13 Disember 2011

Syukur dan Terima Kasih


Berbanyak kesyukuran dan terima kasih ingin saya panjangkan kepada Tuhan kerana telah mendengar keluhan saya sejak kebelakangan ini dan telah mengabulkan permintaan saya..... dan tidak lupa juga kepada rakan2 yang menjadi 'bahu' kepada saya ketika saya memerlukan sangat perhatian dalam menghadapi masalah...... sebab saya tahu saya sangat lemah dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan pelbagai pihak (sila rujuk masalah pada pos saya sebelum ini)........

Doa-doa dari setiap mereka yang memahami menjadikan permintaan saya terlaksana dan realitinya setiap kesabaran dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Tuhan adalah kunci pada saya untuk mendapat apa yang terbuku selama ini di hati dan fikiran.... Terima kasih sekali lagi untuk setiap kejadian yang berlaku dalam kehidupan saya sama ada yang baik ataupun yang sebaliknya.......


Kaum keluarga yang betul-betul memahami siapa saya tanpa menyalahi apa yang telah berlaku dan hanya berserah kepada Tuhan juga amat saya kagumi dalam bersama-sama menghadapi situasi yang dikira getir selama saya berkerja di perantauan...... itulah gunanya keluarga... walaupun berjauhan tetapi di hati tetap dekat.......

Tiada ulasan: