27 Disember 2007

Pelancaran YAHAI

Selepas saja menghadiri KE Xmas Gathering semalam (19 Dis 07), kita ada lagi rancangan pada keesokannya paginya... apa lagi kalau bukan hari besar SMS Studio. Pelancaran Album YAHAI Ben vs Ateng yang diadakan di Buhavan Square, Pekan Donggongon yang telah berlangsung pada 20 Dis 07 lalu.

Saya tiba seawal jam 9 pagi di pekan berkenaan, keadaan Buhavan Square masih lagi lengang, pentas telah dihiasi dan kerusi telah disusun atur. Ketika itu hanya Mr. Nars saja yang kelihatan sibuk mengarah untuk kelancaran pelancaran album berkenaan. PA sistem juga telah dipasang awal dan muzik dari album YAHAI dibunyikan sebagai iringin akan kehangatan pelancaran album berkenaan.

Agak bosan menunggu tibanya waktu pelancaran yang dijangka pada jam 2 petang berkenaan, ada baiknya sarapan pagi kami pekena mee sup dahulu di kedai berhadapan dengan Kedai Kopi Dragon. Ben & Ateng telah sampai dan kitarang makan semeja..... (disana jugalah kita kena dengan suzy, masih malu2 lagi kunun hehehehe).

Selesai makan, kelihatan ada aktiviti sampingan iaitu nyanyian dari artis2 SMS dan TJC Studio menghiburkan orang ramai yang hadir pada pagi itu. Banyak bakat-bakat baru telah dicungkil oleh kedua2 studio rakaman ini dan yang pasti, hampir kesemua mereka masih dalam lingkungan remaja dan belia. Syabas saya ucapkan untuk kedua2 studio rakaman ini, kerana berjuang untuk memartabatkan bahasa kita melalui lagu.

Atucara dihentikan buat seketika waktu sebelah tengahari sementara menunggu waktu untuk pelancaran album YAHAI.

Tepat jam 2.30 pm, Kehadiran orang yang ditunggu2 tiba untuk melancarkan album ini, Y.B Jahid Jahim. Ucaptama disampaikan oleh boss SMS sendiri, antara lain amanat yang disampaikan oleh beliau ialah mengesah kita untuk membeli album2 keluaran asli sesebuah studio rakaman bagi menunjukkan cara kita menyokong industri muzik tempatan.
Beliau berucap dengan memakai pakaian tradisi kaum Kadazan Dusun, pada saya beliau dengan jelas memperlihat betapa beliau sendiri begitu serius dalam perjuangan memartabatkan apa sahaja hal yang berkaitan dengan kaum Kadazandusun. Syabas untuk beliau.


Ucapan perasmian pelancaran album YAHAI Ben vs Ateng disempurnakan dengan jayanya oleh Y.B Jahid Jahim, Pembantu Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Sabah.

Walaupun berpindah tempat duduk untuk beberapa kali kerana hujan lebat 'melanda' pekan Donggongon, tetamu-tetamu yang hadir termasuk VIP tidak berganjak untuk balik ke rumah dan itu tidak menjadi batu penghalang untuk acara pelancaran ini diteruskan lebih-lebih lagi bila kedua-dua penyanyi iaitu BEN dan ATENG muncul di atas pentas mendendangkan lagu duet mereka bertajuk Ginawo Ku Lumungui telah menghangatkan lagi suasana yang sejuk pada petang itu.

Teriakan-teriakan dari peminat kedua-dua artis ini pada saya sudah menunjukkan betapa mereka dinantikan untuk membuat pertunjukan. Dengan berbekalkan pengalaman sebelum ini, mereka berdua nampaknya berjaya menambat hati tetamu yang hadir pada petang itu.

Tempat duduk dipenuhi oleh mereka yang hadir awal semata-mata untuk melihat pelancaran album ini. Kehadiran rakan-rakan dari Kadus Entertainment juga turut memeriahkan suasana pelancaran YAHAI. Kawasan sekitar Buhavan Square dipenuhi oleh orang ramai yang hadir, kawasan lorong pejalan kaki di kedua-dua blok serta tingkat satu blok berkenaan turut dipenuhi oleh mereka yang ingin melihat lebih dekat artis kesayangan mereka.

