03 Disember 2012

Hari tu bercuti lagi.....

Tidak sampai pun sebulan sejak balik dari Indonesia haru tu.... sia kena bawa lagi bercuti di tempat kawan sia juga di Indonesia..... sebenarnya tempat yang sama juga bah tu... cuma kali ni bukan bercuti seperti dulu tu... ni kali sebab menghadiri majlis perkahwinan kawan sia... siap jadi tukang gambar lagi tu, walaupun main-main saja ambil gambar....

Bukan indada tukang gambar berbayar tapi bah biasalah kalau di sana, tukang gambar sama tukang video tu lebih tertumpu kepada pengantin saja bah..... tapi kalau sia, lebih suka ambil gambar orang ramai yang hadir, kegiatan yang dilakukan dan apa yang berlaku sepanjang majlis perkahwinan tu... nah jadi baru seronok tengok gambar keluarga kawan sia yg kena candid.... jadi ada juga lah termasuk muka2 keluarga mereka dalam album perkahwinan. 

pagar rumah yang dibuat dari bambu


ni pula pelamin didalam rumah....
Cerita pasal perkahwinan mereka, memang adat agak berbeza dan tentu sekali acaranya juga ada  perbezaan lebih2 lagi kawan sia ni berketurunan Bugis dan berpangkat Puang atau Daeng, jadi perbezaan itu banyak kelihatan dan untuk senang membezakannya adalah pelaminnya dan pintu pagarnya yang mana dihiasi dengan bambu.... nak cerita lebih pun takut pula salah2 tapi itulah yang sia nampak... Kalau mau cerita dari hal sosial, suku kaum ini lebih terkenal dengan kerabat pangkat diraja (kerajaan dahulu), mereka betul2 mementingkat soal status individu dan persaudaraan sesama keluarga. Mereka juga lebih suka menjalinkan perkahwinan dengan keluarga terdekat sama seperti rakan saya, isterinya adalah sepupu sekali. Lagi satu pasal suku kaum ini, perceraian merupakan hubungna sosial yang amat tidak disukai kerana meruntukan hubungan kekeluargaan dan bertentangan dengan nilai-nilai agama.
ini lah pakaiannya, biasanya baju warna gelap.

Selain dari persiapan di rumah, banyak lagi yang perlu dilakukan sebagai contoh, kad-kad undangan perlu dihantar by hand, inda boleh pesan-pesan, inda boleh main call call, inda bulih main cakap begitu saja sewaktu jumpa di tepi jalan raya, atau kedai makan atau dimana-mana. Bagi kaum Bugis, cara begitu agak tidak sopan sewaktu menjemput tetamu dan biasanya tetamu tidak akan hadir sewaktu majlis perkahwinan tersebut. Dan sewaktu menjemput pun perlu ada adabnya, perlu ada kesopanannya, perlu ada tatacaranya. Orang tertentu ditugaskan untuk menghantar kad undangan siap dengan pakaian tradisi dan kad undangan perlu diletakkan dalam bekas khas sebelum diserahkan kepada tetamu. Nama tetamu perlu ditaip atau diprint (kerja ku disana) ke atas kad undangan perkahwinan, kalau main tulis tangan, nampak sangat tidak sopan. Biasanya nama ditaip di sampul kad undangan dan sampul berkenaan akan digunakan semula untuk isi ang pow dan diberi semula sewaktu hadir ke majlis perkahwinan.

Inilah pasangan penganti kembar tu
Hari tu sebenarnya mereka adakan perkahwinan kembar... maksudnya, kawan sia berkahwin dengan abangnya sekali..... macam mana ya nak terangkan... gini, kawan sia tu kedua-duanya lelaki... jadi yang adik kawin dengan sepupu sekali yang tinggal di Cilaleng dan yg abang pula kawin dengan (mungkin saudara) tapi dekat je sekampung.... jalan kaki je.... Walaupun nikah pada hari yang berbeza tapi pesta di pihak lelaki diadakan serentak... nah itulah yang sia maksudkan kawin kembar.....

(Serba hijau tu pakaian adat, dan yang satu, kira pakaian nasional)

Memang sibuklah time tu dan nampak sangat berbezaan di tempat kita. Semangat gotong royong masih kuat diamalkan sehinggakan sanak saudara dari jauh sanggup datang untuk membantu majlis ini.... lebih kurang seminggu sebelum perkahwinan, banyak sebenarnya acara dilakukan terutama acara memasak. Kuih muih dibuat lebih awal sebab setiap masa akan ada tetamu yang datang dan kalau ada acara gotong royong, pasti dapur juga riuh untuk mempersiapkan makanan dan yang pasti setiap hari menu adalah berbeza dan sedap....

Lagi satu nak cerita, biasanya kita dengar kalau ada parti di rumah pasti kita cakap open house kan... nah ni kalilah betul2 sia nampak open house.... bukan apa, dinding rumah rakan saya 'dibuka' untuk memberi ruangan yang lebih untuk rumah mereka walaupun boleh dikatakan rumah mereka agar luas, bila ditanya, pembukaan dinding rumah itu adalah sebahagian dari adat. Dalam gambar ni, dinding rumah tu ada sebelah kiri sekali... lebih dari 15 orang angkat dinding ni untuk dianjakkan... tapi memang pengalaman yang best jugalah nampak benda ni...

Selepas majlis resepsi mereka, ada lagi yang mengejutkan saya.... Masih terdapat lagi tetamu jemputan yang hadir walaupun majlis telah selesai 3 atau 4 hari kemudiannya. Kemungkinan besar tetamu yang dijemput tidak dapat hadir pada hari majlis perkahwinan kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan, tetapi hadir pada hari-hari lainnya. Ramai lagi tu..... kalau sini, habis resepsik, habis lah kan.... tapi biasanya ditempat kawan sia tu, tetamu yang dijemput adalah dikalangan ahli keluarga, jadi keadaan ini sudah biasa bagi mereka, tu sebab ada makanan yang banyak disediakan walaupun sudah beberapa hari. Tetamu yang hadir pastinya bawa ang pow....ngehehehehe.

Lagi satu yang best sia mau kongsi sini adalah.... ang pow (duit dari tetamu) yang diterima akan dikira sambil disaksikan bukan saja kaum keluarga tetapi juga, orang-orang kampung terutama nama mereka yang ada dalam jemputan kawin.... ramai ni orang tengok.... dan time tu sia ditugaskan untuk buka sampul dan sebut nama orang dan jumlah duit yang diberi dengan kuat2..... kira best lah tu....

Nah ini buktinya sia p sana tempat kawan sia sewaktu perkahwinannya...... (soalan cepu emas, "Sia bila lagi?")

23 September 2012

INTAN SARAWAK.....

Baru sampai di INTAN Sarawak. Ada Kursus Protokal dan Etika Sosial.... Bermula esok 24.09.2012 tapi yg menginap kena datang awal. Kursus ni selama 4 hari ja, tapi rasanya macam lama pula.....

Emmm tempat ni kira baru lagi dan kami merupakan kumpulan yang ketiga datang berkursus.... jadi peralatan dekat sini memang masih baru lagi lah dan yang paling bestnya, tempat penginapan nya sama seperti hotel 5 bintang.... dan yang paling sia suka.... ada PC dan ada line internet, jadi inda boring lah ni....., siap ada gym lagi, kalau kolam renang tu sia inda pasti lagi sebab sia belum tanya2 lagi sama org sini.... tapi nampak mcm best ja.....

21 September 2012

Percutian di Indonesia

Cuti Raya tahun ni saya ke Indonesia sekali lagi, tapi seperti yg saya maklumkan sebelum ini, percutian saya bukankan di tempat2 orang Malaysia sering ingin pergi seperti Kota Jakarta, Bali atau Bandung... Kali ini saya ke Sulawesi.....

Muzium Ball Lompua, Gowa, Makassar
Banyak sebenarnya yang ingin saya kongsikan terutama berita gambar-gambar sepanjang berada di negara orang, namun malangnya, flash disk (ni orang Indonesia gunakan untuk pen drive) tertinggal di Labuan... Jadi untuk melihat gambar2 berkenaan tidaklah dapat saya tunjukkan di sini, melainkan korang rajin, cuba pergi tengok akaun facebook saya, dekat sana terdapat beberapa gambar yang saya update menggunakan HP.

Ait Terjun Takapala, Malino
Emm jadi buat masa ni sia cuma mau kasih tau yg saya sudah ke Nunukan, Balik Papan, Tarakan (ini masih lagi di Kalimantan, Borneo), yang lain semunya di Sulawesi iaitu, Pare-pare, Pinrang, Campalagian, Wonomulyo, Cilaleng (tempat makan jagung rebus bersama sambal garam berlada), Ujung Pandang (Makassar), Malino (tempat permandian dan kawasan yang sejuk, tapi masih menang lagi lah Kundasang), Bantimurung (tempat banyak rama-rama dan air terjun), Pantai Losari, Trans Studio Makassar (tempat Opera Van Java buat rakaman, serta indoor game macam Times Sq.... di KL tu), Benteng Ujungpandang (Fort Rotterdam), Rumah Besar Gowa(Balla Lompoa, yang merupakan rumah kayu terbesar di dunia... memang besar gilerrrrr diorang bilang ada seratus tiang, tapi tidak sempat kira pula, kalau tak silap ia adalah Istana kerajaan Lama) Sempat juga ke Meros yang terkenal dengan roti yang panas baru keluar dari oven, mmg sedap, ..... 

Cuma masalahnya adalah bahasa... agak susah sekali memahaminya walaupun ada pertuturan dalam bahasa melayu Indonesia tetapi sama sekali tidak sama dengan yang sering kita dengan di kaca TV, yang itu orang Jakarta punya bahasa, kalau di Makassar ni, bahasa melayunya dituturkan dengan cepat sekali dan biasanya di setiap penghujung ayat pasti akan diselitkan dengan kata 'Ki'. 'Di', 'Ta', 'Toh', dan 'Ji'. emm lebih kurang macam 'lah', 'kah' 'bah'.... Dan tidak kurang juga dengan penambahan 'ng' dibelakang ayat dengan kata akhiran 'n', cth, 'makang' untuk makan, 'ikang' untuk ikan, 'dinging' untuk sejuk.

Banyak perbezaan yang dapat dilihat di tempat orang sebenarnya bila kita perhatikan.... walaupun mcm saya sudah ke sana sebelum ini tapi masih lagi rasa janggal.... Lebih lebih lagi keadaan lalu lintas di sana.... yang mana banyak dipelopori dikuasai motorsikal... dan yang paling beza dengan negara kita adalah, setiap kali kita mahu memotong, hon perlu dibunyikan, atau nampak orng mahu menyeberang kita kena hon, apa2 saja lah mesti hon.... memang bising tapi sudah menjadi kebiasaan orang di sana. Kalau di tempat kita, kalau hon mcm tu, memang mau cari nahas..... kalau sebelah malamnya pula, kenderaan kurang menggunakan hon tapi menggantikannya dengan lampu, emmm nak potong kasih lampu tinggi, nak potong guna lampu tinggi... naik turun naik turun, emmm kira isyarat lah tu.....

Sempat lagi berposing di pintu utama Universiti Hasanuddin
Kenderaan kota pun ada.... selain beca (org duduk depan. ada sliding door lagi supaya tidak kena habuk dan hujan.... pemandunya di belakang..... ada satu kenderaan yang hanya boleh bergerak sekitar kota iaitu Pete-pete @ angkuran kota @angkot, lebih murah dan meriah @ bersesak2 dan cepat tapi banyak berhenti2 ala ala van tapi adik kepada van lagi.... senang ditemui sebab banyak dan plate nya berwarna kuning. Kalau hitam, itu kenderaan peribadi, kalau merah itu kenderaan jabatan (kalau tak silap). Driving license dipanggil SIM (Surat Izin Mengemudi). Sekali tu ada lihat lori yang diubah suai ada perkataan Pelayanan SIM Keliling... bila ditanya lori apa itu, diorang bilang, kalau mau renew lesen boleh ke tempat tu ja.... emmm kira mcm balai polis bergerak lah tu.. hebat kan..... emmm dekat nunukan pun ada Cyber Cafe bergerak... lori diubah menjadi CC... hebat dari kita...,.. maksudnya kaedah ini memudahkan orang ramai.... emmm lori tu siap ada satelit lagi...... Ohhh lupa nak g tau.... ada juga perkhidmatan OJEK (motorsikal sewa, tapi ada pemandunya sekali, boleh lihat di TV juga tu channel Bintang... ngehehehe.
Pantai Losari
Tempat isi minyak lagi hebat... kalau sini banyak kita blh nampak macam Petronas, Shell, Esso dll dekat sana yg saya nampak cuma PERTAMINA.... tapi yang hebat.... di sepanjang perjalanan selain di bandar di kampung2 juga ada 'pertamina'nya sendiri.... setiap botol 1 liter dijual dengan harga RP5000.00, memudahkan penduduk sebab ramai yang guna motosikal. Dekat sini pun ada tapi disana lebih dari banyak....

Kalau pasal makanan pula... emmm ok juga sebab boleh jumpa di Malaysia juga... cuma tiada RESTORAN sebab restoran di sana di panggil RM atau Rumah Makan, atau Warkop (Warung Kopi)... harga memang murah jika dibandingkan dengan harga duit Malaysia tapi kalau kita tinggal di sana mmg agak mahal tapi pada saya agak berpatutan. Nasi Lemak jangan cari, memang tiada tapi nasi kuning ada cuma agak berbeza lauknya, kalau dekat sini, nasi kuning berlaukkan ikan kayu @ tongkol digoreng dan ditumis dengan lada kering (masak merah kali ah)... kalau di sana, ada daging, ada ayam (sorry tak tau diorang masak apa tapi sedap). Dicampur dengan keropok, sambal dan yang istemewanya ada mee goreng... kalau dekat sini, kita sarapan makan mee goreng tapi dekat sana, mee goreng dijadikan sebagai lauk... tapi sedap..... (makcik jual nasi kuning agak terkejut bila saya nak mee goreng sepiring waktu beli nasi kuning.... di kata tak jual mcm tu, kena campur dengan nasi kuning.... tapi yang pasti memang enak, siap tapau lagi. Kalau minumannya saya tidak pernah lah pula mau oder yang ping ping sebab senang dengan Tea Gelas atau Tea Sosro.... inda pasti kalau ada milo ping, tapi kebanyakkannya suka minum tea dan kopi.....
Selain itu, makanan yang mesti dimakan adalah Coto Makassar (dekat sini biasanya dieja SOTO) emmm mangkuknya memang kecil saja diberi bukan mcm di sini, satu mangkuk besar, tapi rasanya agak berbeza, mungkin kerana mereka tidak gunakan kacang sebagai bahan utama supnya.....

Pintu Masuk Trans Studio, Makassar
Nah...jika di sini kita makan bakso dengan saat setengah lapar, Makassar punya ‘Nyuk-nyang’. Bezanya Nyuk-nyang tidak dimakan dengan mee, tetapi kalau mau kita boleh makan dengan ‘buras’ iaitu beras yang dimasak setengah masak dengan santan kemudian dibungkus dengan daun pisang seperti ‘lepat’ dan dikukus sampai masak. Buras juga biasa mengganti nasi untuk makan coto dan makanan berkuah lain. Jadi jangan hairan setiap kali masuk kedai makan mesti ada ketupatnya, jangan ingat raya ja baru boleh lihat, di snaa setiap hari ada. Selain tu yang membezakan kedai makan sana dengan yang ada sini adalah... keropoknya... nah kalau makan yg berkuah, inda berkuah, pasti dicampur dengan keropok..... keropok yg digoreng terus pandai besar tu kalau kena minyak... emm apa namanya sia pun inda tau.... tapi biasa ada di sini juga tu..... dan sambal kicap dan sos tu biasa juga tu di sini, cuma kicap dan sosnya macam sama saja di semua kedai makan atau yang menjual di kaki lima (untung pengusaha kicap tu ya, satu Sulawesi guna jenamanya) Kalau kicap ABC tu agak susah sikit disediakan mungkin kerana mahal... jadi diorang eksport ke Malaysia.....

Ais Batu Campurnya juga berbeza.... tapi sedap mungkin kerana diorang guna gula merah... *gula melaka kali ah.....

Kalau nama jalan tu emmm sama ja denga sini, guna nama orang terkenal, guna nama org dulu2 atau pahlawan, org penting dan lain-lain macam Slamet Riyadi, Ahmad Yani, Gatot Subroto, Diponegoro, dan Teuku Umar. Yang saya perhatikan adalah bahwa nama-nama tokoh tempatan pun sangat banyak dipakai. Seperti Jalan Sultan Hasanuddin, Jalan Sultan Alauddin, Jalan Andi Pangerang Pettarani (tokoh Bugis), Jalan Datu Museng (Raja Bugis) atau Jalan Abdullah Daeng Sirua. Nama2 khas seperti ini memang perlu supaya kita terasa sangat di negara orang......

Ni lah kawan-kawan aku selama aku di Sulawesi, Indonesia
Emmm lagi satu, di sekitar Sulawesi ni, agak sukar kita nampak bangunan pencakar langit.... ada tapi kurang mungkin kerana sering ada gegaran gunung berapi..... Satu lagi keistimewaan Sulawesi ialah, di sepanjang perjalanan contohnya Pare-Pare ke Campalagian, setiap 500 meter kita pasti akan nampak masjid atau surau atau sekolah pondok atau pesantren. Jadi tidak payah risau kalau mau singgah untuk sembahnya. Dan yang pasti, setiap masjid tu dibina dengan besar dan berlainan setiap satu.... cuma kubahnya agak sama disetiap tempat sebab dalam perjalanan tu pasti kita akan jumpa perusahaan membuat kubah..... satu lagi yg best kubah yang kecil2 tu boleh berputarlah..... kreatif..... dekat sini saya tak pernah nampak lagi lah.....

Lagi satu sebelum saya lupa.... dkt kampung kawan saya..... ada beberapa rumah menggunakan atau mendapatkan bekalan elektrik dengan menggunakan kredit... HEBAT..... Dipanggil Listrik Prabayar.... emm agak janggal pertama kali mendengarnya tapi benda tu saya lihat memang hebat dan murah senang dan tidak menyusahkan..... kalau mau habis sudah kreditnya @ pulsa, siap ada alarm lagi.... jadi penggunanya hanya perlu topap ja mcm isi kredit telefon.... kalau RP50,000.00 tu boleh guna 3 bulan.... (tergantung penggunaan sebenarnya) tapi memang jimat. 

p.s tukaran duit waktu saya pergi ada RM1 = RP3000,00. Kalau RM10 = RP30,000.00.

29 Jun 2012

Salam untuk semua.....

Telalu lama tidak melihat blog ini... bukan kerana tidak mahu tengok lagi tapi, laman2 seperti Facebook, You Tube dan laman2 sosial lain telah di block oleh jabatan kami termasuklah blog.... emmm mcm inda patut pula blog pun kena tempiasnya..... Apa buli buat kan...

Emmm walaupun ada broadband di rumah, rasanya agak lain mengupdate blog di sana rumah bah....

Bah apa sudah cerita yg sia mau sampaikan ni.... sia sendiri pun inda ingat sudah... tapi rasanya tiada berita terkini yg mau diupdate... cuma pemberitahuan ni ja....

Salam untuk semua.

20 Mei 2012

Serangan Kupu-kupu


Post terakhir malam ni sebelum balik ke rumah (OT konon, padahal update blog)

Rancangannya sebelum hujung tahun ini saya ingin bercuti ke Indonesia, tapi bukan tempat2 yang seringkali dilawati oleh teman2 atau keluarga seperti Jakarta, Jogjakarta, Bandung, Medan, atau Bali sebab dulu sia sudah p sana bah tu.....

Time blog skimming dan blog walking terbaca info tentang serangan hama kupu-kupu. Menurut sumber, sekiranya kupu-kupu ini tersentuh kulit manusia boleh menyebabkan iritasi kulit, seperti kegatalan (terus ingat kupu-kupu malam punya maksud ohhh).....

Malah tempat yang ingin sia pergi tu pula di sana lah mulanya merebak serangan ini. Difahamkan sejak bulan April lalu lagi... jadi harap2 time sia pergi tu keadaan sudah kembali normal.

Cara orang kampung menghindari serangan kupu-kupu putih ini adalah dengan mematikan lampu pada waktu malam sebab serangga ni suka dengan cahaya lampu.... nah kalau sudah mati lampu awal2 pasti ramai lagilah penduduk Indonesia tahun depan ni... sebab tiada aktiviti lain lagi yg boleh dilakukan pada malam hari.....

Kita pasti sering berbuat salah antara sesama dan seringkali kita tidak sedar akan perkara tersebut boleh melukai seseorang, mungkin teman kita, rakan sepejabat, keluarga, ibu dan bapa kita.... dan yang menyedihkan kita tidak sama sekali menyedari itu semua... 

Begitu juga sebaliknya, rakan-rakan kita juga seringkali lupa perbuatan mereka sebagai suatu gurauan sebenarnya boleh melukai hati perasaan kita sekiranya hal yang berlaku dilihat sebagai suatu gurauan....

Walau apa pun yang berlaku di sekitar kehidupan kita, seharusnya kita bersyukur senantiasa ke atas apa yang ada pada masa sekarang... bersyukur memiliki teman2 yang dipercayai, memiliki keluarga yang begitu memahami walaupun kadangkala kemahuan kita tidak seturut kehendak mereka, Seperti kata Bapa, Indah pada waktunya... akan ada suatu masa yang amat sesuai untuk kita dan permohonan kita dipenuhi.... 

Sesuai dengan gambar diatas... bersamalah kita mengampuni... bawa ke dalam doa setiap keraguan kita, beranikan diri untuk mengampuni maka kita akan mulai diampuni.... jadikan setiap kesalahan silam sebagai suatu pengalaman dalam perjalanan kita sebagai seorang manusia yang mudah melakukan kesalahan namun cepat menyedari dan memaafkan.....

Ceriakan selalu harimu


19 Mei 2012

http://roberto-bagio.blogspot.com/2012/04/video-klip-dan-lirik-lagu-armada-hargai.html

HARGAI AKU - ARMADA BAND

Seringkali kau merendahkan ku
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa

Selalu saja kau anggap ku lemah
Merasa hebat dengan yang kau punya
Kau sombongkan itu semua

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku



 Sumber: BagiBagiBlog

Blogazine




Sejak kebelakangan ini, sia suka main-main @ jalan-jalan sana blog rakan2 Indonesia... bukannya apa, sia pun baru tahu adanya Blogazine ni.....

Punya best diorang punya blog.... sebab kepakaran mereka dalam mengelolah CSS dan HTML membolehkan mereka mencipta hasil karya yang begitu baik dan hebat serta lebih kreatif untuk dipersembahkan ke dalam blog bagi tatapan kita



Blogazine merupakan singkatan dari Blog dan Magazine, iaitu sebuah blog yang memiliki tampilan yang berbeza disetiap halamannya sama seperti sebuah Majalah.


Cuba perhatikan setiap penampilan halaman demi halaman sebuah majalah, setiap satu memiliki keunikan tersendiri dan berbeza membuatkan ianya menarik untuk dilihat dan dibaca. Berbanding dengan buku atau novel yang hanya memiliki konsep yang statik. Dari dulu penampilannya selalu didominasi oleh huruf dan angka saja, sangat sedikit yang diberi gambar-gambar atau hiasan yang menarik. Sehingga umumnya cenderung menimbulkan kebosanan dan kurangnya minat untuk membacanya. 


Maka konsep ini tercipta sebagai gagasan baru yang mencuba melawan rasa kebosanan. Tampilannya mempunyai kesamaan dengan Majalah, atau dibuat semirip mungkin menyerupai Majalah. Tiap halamannya selalu dibuat berbeza-beza tampilan, sehingga akan tampak sebuah tampilan halaman yang menarik minat untuk meneruskan pembacaan maka iainya disebut Blogazine.

Konsep ini sememangnya terlalu rumit diterapkan. 
Memang!!!. 
Kerana memerlukan kemampuan untuk memahami kod-kod CSS dan struktur template blog. Banyak benda yang perlu difikirkan untuk mereka satu cerita dalam blog ini. Mana lagi pemilihan cerita, warna, corak template dan banyak lagi... dan yang paling diperlukan adalah masa yang agak panjang.
Blogazine ni lebih kurang macam kita membaca majalah, setiap muka suratnya memiliki penampilan yang berbeza cuma blogazine ni, mereka buat majalah di blog (kurangkan pembaziran kertas kali ah)... setiap halaman memiliki cerita yang berbeza dengan background yang cukup menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan pada halaman seterusnya....

Kalau saya, cukup jadi pembaca sajalah sebab langsung inda pandai pakai ni CSS ni....

