Wahhhh best giler cerita Korea ni..... sia tgk 20 episod dalam 2 hari saja tapi tidak sampai 48jam mungkin dalam 40jam begitu..... mmg tidak tidur malam tgk cerita ni....
Drama ni menceritakan kisah Kim Joo Won (Hyun Bin), Ketua Pegawai Eksekutif yang angkuh sombong dan tidak pernah menundukkan kepalanya (tanda hormat bagi org Jepun dan Korea) dan seorang yg kira up to date punya imej.... semua mau yg sempurna sahaja dalam kepalanya.... yg paling sia ingat kata2nya kalau waktu mesyuarat "anda pasti ini yang terbaik dan sempurna?" emmm sian tu org yg buat proposal atau paper work... mengigil2 ketakutan, dan Gil Ra Im (Ha Ji Won), stuntwoman miskin dan merendah diri tapi cantik dan sentiasa minta maaf walaupun bukan salahnya.... Walaupun begitu, ramai pelakon yg cemburu dgn dia ni.
Pertemuan mereka yg secara tidak sengaja, ketika Joo Won kesilapan Ra Im pelakon Park Chae Rin, dari pertemuan tersebut, Joon Wonn dan Gil Ra Im sering berselisih faham, bertelingkah, bertemu dalam keadaan tegang sehingga suatu ketika dalam siri ini suatu peristiwa pelik menyebabkan mereka bertukar-tukar badan.
Banyak betul halangan percintaan mereka.
Sepanjang 109 hari penggambaran Gil Ra Im lah yg paling banyak terluka dalam cerita ni tadi dia nampaknya seorang yang tabah.... untuk tahu lebih lanjut cerita ni, dkt ASTRO ada menayangkan cerita ni tapi tak pasti bila dan jam berapa.... tapi best lah ceritanya....
ni antara klip Secret Garden
ni pula lagu yg sia suka dgr sebab balik2 di dgr dalam drama ni...
2 ulasan:
Loved watching korean movies..mostly are sad, touches the inner heart...
Sia pun berminat sangat ni.... tapi tgk yg kena download saja, klu yg di TV tu payah sikit mau ikut perjalanan ceritanya.
Catat Ulasan