19 Mei 2012

Blogazine




Sejak kebelakangan ini, sia suka main-main @ jalan-jalan sana blog rakan2 Indonesia... bukannya apa, sia pun baru tahu adanya Blogazine ni.....

Punya best diorang punya blog.... sebab kepakaran mereka dalam mengelolah CSS dan HTML membolehkan mereka mencipta hasil karya yang begitu baik dan hebat serta lebih kreatif untuk dipersembahkan ke dalam blog bagi tatapan kita



Blogazine merupakan singkatan dari Blog dan Magazine, iaitu sebuah blog yang memiliki tampilan yang berbeza disetiap halamannya sama seperti sebuah Majalah.


Cuba perhatikan setiap penampilan halaman demi halaman sebuah majalah, setiap satu memiliki keunikan tersendiri dan berbeza membuatkan ianya menarik untuk dilihat dan dibaca. Berbanding dengan buku atau novel yang hanya memiliki konsep yang statik. Dari dulu penampilannya selalu didominasi oleh huruf dan angka saja, sangat sedikit yang diberi gambar-gambar atau hiasan yang menarik. Sehingga umumnya cenderung menimbulkan kebosanan dan kurangnya minat untuk membacanya. 


Maka konsep ini tercipta sebagai gagasan baru yang mencuba melawan rasa kebosanan. Tampilannya mempunyai kesamaan dengan Majalah, atau dibuat semirip mungkin menyerupai Majalah. Tiap halamannya selalu dibuat berbeza-beza tampilan, sehingga akan tampak sebuah tampilan halaman yang menarik minat untuk meneruskan pembacaan maka iainya disebut Blogazine.

Konsep ini sememangnya terlalu rumit diterapkan. 
Memang!!!. 
Kerana memerlukan kemampuan untuk memahami kod-kod CSS dan struktur template blog. Banyak benda yang perlu difikirkan untuk mereka satu cerita dalam blog ini. Mana lagi pemilihan cerita, warna, corak template dan banyak lagi... dan yang paling diperlukan adalah masa yang agak panjang.
Blogazine ni lebih kurang macam kita membaca majalah, setiap muka suratnya memiliki penampilan yang berbeza cuma blogazine ni, mereka buat majalah di blog (kurangkan pembaziran kertas kali ah)... setiap halaman memiliki cerita yang berbeza dengan background yang cukup menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan pada halaman seterusnya....

Kalau saya, cukup jadi pembaca sajalah sebab langsung inda pandai pakai ni CSS ni....

Nah kalau korang ada masa cubalah masuk sini
1. http://roberto-bagio.blogspot.com/
2. http://rudyazhar.com/
3. http://blogazine21.tk/
4. http://faceleakz.blogspot.com/
5. http://dextoshare.blogspot.com/

dan banyak lagi lah kawan2 diorang ni... tapi kan dari cerita2 diorang ni, ramai sangat yg cemburu dengan kehebatan mereka dan ramai hacker yang sanggup 'menjahanamkan' blog mereka yang lawa2 tu cuba check sini keluhan mereka ... tapi kalau sudah pandai dan mahir dengan CSS, sekejap saja diorang bulih buat semula... saya suka dengan blog http://roberto-bagio.blogspot.com ni sebab banyak cerita dalamnya.... lagi satu kalau mau tgk blog ni kena guna Google Chrome bagi mendapatkan tampilan terbaik. entah kenapa tapi kalau guna search engine yg lain, mcm inda menjadi... cuba test tgk ni na cerita  bergerak2 awan nano nya siap tukar2 warna lagi tu...


nah kalau ada masa tu... cuba lah tgk2 blog mereka.... dgr cerita, wordpress pun dah setuju dengan blogazine ni..... usaha diorang tu semua....



p/s best sangat kalau sia pun pandai gunakan benda ni semua..... emmm time sia tadika indada ba ni CSS kod ni..... kalau mau belajar semula pun agak kepayahan kali kan...... tgk org punya blog ja la.

Tiada ulasan: