13 Mei 2012

Emm.. Selamat hari Jururawat

Kelmarin 12 Mei 2012 adalah sambutan Hari Jururawat sedunia... emmm (mungkin tidak juga sebab ada beberapa negara menyambutnya awal, klu dulu2 tu bulan Oktober dan ada yang menyambutnya seawal 6 Mei lagi).... Kepada kaki2 blogger yg bergelar Jururawat, Misi, Nurse dan Suster..... selamat menyambut hari khas utk kamurang ya.....

Susah sebenarnya kalau indada nurse ni.... kalau dulu ramai yg inda mau masuk hospital sebab nursenya garang2 gila kan dan sampai sekarang pun masih ada juga sebab nurse yg garang2 tu belum pencen lagi... ngehehehehe... generasi terbaru tu yg baik sebab risau dengan nurse senpai garis merah atau biru di topi

Walau pun kerjaya jururawat mungkin tidak seglamor cikgu, polis, angkasawan (ngehehehe cita2 budak2) namun tidak dapat dinafikan jasa dan pengorbanan diorang begitu besar dan peranannya cukup penting dalam membatu merawat dan menjaga kita ketika terlantar di wad. Selain tu diorang ni sanggup masuk kampung keluar kampung, naik kereta, jalan kaki, naik helicopter semata-mata mahu menaikkan taraf kesihtan kita semua.... (naik helicopter tu untuk masuk kawasan pedalaman yg jalan rayanya tidak baik, tiada jalan, hutan, dan segalanya).

Kerjaya sebagai seorang jururawat sama ada wanita atau lelaki sememangnya setiap hari menghadapi tekanan yang lebih berbanding kerjaya lain, sebab  jururawat terpaksa berdepan dengan pelbagai jenis perangai dan kerenah manusia yg tidak sihat. Ada yang turun p kerja dengan semangat berkobar2 tapi bila sampai ja untuk membantu merawat, terus kena herdik, kena marah... sian mereka kan.... sudahlah kerjaya mereka tu 'berisiko' dengan jangkitan.... usaha diorang tu inda lah pula kena hargai oleh pesakit.... yg pasti kerjaya ini memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi pelbagai ragam pesakit termasuk ahli keluarga mereka.....



Tiada ulasan: