03 Disember 2012

Hari tu bercuti lagi.....

Tidak sampai pun sebulan sejak balik dari Indonesia haru tu.... sia kena bawa lagi bercuti di tempat kawan sia juga di Indonesia..... sebenarnya tempat yang sama juga bah tu... cuma kali ni bukan bercuti seperti dulu tu... ni kali sebab menghadiri majlis perkahwinan kawan sia... siap jadi tukang gambar lagi tu, walaupun main-main saja ambil gambar....

Bukan indada tukang gambar berbayar tapi bah biasalah kalau di sana, tukang gambar sama tukang video tu lebih tertumpu kepada pengantin saja bah..... tapi kalau sia, lebih suka ambil gambar orang ramai yang hadir, kegiatan yang dilakukan dan apa yang berlaku sepanjang majlis perkahwinan tu... nah jadi baru seronok tengok gambar keluarga kawan sia yg kena candid.... jadi ada juga lah termasuk muka2 keluarga mereka dalam album perkahwinan. 

pagar rumah yang dibuat dari bambu


ni pula pelamin didalam rumah....
Cerita pasal perkahwinan mereka, memang adat agak berbeza dan tentu sekali acaranya juga ada  perbezaan lebih2 lagi kawan sia ni berketurunan Bugis dan berpangkat Puang atau Daeng, jadi perbezaan itu banyak kelihatan dan untuk senang membezakannya adalah pelaminnya dan pintu pagarnya yang mana dihiasi dengan bambu.... nak cerita lebih pun takut pula salah2 tapi itulah yang sia nampak... Kalau mau cerita dari hal sosial, suku kaum ini lebih terkenal dengan kerabat pangkat diraja (kerajaan dahulu), mereka betul2 mementingkat soal status individu dan persaudaraan sesama keluarga. Mereka juga lebih suka menjalinkan perkahwinan dengan keluarga terdekat sama seperti rakan saya, isterinya adalah sepupu sekali. Lagi satu pasal suku kaum ini, perceraian merupakan hubungna sosial yang amat tidak disukai kerana meruntukan hubungan kekeluargaan dan bertentangan dengan nilai-nilai agama.
ini lah pakaiannya, biasanya baju warna gelap.

Selain dari persiapan di rumah, banyak lagi yang perlu dilakukan sebagai contoh, kad-kad undangan perlu dihantar by hand, inda boleh pesan-pesan, inda boleh main call call, inda bulih main cakap begitu saja sewaktu jumpa di tepi jalan raya, atau kedai makan atau dimana-mana. Bagi kaum Bugis, cara begitu agak tidak sopan sewaktu menjemput tetamu dan biasanya tetamu tidak akan hadir sewaktu majlis perkahwinan tersebut. Dan sewaktu menjemput pun perlu ada adabnya, perlu ada kesopanannya, perlu ada tatacaranya. Orang tertentu ditugaskan untuk menghantar kad undangan siap dengan pakaian tradisi dan kad undangan perlu diletakkan dalam bekas khas sebelum diserahkan kepada tetamu. Nama tetamu perlu ditaip atau diprint (kerja ku disana) ke atas kad undangan perkahwinan, kalau main tulis tangan, nampak sangat tidak sopan. Biasanya nama ditaip di sampul kad undangan dan sampul berkenaan akan digunakan semula untuk isi ang pow dan diberi semula sewaktu hadir ke majlis perkahwinan.

Inilah pasangan penganti kembar tu
Hari tu sebenarnya mereka adakan perkahwinan kembar... maksudnya, kawan sia berkahwin dengan abangnya sekali..... macam mana ya nak terangkan... gini, kawan sia tu kedua-duanya lelaki... jadi yang adik kawin dengan sepupu sekali yang tinggal di Cilaleng dan yg abang pula kawin dengan (mungkin saudara) tapi dekat je sekampung.... jalan kaki je.... Walaupun nikah pada hari yang berbeza tapi pesta di pihak lelaki diadakan serentak... nah itulah yang sia maksudkan kawin kembar.....

(Serba hijau tu pakaian adat, dan yang satu, kira pakaian nasional)

Memang sibuklah time tu dan nampak sangat berbezaan di tempat kita. Semangat gotong royong masih kuat diamalkan sehinggakan sanak saudara dari jauh sanggup datang untuk membantu majlis ini.... lebih kurang seminggu sebelum perkahwinan, banyak sebenarnya acara dilakukan terutama acara memasak. Kuih muih dibuat lebih awal sebab setiap masa akan ada tetamu yang datang dan kalau ada acara gotong royong, pasti dapur juga riuh untuk mempersiapkan makanan dan yang pasti setiap hari menu adalah berbeza dan sedap....

Lagi satu nak cerita, biasanya kita dengar kalau ada parti di rumah pasti kita cakap open house kan... nah ni kalilah betul2 sia nampak open house.... bukan apa, dinding rumah rakan saya 'dibuka' untuk memberi ruangan yang lebih untuk rumah mereka walaupun boleh dikatakan rumah mereka agar luas, bila ditanya, pembukaan dinding rumah itu adalah sebahagian dari adat. Dalam gambar ni, dinding rumah tu ada sebelah kiri sekali... lebih dari 15 orang angkat dinding ni untuk dianjakkan... tapi memang pengalaman yang best jugalah nampak benda ni...

Selepas majlis resepsi mereka, ada lagi yang mengejutkan saya.... Masih terdapat lagi tetamu jemputan yang hadir walaupun majlis telah selesai 3 atau 4 hari kemudiannya. Kemungkinan besar tetamu yang dijemput tidak dapat hadir pada hari majlis perkahwinan kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan, tetapi hadir pada hari-hari lainnya. Ramai lagi tu..... kalau sini, habis resepsik, habis lah kan.... tapi biasanya ditempat kawan sia tu, tetamu yang dijemput adalah dikalangan ahli keluarga, jadi keadaan ini sudah biasa bagi mereka, tu sebab ada makanan yang banyak disediakan walaupun sudah beberapa hari. Tetamu yang hadir pastinya bawa ang pow....ngehehehehe.

Lagi satu yang best sia mau kongsi sini adalah.... ang pow (duit dari tetamu) yang diterima akan dikira sambil disaksikan bukan saja kaum keluarga tetapi juga, orang-orang kampung terutama nama mereka yang ada dalam jemputan kawin.... ramai ni orang tengok.... dan time tu sia ditugaskan untuk buka sampul dan sebut nama orang dan jumlah duit yang diberi dengan kuat2..... kira best lah tu....

Nah ini buktinya sia p sana tempat kawan sia sewaktu perkahwinannya...... (soalan cepu emas, "Sia bila lagi?")