Nah kalau korang ada masa cubalah masuk sini
1. http://roberto-bagio.blogspot.com/
2. http://rudyazhar.com/
3. http://blogazine21.tk/
4. http://faceleakz.blogspot.com/
5. http://dextoshare.blogspot.com/

dan banyak lagi lah kawan2 diorang ni... tapi kan dari cerita2 diorang ni, ramai sangat yg cemburu dengan kehebatan mereka dan ramai hacker yang sanggup 'menjahanamkan' blog mereka yang lawa2 tu cuba check sini keluhan mereka ... tapi kalau sudah pandai dan mahir dengan CSS, sekejap saja diorang bulih buat semula... saya suka dengan blog http://roberto-bagio.blogspot.com ni sebab banyak cerita dalamnya.... lagi satu kalau mau tgk blog ni kena guna Google Chrome bagi mendapatkan tampilan terbaik. entah kenapa tapi kalau guna search engine yg lain, mcm inda menjadi... cuba test tgk ni na cerita  bergerak2 awan nano nya siap tukar2 warna lagi tu...


nah kalau ada masa tu... cuba lah tgk2 blog mereka.... dgr cerita, wordpress pun dah setuju dengan blogazine ni..... usaha diorang tu semua....



p/s best sangat kalau sia pun pandai gunakan benda ni semua..... emmm time sia tadika indada ba ni CSS kod ni..... kalau mau belajar semula pun agak kepayahan kali kan...... tgk org punya blog ja la.

13 Mei 2012

Selamat Hari Ibu

Hari ni 13 Mei 2012..... dan di beberapa buah negara termasuk Malaysia... kita menyambut Hari Ibu.... walaupun hari2 pun boleh sambut hari ibu kan... tapi hari ni yg special tuk mereka.... tapi sia inda dapat bersama -sama dgn ibu saya tahun ni sebab terpaksa bekerja di negeri orang..... (walaupun tidak jauh dari labuan... hari minggu ni pun sia kerja ohhhh) tapi sia sudah call mummy sia..... ngehehehehe tapi inda dapat celebrate seperti tahun2 sudah... siap beli bunga, siap tempah meja untuk makan malam... siap beli hadiah.. belikan cermin mata baru dan banyak lagi lah... termasuklah peluk2... kiss kiss lagi emmm rindu pula dengan family ni.... tak pe la, sia pasti mummy sia faham dengan semua tu... tadi sia kol dia bilang dia di salon sedang gunting rambut sebab nanti dia mau kasih dye rambutnya... ngehehehehe, bah bagus lah tu...... Sorry kio Mehh (singkatan panggilan mummy sia) sia inda dapat balik ni tahun utk sama2 makan malam sana Hotel Tiara.... atau sana Mavila.... 
Untuk ibu2 yg ada di Malaysia dan yg celebrate hari ini... semoga kasih sayang korang untuk anak2 dan suami tersayang tetap tersemat selamanya dihati korang... dan ingatlah bahawa mereka juga begitu menyayangi anda..... semoga sentiasa bersabar ke atas karenah setiap anak2 kita.... dan bersabar menjadi seorang ibu yg disayangi. 

Dan sebagai anak yang masih memiliki ibu tercinta serta suami yang masih memiliki isteri tersayang...... hargailah mereka sementara mereka masih lagi ada bersama-sama dengan kita.... kerana setiap dari kita akan pergi meninggalkan sesama pada suatu masa nanti, oleh itu, pastikan masa2 seperti ini, setiap dari kita menghargai sesama dan berlanjutan setiap hari kerana kasih sayang itu hadir dalam diri kita untuk berbagi sesama kita.
Salam sayang saya untuk ibu yang tercinta dan terima kasih kerana memberikan kasih dan sayang ibu kepada kami semua..... I Love You so much Mehh.

[ Please Lord protect my mother and keep her safe from harm, for she is a cherished person, with a great wisdom, love and charm. Mehh, thank you for all the things you have done for us. We may not understand you on some things but we know that you're doing what you know is right for us. I thanks to God for giving you us our Mother because there's no other mother who could replace you to us  :) ]

Emm.. Selamat hari Jururawat

Kelmarin 12 Mei 2012 adalah sambutan Hari Jururawat sedunia... emmm (mungkin tidak juga sebab ada beberapa negara menyambutnya awal, klu dulu2 tu bulan Oktober dan ada yang menyambutnya seawal 6 Mei lagi).... Kepada kaki2 blogger yg bergelar Jururawat, Misi, Nurse dan Suster..... selamat menyambut hari khas utk kamurang ya.....