Antara lagu yang turut didendangkan pada petang itu dalam album YAHAI, ialah, Ginawo Ku Lumunggui, Ula-ula No Daa, Iya Lansanon Ku, Simbaro Sunduan Ku Langadon, Yahai, Emmely, Konihab, Noromuk Piupusan.

Persembahan susulan dari artis-artis SMS dan TJC Studio pada petang turut menghangatkan suasana termasuk beberapa artis jemputan seperti Jovita Robert Johnny, David Pinus, Francis Anahong dan Narsisius Justin Misin. Turut diundang membuat persembahan ialah Juara Suara Emas Bintang RTM 2007 Reynaldo Paggie, Danny F. Malinggi dan S. Welly, turut hadir memeriahkan pelancaran YAHAI.

Aktiviti terakhir pada petang itu adalah tiket cabutan bertuah. Bagi mereka yang membeli album keluaran SMS dan TJC di Buhavan Square pada petang itu, berkesempatan untuk memenangi hadiah berupa hamper. (emm saya tidak ketinggalan membeli tiga album pada waktu itu dengan harga yang amat murah. Siap dapat hamper lagi tu, hehehhee)

Akhir sekali, sekitar jam 5 petang, Ben mendendangkan lagu Krismas Royoho Tokou sebagai lagu penutup kepada pelancaran album YAHAI bersama-sama dengan semua artis yang hadir pada petang itu.



Kejayaan pelancaran YAHAI, pada pandangan saya suatu perubahan kepada industri muzik tempatan kita, di mana kini ramai anak muda tempatan mampu menerbitkan album sendiri, cuma apa yang perlu dilakukan adalah memasarkan produk berkenaan kalau boleh ke seluruh Malaysia. Tahniah sekali lagi buat Ben dan Ateng atas kerja keras mereka selama ini, telah membuahkan hasil yang boleh dibanggakan. Keep it up.

KE Christmas Gathering - Pusakag Cafe

Sekali lagi kita berkumpul setelah dua bulan berlalunya Kadus Entertainment Gathering di Koisan Cafe pada 20 Oktober 2007 lalu.... terlalu banyak kenangan indah yang tidak dapat kita lupakan pada hari berkenaan lebih-lebih lagi pada diri saya sendiri kerana itulah kali pertama bertemu dengan rakan-rakan yang selama ini hanya dikenali melalui laman KE sendiri...

Dan sekali lagi atas usaha gigih boss2 KE, pelbagai perancangan dilakukan untuk menjayakan Christmas Gathering yang telah pun berlangsung pada 19 Disember 2007 di Pusakag Cafe, berjaya dianjurkan... Syabas buat crews KE.

Banyak juga aktiviti yang dijalankan malam tu, walaupun DJ kesayangan kita Mark lambat datang, tetapi ia tetap berseri dengan bantuan TOMM.... hehehehe bulihlah yang penting kompom.

Malam tu sia datang agak lewat sedikit dari jadual awal iaitu jam 7.30pm. Emm pergi makan nasi dulu di Donggongon sebab agak penat memandangkan perjalanan dari Labuan ke KK mengambil masa kira kira tiga jam. Sampai di KK agak awal sedikit sekitar jam 7.00pm

Sampai di Pusakag, sekitar jam 8.00 hanya ada tiga meja sahaja yang belum penuh berisi, yang lain, full house sudah.... tempat tu siap kena booking lagi ohhh hehehe ada notis lagi tu....

Kehadiran DJ Mark pada malam itu menyerikan lagi suasana diselangi oleh pelbagai aktiviti, semua members tidak terkecuali untuk menyertai setiap aktiviti yang dijalankan.... lagipun semua kita malam tu kan sporting....

Antara permainan yang masih sia ingat ialah mencari perkataan Saya Pergi Buku dalam bahasa English.... emmm pemenangnya..... sepa ya, tak prasan sebab tengah minum lihing yang di tikid oleh OLUMIS.... hehehehe tu adik beradik POKARA pun turut dihidangkan juga malam tu... bestnya....

Hampir lupa nak g tau... selain dari aktiviti games, tidak lupa juga hiburan percuma dari artis-artis Kadus pada malam itu antaranya, Danny F M, Denis G, Vinusak, Jimmy Palikat, Betcy Michael, dan yang pasti terlalu ramai termasuk dari members KE sendiri.....

