gaji. Kajian perlu dibuat kerana kebanyakan tawaran pekerjaan sekarang akan menyatakan gaji yang ditawarkan dalam iklan.

 Bahasa Inggeris

Calon yang kurang fasih akan mendapati berbahasa Inggeris adalah masalah utama ketika diarah menjawab soalan dalam bahasa Inggeris. Calon yagn kurang fasih sepatutnya menyusun ayat yang mampu dijawab dan menggunakan bahasa yang mudah difahami dan bukannya tunduk kepala dan mendiamkan diri.

 Banyak “mungkin”

Calon banyak menggunakan perkataan ‘mungkin’. Ini menunjukkan calon kurang keyakinan dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Sepatutnya calon dengan yakin memberi pandangan kerana tiada jawapan salah atau betul dalam memberikan pandangan. Panel hanya mahu melihat kreativiti, keyakinan dan kematangan calon dalam menjawab soalan.

 Politik

Calon dengan bangga menceritakan hal hal politik dan menyebelahi satu pihak dan memburukkan pihak lain. Sepatutnya calon hanya menjawab soalan politik secara umum sahaja.

Analisis Kerja

 Merupakan suatu proses pengumpulan maklumat mengenai huraian pekerjaan dengan mengambil kira tanggungjawab, tugasan, kemahiran dan pengalaman seseorang pekerja oleh pihak majikan. Analisis ini perlu bagi menghasilkan suatu daftar huraian pekerjaan secara tertulis mengenai kewajipan (tanggungjawab) standard kualifikasi seperti daftar pendidikan, pengalaman sebelum ini bagi melaksanakan tugasan yang akan diberikan nanti.

 Terdapat beberapa langkah dalam menganalisis kerja, antaranya adalah; menentukan tugas yang utama, kegiatan atau aktiviti, perilaku atau kewajipan yang perlu dilaksanakan dalam suatu pekerjaan. Selain itu, penetapan pengetahuan, kemampuan, kecekapan dan beberapa keperluan lain seperti sikap, faktor keperibadian, ketangkasan fizikal dan mental perlu diberi perhatian bagi mengumpulan data yang perlu dianalisisi. Data yang terkumpul pula perlu dikenalpasti dari mana sumbernya dan kaedah pengumpulan data juga perlu dilihat antaranya melalui temuduga, kaji selidik, journal dan rekod.  
Setelah semuanya dilaksana, analisis ini perlu diuji bagi menetapkan data yang diperlukansahaja dan langkah terakhir adalah menyediakan laporan analisis kerja. 
Dapatan dari analisis kerja tadi akan digunakan untuk meningkatkan spesifikasi dan huraian kerja.
 
Antara manfaat analisis kerja ini adalah, majikan akan mendapat analisis susunan informasi pekerja, reka bentuk organisasi (meliputi elemen dan posisi organisasi). Selain itu, pengayaan pekerjaan juga dapat dilaksanakan bagi meningkatkan mutu kerja atau cara kerja dan mengurangi kesalahan dan menyingkirkan apa yang tidak diperlukan dalam organisasi serta memperbaiki kualiti kerja.
 Analisis pekerjaan memiliki peranan penting bagi suatu organisasi, melalui analisis pekerjaan akan didapatkan orang yang tepat untuk mengisi pekerjaan tertentu sehingga pekerjaan yang dilakukan dapat dikerjakan secara maksimal dan optimal. Hasil dari analisis pekerjaan tersebut adalah informasi, dimana informasi tersebut digunakan untuk menentukan spesifikasi apa yang harus dimiliki oleh seseorang untuk mengisi posisi pekerjaan tertentu.

Hai again.....

Kali ini saya mau update blog ni hasil dari soal jawab dalam paper OUM... oh iya saya sambung belajar lagi sekarang, ditempat yang sama juga di Open University Malaysia dengan kos yg sama juga Batchelor in Management. Harap harap kali ini bolehlah lepas sebab sepatutnya sia sdh graduate 2009 lalu tapi ada masalah yg tidak dpt dielakkan jadi terpaksa lah saya sambung pada tahun 2021... Tuhan berkati saya agar dpt menyelesaikan pengajian ini....