Susah sebenarnya kalau indada nurse ni.... kalau dulu ramai yg inda mau masuk hospital sebab nursenya garang2 gila kan dan sampai sekarang pun masih ada juga sebab nurse yg garang2 tu belum pencen lagi... ngehehehehe... generasi terbaru tu yg baik sebab risau dengan nurse senpai garis merah atau biru di topi

Walau pun kerjaya jururawat mungkin tidak seglamor cikgu, polis, angkasawan (ngehehehe cita2 budak2) namun tidak dapat dinafikan jasa dan pengorbanan diorang begitu besar dan peranannya cukup penting dalam membatu merawat dan menjaga kita ketika terlantar di wad. Selain tu diorang ni sanggup masuk kampung keluar kampung, naik kereta, jalan kaki, naik helicopter semata-mata mahu menaikkan taraf kesihtan kita semua.... (naik helicopter tu untuk masuk kawasan pedalaman yg jalan rayanya tidak baik, tiada jalan, hutan, dan segalanya).

Kerjaya sebagai seorang jururawat sama ada wanita atau lelaki sememangnya setiap hari menghadapi tekanan yang lebih berbanding kerjaya lain, sebab  jururawat terpaksa berdepan dengan pelbagai jenis perangai dan kerenah manusia yg tidak sihat. Ada yang turun p kerja dengan semangat berkobar2 tapi bila sampai ja untuk membantu merawat, terus kena herdik, kena marah... sian mereka kan.... sudahlah kerjaya mereka tu 'berisiko' dengan jangkitan.... usaha diorang tu inda lah pula kena hargai oleh pesakit.... yg pasti kerjaya ini memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi pelbagai ragam pesakit termasuk ahli keluarga mereka.....



29 Januari 2012

Amazing Inspiration Quotes

Saja buang boring hujung minggu (padahal mau update blog yg inda pernah ada org kunjungi sudah kan...tak pe bah, ni kan sia punya blog)......

Jalan2 p tengok Quotes, tetiba nampak yg best2 ni, so mau share lah sama kawan2...







Best untuk dijadikan inspirasi di pagi hari... Kalau ada yang bermasalah sangat tu, cuba cari seseorang utk meluahkan sedikit masalah tu, agar bebanan dapat dikurangkan....

jangan lupa berdoa ya.

Selamat berhari Minggu semua.

26 Januari 2012

I Need That!!!!!

Pernah tak kamu merasakan keseorangan, punya teman atau kawan tetapi tiada tempat untuk meluahkan perasaan kamu, kegelisahan, kesukaran, kepahitan hidup yang dialami sepanjang seminggu lalu, dua tiga hari lalu atau barusan tadi..... alangkah seronoknya jika punya seseorang yang kita boleh percayai atau cukup sekadar orang tersebut mendengar dan meminjamkan bahunya sekejap apa tah lagi kalau dia sanggup memberikan kita pelukan..... pastinya bebanan itu kana berkurangan dan keresahan dalam diri kita juga terasa terubat. Best rasanya punya seseorang yang memahami kita dan merasakan keperitan dan kesusahan yang kita alami kan. dan walaupun mereka tidak dapat menyelesaikan setiap masalah yang kita hadapi, tapi percayalah akan terasa terubat dan teringan bebanan tu......

Kalau lelaki ni, terus terang lah, memang payah betul mau kasih tunjuk tu perasaan secara terang-terangan, tetapi kami juga manusia yang perlukan kasih sayang dan sekali sekali pelukkan dari orang tersayang, kawan, teman, rakan, orang muda, orang tua atau sesiapa saja...... (???? yang dikenal la bah).... Dalam satu-satu situasi tu kan... (merujuk kepada diri sia ya) saya mudah tersentuh bila mendapat pelukkan sebab kejarangan bah... bukan pelukkan yang berunsurkan seks... SEKS melainkan tanda kasih sayang kita kepada sesama manusia.... wujud suatu perasaan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata... sesuatu yagn sungguh 'bebas', sesuatu yang 'ringan' atau kita merasa senang dan betul-betul senang sekali, malah boleh merasakan masalah kita selesai........

Jadi, kalau kita punya sesiapa di sekeliling, cubalah kita peluk mereka... terutama sekali ibu bapa kita..... semoga kita merasakan ketenangan yang begitu hebat........ Percayalah........