Malam tu sia jadi cameraman ja.... baru mau belajar lah konon.... ada jugalah dua tiga gambar yang okay, yang len tu besa2 ja....

Emm perhimpunan tu tamat sekitar jam 2 pagi, mata dah mengantuk apa lagi terus balik ke tempat penginapan.


p/s dengar cerita malam tu ada orang mau terjun ke bawah.... emmm ni kes apa lah pula ni kan, mabuk mengkali... tapi hanya khabar angin ja bah tu.... sia inda pula nampak, kalau nampak mau juga sia gambar2 sepa lah orang itu... hehehehe

(yes akhirnya dapat juga sia update blog sia ni)

08 Disember 2007

Pelancaran Album 'Yahai' Benn Vs Ateng

Oleh: Nars JM

Satu kelainan daripada dua artis ini. Mereka bergabung dalam satu album yang dipanggil 'Yahai', diterbitkan oleh SiMusic Studio. Sebelum ini kedua-dua artis ini sudahpun mempunyai album solo masing-masing. Ateng terkenal dengan lagu 'Norubat Piginawaan' sementara Benn pula terkenal dengan lagu 'Binsorou Mamatos Kolungguian'. Sememangnya kedua-dua artis ini mempunyai keunikan suara tersendiri dan sangat berbakat lagi kreatif. Ateng dan Benn bukan sahaja boleh menyanyi tetapi juga mahir bermain alat-alat muzik. Kesemua susunan muzik dalam album 'Yahai' digubah dan dimainkan oleh Ateng dan Benn. Proses 'mastering' juga dibuat oleh Benn sendiri. Rakaman dan pembikinan album 'Yahai' ini dibuat sepenuhnya di SiMusic Studio (SMS). Simon Bukag bertindak sebagai Penerbit Eksekutif album 'Yahai' manakala Narsisius Justin Misin sebagai Penerbit Album.

Album 'Yahai' memuatkan 11 buah lagu dalam pelbagai rentak yang pasti akan memenuhi kehendak para peminat khasnya di Sabah. Sebanyak 8 buah lagu dalam Bahasa Dusun, sebuah lagu dalam Bahasa Kadazan (ciptaan Ateng), sebuah lagu dalam Bahasa Melayu (ciptaan Ateng) dan sebuah lagu lagi dalam Bahasa Inggeris (ciptaan Ateng). Sebuah lagu bertajuk 'Ginawo Ku Lumunggui' yang dinyanyikan secara duet oleh Ateng dan Benn adalah ciptaan Narsisius Justin Misin sementara yang selebihnya adalah ciptaan Ateng dan Benn.

Pelancaran album 'Yahai' akan diadakan secara rasmi di Buhavan Square, Donggongon, Penampang pada 20 December 2007 ini. Pada hari yang sama juga, ada 4 buah album lagi akan dilancarkan bersama-sama dengan album 'Yahai' iaitu album 'Duo Nosili Iso' (Francis Anahong), album 'Butia Tobulou' (Jovita Robert Johnny), album 'Kolumiso' (David Pinus) dan album 'Iti Noh RalanKu' (Narsisius Justin Misin).

Sempena pelancaran album-album yang tersebut di atas, pihak penganjur telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik bermula dari jam 10.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Antaranya ialah pertandingan nyanyian terbuka kepada semua lapisan masyarakat warga negara Malaysia. Untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi pihak penganjur Simon Bukag (0168010040) dan Narsisius Justin Misin (0168447514).

Pihak penganjur juga akan memberi tiket cabutan bertuah secara percuma kepada para pembeli produk atau album terbitan TJC dan SMS pada masa itu. Pihak penganjur telah menyediakan hadiah-hadiah yang menarik dan mungkin anda orang yang bertuah pada masa itu.

Acara kemuncak bermula pada jam 2.00 petang iaitu majlis perasmian dan persembahan daripada Ateng, Benn S. Bukag, Jovita Robert Johnny, David Pinus, Francis Anahong dan Narsisius Justin Misin. Turut diundang membuat persembahan ialah Juara Suara Emas Bintang RTM 2007 Reynaldo Paggie, Danny F. Malinggi dan S. Welly. Datanglah beramai-ramai ke Buhavan Square Donggongon dan saksikan kehebatan artis-artis tempatan kita dan jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan artis-artis kesayangan anda.