02 November 2011

Kenapa bah sia ni.........

Bosan.... Bosan.... Boring......
Bosan sungguh hari ini... kenapa ya terasa waktu berlalu begitu lambat..... tidak seperti biasanya. Waktu begini selalunya berlalu dengan cepat tanpa menanti kita.....Mungkin ada sesuatu yang akan berlaku.... mungkin ada sesuatu yg bakal terjadi? emmm tak tahu saya... nantikan sahaja....

Mungkin..........

Semalam dapat khabar yang tidak baik mengenai pemergian seorang teman seangkatan kami dari Kursus Induksi. Seperti tidak percaya benda ini berlaku dengan secepatnya, seperti tidak percaya kejadian ini bakal menimpa dirinya, padahal kami baru sahaja gelak ketawa, bergurau senda, berbincang, berkawad dan macam2 lagi..... Terasa begitu sebak di dada ini bila mendengarkan pengesahan pemergian dia... seolah-olah berita yang diterima tidak betul sama sekali.... tapi siapa berani membuat kenyataan mengenai nyawa seseorang kan.....

Kami dari batch 1/2011 memang terasa amat pemergian saudara kita itu, tapi kami tetap kekalkan semangat yang ada ini untuk terus berjuang demi mempertahankan negara kita yang tercinta, walaupun itu tidak dilihat oleh orang lain........

Pemergian beliau, seorang sahabat dan rakan seperjuangan, pastinya amat dirasa. Saya dan rakan-rakan merakamkan ucapan takziah buat keluarga beliau dan tetaplah bersabar menerima ujian Tuhan. Marilah kita memanjatkan doa (dengan cara kita masing-masing) semoga roh beliau ditempatkan di kalangan mereka yang soleh.

1 ulasan:

Bambangan @ Ony berkata...

Terima SMS pada jam 7.32pm tadi, syukur kepada Tuhan, Allahyarham Nardi telah selamat disemadikan di kampung halaman beliau. termakbullah sudah harapan beliau untuk pulang semula ke kampung halaman. Semoga segala kenangan antara kita da nbeliau senantiasa berada dalam lipatan ingatan kita walaupun seketika. Pergilah dengan tenang wahai sahabat yang dikasihi, yang baru kita rapat dan mesra, berdoalah semoga roh Allahyarham Narzi senantiasa dirahmatiNya.